Jenama China Bagus Ke
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hai tengah buat ape tu? Tarik selimut lagi ke? Zumal pun maybe masih sambung mimpi lepas Subuh. Dah dua minggu tidur lepas Subuh. Malam jadi burung hantu, tapi burung hantu tak produktif sebab duk bersandar, berehat, kadang-kadang kalau tak sakit kepala baru boleh terjah blog kawan-kawan atau buka IG kumpul followers. Alhamdulillah la dalam dua minggu ni dapat juga solat sunat malam. Dunia pun dah lain, baik buat persediaan
Panjang pulak mukadimahnya. Zumal nak kongsi tentang produk dari China. Bagus ke? Tak meletup ke? Ala telefon yang brand bagus-bagus pun banyak made in China. Kereta made in China pun bukan cikai-cikai beb. Tapi dalam pemilihan produk elektrik ada juga was-was nak beli. Zumal ni kalau buka Shopee asalkan akaun seller tu preferred oleh Shopee memang Zumal yakin seller tu tak tipu dan barang dia bagus. Tambah lagi ada rating dalam 4 hingga 5 bintang. Jadi tak la rasa risau nak beli
Barang murah pun berkualiti. Zumal seperti biasa akan beli yang murah-murah je sebab tak mampu pun beli mahal. Selalu Zumal duk tolong beli barang untuk kawan-kawan jadi banyak dorang beli banyak la coin Shopee Zumal dapat. Kekadang tak guna sesen pun just redeem coin je dapat barang. Tu antara sebab I suka shopping dekat Shopee
Bab barang, Zumal ada beli multi cooker dari Shopee. Produk keluaran China. Ada kawan-kawan tak yakin produk macam tu. Dengan harga tak sampai RM40, lepas tu redeem coin dan dapat free delivery lagi Zumal cuma bayar RM20 je. Nak risau apa kan. Dekat kedai elektrik kau jangan harap la boleh beli periuk dalam harga tu. RM50 pun belum tentu ada
GengXing High Quality Multipurpose Heating Pot namanya tapi dalam Shopee tu dia letak multi cooker jer. Bila multi ni maknanya boleh pelbagai guna, masak segalanya pun boleh. Dorang tak mention boleh masak nasi tapi Zumal memang beli untuk masak nasi. Lagi satu boleh kukus, rebus, masak air, goreng dan macam-macam lagi la
Dah seminggu guna masak nasi, Alhamdulillah masak cepat tak sampai 10 minit. Macam guna pressure cooker jer. Pressure cooker yang glamor pun masak nasi 6 minit kan. Zumal dalam 10 minit boleh dapat nasi dan telur rebus (sebenarnya stim je) masak serentak. Orang bujang apa ada hal. Tapi selalu goreng telur. Suka telur goreng dari yang rebus tu
Tengok la menu kegemaran Zumal, yang memang boleh guna periuk China tu jer. Menu paling jimat. Cili kering beli dalam RM2 boleh makan 2 bulan pun tak habis. Telur je RM4 untuk 10 biji(harga Perlis), sehari sebiji. Beras pun Zumal beli timbang je. Sekilo beras tahan la seminggu lebih (RM2.60). Minyak kereta pun tak luak la RM10 seminggu. Tapi income Zumal tak cukup pun tanggung kos ni walaupun nampak sikit je. Ye la bila pergi kedai, teringin itu ini juga. Air manis dalam seminggu sekali kan. Boleh la jimat. Masa tak ada Zumal puasa je
Nak jimat ni macam-macam cara ada. Ni ada lagi perkongsian Zumal tentang travel jimat. BACA SINI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.duniazumal.com/2019/09/jenama-china-bagus-ke.html