Jawatankuasa Hak Perokok Desak Menteri Jumpa Bincang


Nur Hasliza Mohd Salleh Haniff Khatri (2 dari kiri) sedang mendengar soalan berkaitan larangan merokok daripada ahli jawatankuasa hak perokok dalam mesyuarat pertamanya hari ini. SUBANG JAYA: Satu kumpulan perokok tegar hari ini mengadakan sidang media untuk mendesak suatu perbincangan dengan Kementerian Kesihatan tentang larangan merokok di tempat makan tertentu yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan.

Jawatankuasa Hak Perokok menganggap larangan itu tidak munasabah kerana kerajaan masih mengutip cukai daripada industri tembakau dan rokok.

“Kalau menanam, mengilang, memproses dan menjual tidak diharamkan, cukai pun masih dikutip oleh perbendaharaan negara, kenapa praktisnya dilarang?

“Ini tidak munasabah,” kata pengerusinya, Mohd Hanizam Yunus pada sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa petang tadi.

Menurut Hanizam, kerajaan dijangka mengutip hasil cukai jualan rokok sebanyak RM6 bilion tahun depan.

“Kami penyumbang 1.5% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar. Ianya satu angka yang besar dan perlu diiktiraf,” katanya.

Mereka berkata kerajaan tidak adil kerana tidak mengambil kira hak dan pandangan golongan perokok sebelum menguatkuasakan larangan itu.

Sementara itu, penasihat undang-undangnya, Haniff Khatri Abdulla berkata kementerian kini boleh mendapatkan maklum balas daripada golongan perokok dan mengadakan rundingan dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, yang ditubuhkan 5 hari lalu.

“Selepas ini, kalau kami hantar surat, jangan ketepikan, inilah wakil masyarakat perokok yg mahu berunding dengan kementerian,” katanya.

Jawatankuasa berkata mereka akan menggunakan saluran undang-undang untuk menentukan kesahan larangan itu jika kerajaan tidak mahu berjumpa.

“Kalau tiada perjumpaan, kami akan bawa ke mahkamah untuk rujukan penghakiman sama ada ianya sah atau pun tidak di sisi undang-undang,” katanya.

Bermula 1 Januari tahun depan, rakyat dilarang merokok di restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka.

Perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan boleh didenda RM2,500.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/jawatankuasa-hak-perokok-desak-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desak Menteri Waytha Letak Jawatan Mbm Bagi Masa Hingga Jumaat Ini

Desak Menteri Waytha Letak Jawatan Mbm Bagi Masa Hingga Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 372 hits
JUFITRI Joha bersama pemimpin belia ketika sidang media bagi mendesak tindakan dan pengadilan sewajarnya dari pihak berkuasa serta gesaan meletak jawatan terhadap Menteri Perpaduan Waytha Moorthy di Wisma Majlis Belia Malaysia Jalan Tasik P...
Desak Negara China Beri Hak Orang Islam Presiden Pas

Desak Negara China Beri Hak Orang Islam Presiden Pas

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 506 hits
KL Masyarakat Muslim China Uighur telah ditekan dan ditindas sejak tahun 1920 an lagi di bawah pemerintahan Komunis demikian menurut Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Katanya walaupun ada orang Uighur menulis sejarah berkait...
Teruja Dapat Jumpa Mantan Perdana Menteri Ke 6

Teruja Dapat Jumpa Mantan Perdana Menteri Ke 6

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 305 hits
Pelajar SMK Kota Gelanggi 2 sempat bergambar dengan Najib sempena kehadiran beliau untuk slot FB Live di Sinar Harian SHAH ALAM Peluang bertemu mata dengan Mantan Perdana Menteri ke 6 Datuk Seri Najib Razak ketika berkunjung ke Kumpulan Med...
Tmj Perli Kaw2 Menteri Sibuk Mahu Jumpa Pemain Selepas Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir

Tmj Perli Kaw2 Menteri Sibuk Mahu Jumpa Pemain Selepas Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 384 hits
TMJ Perli Kaw2 Menteri Sibuk Mahu Jumpa Pemain Selepas Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir Melalui entri terbaru di laman Twitter sebentar tadi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meluahkan perasaan kurang senang baginda dengan...
Tmj Dedah Whatapps Macam2 Menteri Nak Jumpa

Tmj Dedah Whatapps Macam2 Menteri Nak Jumpa

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 299 hits
Itulah luahan pemain kepada TMJ yang dikatakan sentiasa berada dibelakang pemain sebelum kemenangan tercipta Apabila malaysia layak ke final aff TMJ melalui tweetnya menyatakan baru sekarang mereka mahu pandang Bila menang baru nak pandang ...
Lepas Berjaya Ke Final Baru Menteri2 Sibuk Nak Jumpa Tmj Tembak Sikap Menteri

Lepas Berjaya Ke Final Baru Menteri2 Sibuk Nak Jumpa Tmj Tembak Sikap Menteri

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 433 hits
Sebentar tadi TMJ telah memuat naik status meluahkan perasaan kurang senang dengan menteri menteri yang sibuk untuk berjumpa dengan pemain kebangsaan selepas mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala AFF Suzuki Cup TMJ juga...
Menteri Sri Mulyani Pesan Pembiayaan Ultra Mikro Sasar Pengusaha Baru

Menteri Sri Mulyani Pesan Pembiayaan Ultra Mikro Sasar Pengusaha Baru

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 317 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengungkapkan Kementerian Keuangan telah menganggarkan pembiayaan Ultra Mikro sebesar Rp 3 triliun pada 2019 Pembiayaan ini meningkat jika dibandingkan penyaluran tahun ini sebesar Rp 2 5 triliun
Menteri Sri Mulyani Di Tahun Politik Orang Mudah Katakan Mau Bantu Masyarakat Kecil

Menteri Sri Mulyani Di Tahun Politik Orang Mudah Katakan Mau Bantu Masyarakat Kecil

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 315 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan di musim tahun politik seperti sekarang ini banyak pihak mengumbar janji akan membantu mensejahterakan masyarakat kecil Padahal menurutnya upaya membantu masyarakat kecil ini tak mudah karen...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank