Jelajah Eko 5 Destinasi Menarik Sempena Cuti Ini


Hi Korang,
Cuti sekolah ini, tinggalkan kesesakan jalan raya, pusat beli-belah dan skrin telefon. Naik bas dan mulakan perjalanan keluarga yang bukan sahaja memberi ketenangan, malah turut memperkaya minda. Destinasi pelancongan ekologi ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mengalami sendiri gaya hidup hijau, bukan hanya dengan berada di alam semula jadi, tetapi juga memahami bagaimana komuniti tempatan menjalani kehidupan, menjaga alam sekitar, serta melestarikan adat dan budaya tradisional. Pengalaman seperti ini pasti akan membentuk generasi akan datang yang prihatin terhadap alam

Permata eko-pelancongan Malaysia, daripada percutian hutan hujan hingga inap desa (homestay) di tanah tinggi, sangat sesuai untuk berehat seketika daripada dunia digital dan kembali berhubung dengan alam semula jadi serta antara ahli keluarga. Walaupun banyak destinasi ini terletak jauh dari jalan utama, kebanyakannya kurang daripada 30 kilometer dari terminal bas utama. Perjalanan boleh dilengkapkan dengan mudah melalui e-hailing atau pengangkutan tempatan yang selesa dan tenang. Mengembara dengan lebih bijak dan cipta kenangan yang bermakna — satu perjalanan bas pada satu masa

Terokai destinasi eko-pelancongan pilihan kami untuk pengalaman yang bermakna

1. The Dusun, Seremban, Negeri SembilanStesen Bas Terdekat: Terminal 1 Seremban ~15km dari lokasi
Kredit Foto: The Dusun Facebook
Terletak di kaki Banjaran Titiwangsa dan Hutan Simpan Berembun, The Dusun ialah tempat percutian eko yang diusahakan oleh sebuah keluarga, di mana kelestarian menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Rekaan vila yang serasi dengan keindahan alam semula jadi, menawarkan percutian tenang buat seisi keluarga yang dikelilingi kehijauan dan pemandangan hutan hujan

Diasaskan oleh sepasang suami isteri yang menjadikan lereng bukit ini sebagai rumah mereka, The Dusun mempunyai hubungan yang erat dengan komuniti setempat, dengan membantu penduduk kampung berdekatan dan perniagaan kecil. Pelawat boleh meneroka denai hutan, melawat kandang rusa dan reban ayam, atau menikmati urutan tradisional serta hidangan masakan rumah—sambil mengamalkan gaya hidup mesra alam seperti pengkomposan dan bebas plastik

2. Kampungstay Desa Murni, Temerloh, PahangStesen Bas Terdekat: Bas Terminal Temerloh ~14km dari lokasi
Kredit Foto: Laman Web Kampungstay Desa Murni
Berasaskan tradisi dan semangat komuniti, Kampungstay Desa Murni mengajak keluarga anda merasai kehidupan kampung dengan sentuhan moden. Program homestay yang pertama berdaftar di Malaysia ini bermula pada 1995 dengan sepuluh keluarga, kini mempunyai lebih 40 buah rumah yang terus menyambut tetamu dengan keramahan yang tulus

Penginapan di sini menggabungkan daya tarikan kampung tradisional dengan keselesaan moden seperti Wi-Fi, kolam renang, dan taman permainan, menjadikannya pilihan mudah untuk keluarga. Pelawat boleh menyertai aktiviti kampung seperti mencanting batik, memancing, dan lawatan berpandu di kampung, atau menikmati rawatan kesihatan tempatan seperti sauna dan bekam. Ia merupakan cara bermakna untuk menyokong dan meraikan kehidupan setempat dalam komuniti kampung yang mesra

3. Tanah Tinggi Kelabit (Kelabit Highlands), SarawakStesen Bas Terdekat: Terminal Bas Miri Sentral (kemudian ambil penerbangan ke Bario)
Kredit Foto: Laman Web Labang Longhouse Lodge
Bario, terletak lebih 1,000 meter di atas paras laut di pedalaman Sarawak yang terpencil, merupakan pintu masuk ke Tanah Tinggi Kelabit, sebuah lembah gunung yang tenang kaya dengan budaya pribumi dan keindahan alam semula jadi. Sebagai kediaman masyarakat Kelabit, komuniti di tanah tinggi ini menawarkan peluang kepada pelawat untuk mengalami hospitaliti rumah panjang tradisional, meneroka sawah padi yang indah, dan menikmati udara gunung yang sejuk

Tetamu boleh menginap di inap desa atau rumah tamu seperti Labang Longhouse Lodge, yang menawarkan penginapan selesa dan hidangan tempatan yang menyelerakan. Pengunjung boleh melawat ladang, mendaki ke air terjun, menikmati persembahan muzik dan tarian Kelabit, atau menyertai lawatan kampung berpandu untuk mempelajari proses pembuatan garam dan kraftangan tradisional. Bagi yang ingin meneruskan perjalanan ke bandar-bandar berdekatan di Sarawak, perkhidmatan bas oleh Bas Asia Biaramas merupakan pilihan yang sesuai

4. Kuala Sepetang, Taiping, PerakStesen Bas Terdekat: Stesen Bas Simpang Taiping ~ 11km dari lokasi
Dulu dikenali sebagai Port Weld, Kuala Sepetang adalah sebuah kampung nelayan yang menarik berhampiran Taiping, menawarkan pengalaman eko-pelancongan yang mendalam kepada pengunjung. Kawasan ini terkenal dengan hutan bakau yang diurus dengan baik, yang boleh diterokai melalui pelayaran sungai dan lawatan pendidikan

Kredit Foto: Laman Web Visit Perak
Pengunjung dapat menyaksikan proses pembuatan arang tradisional di kilang-kilang tempatan, memberikan gambaran tentang amalan lestari yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti selama berzaman. Pada waktu malam, tebing sungai disinari dengan cahaya kunang-kunang, menawarkan pengalaman magis untuk semua peringkat umur

5. Tanah Aina Fahad, Raub, PahangStesen Bas Terdekat: Terminal Bas Raub ~32km dari lokasi
Terletak di tengah hutan hujan Pahang, Tanah Aina Fahad adalah sebuah tempat percutian ekologi yang tenang di mana keluarga dapat bersantai dan mengeratkan hubungan dengan alam semula jadi. Pusat peranginan ini menawarkan pelbagai penginapan berbentuk khemah dan teres yang sesuai untuk semua saiz kumpulan

Kredit Foto: Laman Web Tanah Aina
Hari-hari di sini dipenuhi dengan aktiviti berasaskan alam semula jadi. Trek hutan berpandu membawa tetamu menyusuri denai tersembunyi dan tumbuhan asli, manakala lawatan ke air terjun pula menawarkan masa rehat yang menyegarkan serta peluang bergambar yang indah. Aktiviti berjalan kaki di sekitar kawasan membolehkan si kecil meneroka alam mengikut rentak mereka sendiri. Di antara aktiviti, tetamu boleh menikmati sajian organik yang menyihatkan dan bersantai ditemani deruan sungai yang menenangkan, menjadikan Tanah Aina Fahad pilihan sesuai untuk mereka yang mahu berehat dari skrin dan menghargai semula alam dan detik bersama

Rancang pengembaraan eko anda sempena cuti sekolah ini bersama redBus. Mengembara merentasi Malaysia kini lebih mudah dan lestari. Gunakan kod MYNEW* untuk diskaun segera 30% (sehingga RM9) dan nikmati pulangan tunai 30% (sehingga RM16) dalam masa satu jam selepas tempahan

*Tertakluk kepada terma dan syarat








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/05/jelajah-eko-5-destinasi-menarik-sempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Umum 71 Sekolah Dapat Cuti Tiga Hari Sempena Sidang Kemuncak Asean

Kpm Umum 71 Sekolah Dapat Cuti Tiga Hari Sempena Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 176 hits
KPM maklumkan 71 buah sekolah di KL dan Selangor akan buat PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan pada pada 26 hingga 28 Mei 2025 Langkah ini diambil sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke 46 yang bakal berlangsung di ibu negara deng...
Pm Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke 82

Pm Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke 82

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 120 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke 82 pada 17 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA L...
Cikgu Bm Terima Hadiah Minyak Angin Sempena Hari Guru Anggap Hadiah Paling Praktikal

Cikgu Bm Terima Hadiah Minyak Angin Sempena Hari Guru Anggap Hadiah Paling Praktikal

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 155 hits
Jika pen dan bunga selalu menjadi pilihan sebagai hadiah buat hari guru lain pula kisahnya dengan seorang guru Bahasa Melayu Cikgu Fatin Nur Farhana Ruslan yang menerima hadiah paling rare sempena hari guru Melalui akaun Tik Toknya Cikgu Fa...
Lain Daripada Yang Lain Murid Di Pulau Tioman Hadiahkan Ikan Mewah Bernilai Lebih Rm300 Sempena Hari Guru

Lain Daripada Yang Lain Murid Di Pulau Tioman Hadiahkan Ikan Mewah Bernilai Lebih Rm300 Sempena Hari Guru

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 107 hits
ROMPIN Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi masa depan nbsp Ia bukan sekadar sambutan simbolik tetapi lambang kasih sayang pengh...
Buasir Otak Tv Roblox Q A Dalam Bandaraya Sempena 2000 Video Live

Buasir Otak Tv Roblox Q A Dalam Bandaraya Sempena 2000 Video Live

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 116 hits
Sempena 2000 Video dalam channel Buasir Otak TV saya akan buat Q A dalam game Roblox Bandaraya Jom tonton animasi ini
Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 Di Kuala Lumpur

Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 193 hits
Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 DI Kuala Lumpur Ini adalah acara penting negara yang melibatkan ramai ketua ketua negara dan delegasi mereka Harap bersabar Biasanya bila suami bersidang para isteri kenamaan akan dibawa m...
Cipta Tarikan Baharu Jambatan Sungai Kuala Melaka Bertukar Wajah Sempena Lima 25

Cipta Tarikan Baharu Jambatan Sungai Kuala Melaka Bertukar Wajah Sempena Lima 25

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 107 hits
Bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime dan Aerospace Exhibition 2025 Balai Seni Negara Cawangan Langkawi bersama Lembaga Pembangunan Langkawi telah merasmikan Program Pengindahan dan Keceriaan Jambatan Sungai Kuala Me
Manis Sopan Sangat Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

Manis Sopan Sangat Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 175 hits
Sempena sambutan Hari Guru bukan sahaja ucapan Fazura yang mencuri perhatian peminat di Instagram malah gambar comel anaknya Fatima turut menjadi bualan ramai Dalam perkongsian tersebut Fazura memuat naik gambar Fatima mengenakan tudung dan...
Tragedi Cuti Sekolah Myvi Bertembung Bas Ekspres

Tragedi Cuti Sekolah Myvi Bertembung Bas Ekspres

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 135 hits
Cuti sekolah yang sepatutnya bermula dengan kegembiraan bertukar duka buat sebuah keluarga apabila mereka terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah Myvi dan bas ekspres Tragedi yang berlaku di awal pagi itu meragut tiga nyawa Suasa...
The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Find Your Unique Selling Point

Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Orang Banjar Namanya Batil Pisang

Report With Respect Cmcf Urges Ethical Crisis Content

Unreasonable To Tell Public Not To Comment On Yusoff Case Says Law Firm

Mca Youth Govt Must Not Burden Citizens With Chaotic Unjust Expanded Sst Implementation

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India