Jdt Buru Penamat Gemilang Musim Di Final Piala Malaysia Esok Tutup Kempen Dengan Penuh Bergaya


KUALA LUMPUR: Juara Liga Super dan Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), berazam menutup kempen musim ini dengan penuh bergaya apabila turun menentang Sri Pahang FC dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Ketua jurulatih JDT Hector Bidoglio menyifatkan aksi final itu sebagai amat penting dan menuntut pasukannya mengekalkan rentak cemerlang yang ditampilkan sejak awal musim.
"Ia perlawanan sangat penting. Pemain telah bekerja keras sepanjang musim yang panjang ini dan berada pada tahap prestasi terbaik.
"Kami perlu kekalkan momentum ini kerana esok adalah perlawanan terakhir musim ini. Kami mahu akhiri musim dengan cara terbaik," kata jurulatih berusia 57 tahun dari Argentina itu dalam sidang media praperlawanan, hari ini.
Bidoglio mengakui berpuas hati dengan perkembangan pasukan, namun mengingatkan bahawa pentas final menuntut komitmen sepenuhnya daripada setiap pemain.
"Saya gembira mengikuti falsafah dan idea kelab serta visi pemilik JDT. Kami berada dalam fasa yang baik, tetapi ini adalah perlawanan akhir dan ia sentiasa sukar. Kami perlu berikan tumpuan sepenuhnya kerana Sri Pahang adalah pasukan yang berkualiti.
"Saya tidak suka bercakap tentang pihak lawan atau pemain mereka. Walaupun saya menganalisis kelebihan individu mereka, tumpuan saya hanya kepada pasukan sendiri," jelasnya.
Sementara itu, kapten pasukan Natxo Insa menyifatkan aksi menentang Sri Pahang sebagai cabaran berbeza dan menuntut Harimau Selatan kekal setia dengan identiti permainan mereka.
"Final adalah perlawanan berbeza. Sri Pahang mempunyai pengalaman dalam saingan ini dan mereka adalah antara pasukan besar negara.
"Kami sedar tanggungjawab yang dipikul untuk pertahankan nama JDT, rekod kelab dan gaya permainan kami. Kami sudah bermain cemerlang sepanjang musim, jadi kami mahu akhiri musim dengan rentak sama," kata pemain tengah berusia 38 tahun itu yang sudah merangkul empat kejuaraan Piala Malaysia bersama JDT sejak 2017, termasuk dua kali berturut-turut pada 2022 dan 2023.
Kali terakhir JDT dan Sri Pahang bertemu di pentas final Piala Malaysia ialah pada musim 2014, yang menyaksikan skuad Tok Gajah muncul juara menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat 2-2.
Dalam saingan Liga Super musim ini, JDT mencatat dua kemenangan ke atas Sri Pahang 3-0 dan 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
JDT kini memburu sejarah untuk menjadi pasukan pertama memenangi 'triple-treble' selepas menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala FA musim ini. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/jdt-buru-penamat-gemilang-musim-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Malaysia Perlawanan Separuh Akhir Final Sebenar Sri Pahang Fc Lawan Jdt Malam Tadi Sekadar Bonus

Piala Malaysia Perlawanan Separuh Akhir Final Sebenar Sri Pahang Fc Lawan Jdt Malam Tadi Sekadar Bonus

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 143 hits
KUALA LUMPUR Ketua jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad berkata perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2024 2025 menentang Sabah FC merupakan final sebenar buat mereka dalam banyak aspek Bekas penyerang Pahang dan Singapura itu berkata anak...
Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Magis Sri Pahang bertahan sekadar 45 minit Johan 11 kali berturut turut Liga Super Malaysia Johor Darul Ta zim menyapu bersih semua gelaran domestik untuk dua musim tanpa henti apabila dinobatkan juara Unifi Piala Malaysia di S...
Sri Pahang Fc Meraih Tonik Terbaik Menjelang Final Piala Malaysia Kalahkan Penang Fc 3 2 Di Temerloh

Sri Pahang Fc Meraih Tonik Terbaik Menjelang Final Piala Malaysia Kalahkan Penang Fc 3 2 Di Temerloh

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 144 hits
KUANTAN Sri Pahang meraih tonik terbaik menjelang final Piala Malaysia selepas melakar kemenangan keempat berturut turut dengan menewaskan Penang FC 3 2 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi Tanpa penyerang Kpah Sherma...
Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 203 hits
Platform penstriman Viu mengejutkan peminat drama tempatan dengan memuat naik penamat alternatif untuk drama popular Bidaah Meskipun keseluruhan episod 15 masih kekal seperti biasa penonton tidak perlu menonton semula dari awal Mereka hanya...
Jalur Gemilang And The Midvalley Baby Expo Malaysia S Recent National Symbol Controversy

Jalur Gemilang And The Midvalley Baby Expo Malaysia S Recent National Symbol Controversy

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 211 hits
In the heart of Kuala Lumpur s bustling Mid Valley Megamall what should have been a routine baby products expo has erupted into a national controversy adding another chapter to Malaysia s ongoing saga of flag related incidents The culprit A...
Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 215 hits
Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran ELBA Malaysia Assalamualaikum semua ELBA Malaysia mengakhiri kejayaan Kempen Double Treats Double Fortune dengan majlis penyampaian hadiah yang menarik meraikan peme...
Larangan Semasa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 2025

Larangan Semasa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 2025

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 166 hits
INFO LARANGAN PERLAWANAN AKHIR UNIFI PIALA MALAYSIA 2024 2025Peringatan kepada semua penyokong yang bakal hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak Peringkat Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 2025 TIADA penjualan tik...
Piala Malaysia Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil Gagal Main Peranan

Piala Malaysia Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad Kecewa Video Bantuan Pengadil Gagal Main Peranan

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 122 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad mengakui kesal dengan penggunaan Video Bantuan Pengadil yang dilihat tidak banyak membantu selepas pasukannya tewas 1 2 kepada Johor Darul Ta zim pada aksi final Piala Malaysia kelmarin Menurut Fand...
Langkahkan Diri Ke Dunia Penuh Pesona Bersama Koleksi Musim Bunga Panas 2025 Carlo Rino The Mythical Garden

Langkahkan Diri Ke Dunia Penuh Pesona Bersama Koleksi Musim Bunga Panas 2025 Carlo Rino The Mythical Garden

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 159 hits
Langkahkan Diri ke Dunia Penuh Pesona bersama Koleksi Musim Bunga Panas 2025 Carlo Rino The Mythical Garden Musim ini Carlo Rino menjemput anda menyusuri pengembaraan yang memikat dalam The MythicalGarden sebuah dunia The post appeared firs...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point