Jenama Produk Kosmetik Yang Berulang Kali Di Kesan Beracun Bakal Di Blacklist Kkm


JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM. Setelah bertahun tahun.. Akhirnya apa di harapkan bakal berlaku tak lama lagi. Bagi saya yang memang aktif memberi kesedaran tentang produk produk beracun, overclaim, tidak berdaftar terutama produk kosmetik rasa perkara ni salah satu kejayaan bagi saya. Rasa tak sia sia la saya turut serta bersama kawan kawan seperjuangan yang lain berusaha untuk memberi kesedaran pada orang ramai terutama pengguna social media.

Semalam secara tak sengaja terbaca perkongsian dari salah seorang followers di satu group kecantikan yang berkongsi artikel berita KKM bakal senaraihitamkan produk beracun yang di kitar semula setelah berkali kali di banned KKM. Rasa macam nak lompat bintang rasa bila baca berita macam ni.. Yelah, selama ni pengeluar produk bila produk depa di senaraikan sebagai produk beracun depa akan keluarkan statement konon produk depa kena 'fake' menyebabkan produk depa teraniaya. Konon yang beracun tu fake product. Pengguna yang mendapat kesan kemudaratan tu guna produk fake katanya.

Tak ada isu fake product kalau KKM dah keluarkan kenyataan bahawa sesuatu produk tu mengandungi bahan terlarang contoh kalau produk kosmetik/skincare biasanya di kesan mengandungi merkuri, hidrokinon, tretinion. KKM ada SOP mereka sendiri dari mula mengambil sampel sampailah laporan di keluarkan. Rasanya pengeluar @ founder sedia maklum kot macam mana. Cuma takkan la depa nak bagitahu hangpa kan... Depa orang berniaga mana nak rugi, ye dak??

Boleh baca pada artikel ni macam mana prosuder KKM dalam mendapatkan produk sebelum mengistiharkan sesuatu produk mengandungi bahan terlarang : PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

Berbalik kepada undang undang baru yang bakal di kuatkuasakan katanya suku pertama tahun depan.. Pengeluar produk yang mengitar semula produk beracun depa bakal di senaraihitamkan jenama mereka. Untuk mengelakan depa dari terus menjual produk beracun. Kesian KKM tak larat nak ambil sampel.. hantar lab kalau dah tiap tiap tahun produk jenama yang sama dengan kandungan bahan racun yang sama tapi dalam nama item pada produk berbeza & nombor  notifikasi yang berbeza je dok dalam list. Kos nak buat analisa pun kena ambil kira ye dak. So rasa undang undang baru untuk menyenaraikan hitam kan jenama produk kosmetik yang berulang kali di kesan mengandungi racun tu adalah sangat baik dari semua sudut terutama untuk keselamatan pengguna. Yelah.. pengguna kurang bijak ni belum sepenuhnya pupus dari muka bumi malaysia ni. Even produk yang sama di kesan mengandungi racun hampir setiap tahun pun dia still bersangka baik & percaya cakap founder produk dari pihak berautoriti seperti KKM.

Selain di senarai hitamkan.. Akan juga di kompaun. Hope kompaun tu tinggi sikit. Kalau setakat amount celah gigi.. founder produk kosmetik kat Malaysia ni ramai dah jutawan & kaya raya. Depa boleh bayar je. Harap denda di kenakan boleh menimbulkan rasa insaf & takut sikit pada golongan pengeluar produk beracun ni. Almaklum la kita manusia ni kan.. Selagi tak di jentik dengan musibah maha dahsyat bukan nak sedar & insaf. ye ye den mengata diri den sendiri. kekekekeke. Begitu juga dengan orang lain. At least di hukum di dunia tu lebih baik dari di hukum di akhirat.. Kat dunia ada masa bertaubat lagi kan selagi tak mati.


Senarai Hitam Jenama Produk Kosmetik Yang Kitar Semula Produk Setelah Dilarang 
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewartakan hukuman kompaun kepada syarikat pengeluar produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pewartaan hukuman itu akan dilaksanakan sekitar suku pertama tahun depan, bagi mengatasi isu membabitkan produk kosmetik. Langkah itu juga, katanya, bagi menghukum sesetengah pengusaha kosmetik yang menggunakan taktik mengeluarkan produk baharu dengan sedikit perubahan campuran formula, selepas produk lama mereka dilarang dijual di pasaran oleh pihak berkuasa.

“Antara yang sedang kami pertimbangkan adalah mewartakan tindakan kompaun kepada syarikat mengeluarkan produk kosmetik mengandungi bahan terlarang dan menyiarkan iklan kosmetik yang tidak mematuhi garis panduan. “Kompaun juga akan dikenakan kepada syarikat kosmetik yang memasarkan produk tidak patuh pelabelan, selain membuat pengisytiharan palsu ketika mengemukakan notifikasi kosmetik.

“Hukuman lain termasuk menyenarai hitam jenama produk kosmetik tertentu supaya produk itu tidak dijual, sama ada di pasaran atau secara dalam talian serta tidak mengulangi kesalahan. “Pengilang produk kosmetik juga akan diwajibkan memiliki lesen pengilangan berdasarkan amalan pengilangan terbaik (GMP),” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.Semoga undang undang baru ni di kuatkuasa mengurangkan populasi produk kosmetik beracun di Malaysia. kepada pengusaha, pengeluar & pengasas produk yang masih menjual produk beracun harap dapat lah kesedaran. Mengejar harta dunia memang takkan pernah puas selagi hidup. Tapi apa guna hidup dengan menganiaya orang lain. Berhenti menjual & percaya pada rezeki yang lebih baik. Tu pun kalau hangpa percaya rezeki tu dari Allah la.

Saya tidak memusuhi mana mana founder kat Malaysia ni.. Saya cuma memerangi produk beracun sahaja. Semua manusia akan melakukan khilaf dalam hidupnya tak bermakna kita nak teruskan ke khilafan yang sama tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2019/10/jenama-produk-kosmetik-yang-berulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenperin Sebut Optimalisasi Jasa Industri Bakal Genjot Daya Saing Produk

Kemenperin Sebut Optimalisasi Jasa Industri Bakal Genjot Daya Saing Produk

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 233 hits
Kepala Badan Penelitian dan Pengembangan Industri Kementerian Perindustrian Ngakan Timur Antara menyatakan komponen jasa dalam pembuatan suatu produk lebih besar dari cost direct produk itu sendiri sehingga jika bisa dioptimalkan maka suatu...
Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja Kali Ini Dijangka 2 500 Orang

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja Kali Ini Dijangka 2 500 Orang

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 299 hits
Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu penerbit empat akhbar bahasa Melayu awal bulan lalu Difahamkan konglomerat yang mengendalikan pelbagai plat...
Mendag Agus Bakal Dorong Produk Substitusi Impor

Mendag Agus Bakal Dorong Produk Substitusi Impor

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 293 hits
Menteri Perdagangan Agus Suparmanto mengatakan dirinya akan selektif dalam melakukan impor Sebab impor akan berdampak pada perdagangan dalam negeri misalnya stabilitas harga
Sudah Mula Rindu Arfan Berulang Kali Panggil Abi Di Majlis Pengebumian

Sudah Mula Rindu Arfan Berulang Kali Panggil Abi Di Majlis Pengebumian

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 535 hits
Foto foto anak arwah pasangan suami isteri anggota polis Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin dan isterinya Nurul Ashikin Kamaruddin telah mengundang sebak di hati ramai Baru mencecah 1 tahun 10 bulan Muhammad Arfan Ziqri masih terlalu...
Sampai Tiga Kali Jatuh Rupanya Lelaki Yang Tolong Farzana Adalah Anak Jutawan Kosmetik Terkenal

Sampai Tiga Kali Jatuh Rupanya Lelaki Yang Tolong Farzana Adalah Anak Jutawan Kosmetik Terkenal

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 476 hits
MOMEN terjatuh ketika sedang catwalk di pentas program realiti Dewi Remaja 2019 sememangnya mendapat perhatian ramai dan menjadi bualan netizen Sampai Tiga Kali Jatuh Rupanya Lelaki Yang Tolong Farzana Adalah Anak Jutawan Kosmetik Terkenal
Icw Heran Sofyan Basir Divonis Bebas Namanya Berulang Kali Disebut Terdakwa Lain

Icw Heran Sofyan Basir Divonis Bebas Namanya Berulang Kali Disebut Terdakwa Lain

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 300 hits
Indonesia Corruption Watch mengaku kecewa dan heran atas keputusan itu karena nama Sofyan berulang kali disebut oleh terdakwa lain atas kasus yang sama
Lge Bakal Diiktiraf Menteri Kewangan Paling Dangkal Tak Sehebat Dilaungkan Shahrir

Lge Bakal Diiktiraf Menteri Kewangan Paling Dangkal Tak Sehebat Dilaungkan Shahrir

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 213 hits
Lim Guan Eng bakal diiktiraf sebagai menteri kewangan yang paling dangkal kerana sudahlah ekonomi negara merundum rakyat terbeban dengan kos hidup yang meninggi dan kini kewangan kerajaan pun terjejas kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Ta...
Joe Flizzow Bakal Kahwin Tahun Depan

Joe Flizzow Bakal Kahwin Tahun Depan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 384 hits
Nampaknya penyanyi rap terkenal yang juga pelopor muzik hip hop negara Joe Flizzow akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi apabila bakal The post appeared first on
Xiaomi Mi Cc9 Pro Dengan Kamera 108mp Dan Sokongan Zum Optikal 5x Bakal Dilancarkan Pada 5 November

Xiaomi Mi Cc9 Pro Dengan Kamera 108mp Dan Sokongan Zum Optikal 5x Bakal Dilancarkan Pada 5 November

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 287 hits
Xiaomi agak aktif dalam pengenalan sejumlah peranti menarik sepanjang tahun ini Terbaru kini pengeluar dari China berkenaan telah mula mengacah kehadiran sebuah lagi telefon pintar baru tidak lama lagi iaitu Mi CC9 Pro Xiaomi Mi CC9 Pro ini...
Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook

Aeon Mall Seloka Raya Bersama Tom And Jerry 2025

Nasi Ulam Utara Menu Tradisi Mesti Buat Setiap Bulan Ramadan

Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu Lakonan Janna Nick Izzue Islam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Legal Practitioner Took Bribes To Register Births Says Macc Source

Student Collapses And Dies During Recess