Japan Travelogue Wandering Around Osaka


Assalamualaikum Hai.


Osaka City
Kalau diikutkan, memang penat sangat-sangat lah berjalan dekat Universal Studio semalam. Tapi kan baru hari kedua dekat Japan ni, so memang bersemangat waja betul nak explore semua benda. Harini, kitorang decide untuk berjalan dekat sekitar bandar Osaka. Antara tempat yang kitorang pergi harini ialah Osaka Castle, Tempozan Giant Ferris Wheel, Umeda Sky Building, dan Dotonbori.


First tempat yang kitorang pergi ialah Osaka Castle (Osakajo). Disebabkan kitorang pergi naik train, so agak jauh jugak lah nak kena berjalan dari station ke castle. Adalah dah 20 mins / 1km lebih nak kena jalan. Sebabnya Osaka Castle ni dikelilingi dengan park yang agak besar. Dan kita akan meredah park tu. Kebetulan pula Nad pergi on winter so semua pokok kekeringan hahaha. Kalau pergi waktu musim lain meriah la jugak kot nak bergambar dengan pokok sakura tu kan.


Boleh dikatakan memang ramai orang jugak lah hari kitorang pergi Osaka Castle. Ikut perancangan, mula-mula memang plan nak masuk dalam castle tengok apa yang menarik kat dalam. Sebab harga ticket masuk pun takde mahal sangat, around 600 yen (RM 22.41) je. Tapi bila dah sampai macam tak ramai pun yang masuk dalam castle. So, terus cancel plan tu and kitorang hanya ambil gambar dari luar sahaja. Time ni memang sejuk gilaaa. Tangan ni kejap pakai gloves, kejap bukak hanya sebab nak ambil gambar punya pasal. Mind you, dekat luar castle ni takde apa sangat pun. Just taman je, so disebabkan takde activity kitorang terus gerak ke destinasi kedua iaitu Tempozan Ferris Wheel.


Hehehe. Nad memang nakkk sangat-sangat nak Tempozan ni. Nad ingat lagi berapa tahun lepas tunang Nad pergi Tempozan ni waktu malam. Lampu liplap dia memang cantik lah, lepastu time dekat puncak tunang Nad video call 😂 Kenangan betul. Tapi kalini Nad pergi waktu siang pula. Ketinggian Tempozan Giant Ferris Wheel ni bila kita dekat puncak tu lebih kurang 112 metres camtu tak silap, memang tinggi. Ticket boleh beli dekat counter je harga 800 yen (RM 29.88). Kira affordable lah kan.


Kalau malam ferris wheel jadi colour camni. Meriah kan! 
Satu lagi benda korang kena tau, Tempozan Giant Ferris Wheel ni ada dua jenis tau. Satu yang jenis cable car biasa, manakala lagi satu tu glass door. Cable car glass door tu termasuk lantai yang dipijak ni glass dan transparent. So sesiapa yang gayat memang confirm tak lalu nak naik yang ni. Tapi Nad dengan travel partner ni excited nak naik yang glass. Siap kitorang sanggup tunggu lagi. Harga untuk kedua-dua cable car ni pun sama je.


Glass & transparent hehe nasib dua-dua tak gayat


Dari atas ni memang background laut dan Osaka City. Siap ada cruise lagi kat tepi tu

Excited dia taktau nak cakap camne walaupun banyak jee ferris wheel dekat Malaysia ni boleh pergi hahahah. Pemandangan dari atas ni korang boleh nampak laut, ferry, bridge, dan bandar-bandar. Oh, and dekat sebelah Ferris Wheel ni adalah bangunan Osaka Aquarium Kaiyukan, aquarium yang paling besar sekali di dunia. Kitorang memang takde plan nak masuk sini sebab expect sama je kot macam typical aquarium

Habis je naik Ferris Wheel ni satu round, terus kitorang bergerak ke Umeda Sky Building pula. Bangunan ni pun agak jauh juga nak berjalan dari station, dan lalu dekat area-area construction site camtu. Bangunan ni pun tinggi sangat-sangat! Bila duduk depan mata tu susah betul nak ambil gambar sebab tinggi sangat. Ada la dalam 170 meter. Memang tinggi!


Dekat top bangunan ni ada Floating Garden Observatory di tingkat 39. Ticket untuk masuk ke dalam ni dalam 1,500 yen (RM 56). Memang banyak kali jugak la kitorang duk berkira-kira katsitu nak masuk ke tak, sebab kurang pasti sama ada berbaloi ke tidak kan. Nak beli ticket pun senang je sebab tak perlu berkomunikasi dengan staff dia, ada machine untuk beli ticket. Dan akhirnya, kitorang pun beli. But tell you guys, this one is quite not worth it. Bukan sebab tak best, bukan sebab view tak lawa. Tapi sebab cuaca 😭 SIAPA SURUH DUK BERDIRI KAT ATAS BANGUNAN TINGGI TIME WINTER BERSERTA ANGIN!? Sejuk dia tu ya ampun menggigil! Nad pusing 1 ke 2 round je, sebab memang tak tahan sejuk dia. Siap ada love lock lagi tau kat atas ni.








Nampak tenang tapi sebenarnya sejukkk sangattt 
Time nak turun dari observatory deck ni, korang akan lalu dekat escalator yang famous juga. Masa buat research tempat-tempat yang kitorang bakal pergi, memang menarik betul lah Nad tengok escalator ni. Sekali dah sampai sana, ambil gambar macam biasa je kejadiannya. Lawa lagi escalator yang viral dekat Malaysia ehehe. So, tak rugi pun kalau tak pergi sini ya..


Inilah escalator yang biashe biashe je tu hahah
Last destination adalah Dotonbori! Yayyy. Okay sememangnya tempat ni paling excited dan tak sabar nak datang sebab makanan. Tapi agak jauh jugak kena jalan dari station, dan agak confusing sebab dekat-dekat je antara Dotonbori, Akihabara, dan Namba Street. Memang dekat-dekat semua tempat ni dan nampak lebih kurang je. Kalau nak shopping dekat area sini memang best, rasa macam semua benda ada. Dari makanan, pakaian, souvenir, dan barangan kecantikan memang semua ada lah.


Makanan first yang wajib try pastinya Takoyaki. Dan takoyaki paling famous bagi rakyat Malaysia dekat Dotonbori ni ialah Takoyaki Creo Ru. Memang semua pun tahu yang ni diiktiraf halal semua lah. So kitorang pun beli harga untuk 6 pcs takoyaki 480 yen (RM 17.93). Ternyata memang sedap gilerrr takoyaki sini, macam sengaja diolah untuk menepati citarasa rakyat Malaysia gitu. Takoyaki yang ada version Malaysia and eee sedap gila lah! Rasa macam esok nak datang lagi. Tapi esok nak check out ke daerah lain pulak dah.



Serious rasa dia sama sebijik macam version Malaysia punya cuma rasa dia lebih sikit

Second makanan yang Nad try ialah Charcoal Grilled Crab. Crab ni pun quite famous juga. Kalau pergi ke gerai dia memang berkerumun lah manusia nak order. Untuk dua pieces kecil crab ni harga dia 900 yen (RM 33.62). Biasalah, crab memang quite pricey kan. Kalau setakat nak cuba rasa boleh je. Sebab crab dia pun sedappppp. Rasa manis memang kuat, dan texture berair sikit camtu. Memang tak puas lah makan bahagian kecik camni je.


Lepastu terus kitorang cari Glico Billboard dan Kuidaore Doll yang famous dekat area ni. Just untuk ambil gambar je. To be honest, Glico Billboard ni kalau waktu malam lagi cantik sebab nanti diorang dah pasang lampu. Kalau siang ni lalu banyak kali pun perasan tak perasan je sebab nampak macam biasa.




Kuidaore Doll
Done! Ini sahaja tempat Nad pergi sekitar Osaka. Lepastu terus balik Diamond Hotel. Esok nak check out dan berpindah ke tempat lain pula :)
Next post : Nara Park                 : Gion


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nadnary.com/2019/05/japan-travelogue-wandering-around-osaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Osaka Japan Kyoto

Osaka Japan Kyoto

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum Jelajah Kyoto dari Osaka Memang betul2 tak cukup masa Banyak betul tempat yang menarik di Kyoto Patutnya kami ambik masa dua hari disana dan bermalam juga disana Serius rindu kyoto ONE DAY HANKYU TOURIST PASSUntuk ke Kyoto k...
Auto Travel Mobility Services Iino At Osaka Castle Park

Auto Travel Mobility Services Iino At Osaka Castle Park

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 166 hits
Hits 16Soon tourist can enjoy Auto Travel Mobility Services IINO At Osaka Castle Park Kansai Electric Power s Co inc and Sompo Japan Nipponkoa Co Ltd conducted a demonstration experiment on a mobile platform service using iino from March 17...
Terbang Ke Osaka Bersama Traveloka

Terbang Ke Osaka Bersama Traveloka

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 355 hits
Terbang Ke Osaka Bersama Traveloka Siapa dah sampai Osaka Jepun Nieyl tak pernah pergi lagi ke sana tapi kawan kawan ada yang dah pernah sampai dekat sana Bila dengar story dieorang ni buat kita rasa teruja nak pergi juga Nampaknya kena men...
Mclaren Gt A Brief Walk Around This Unique Grand Touring Car

Mclaren Gt A Brief Walk Around This Unique Grand Touring Car

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 179 hits
The McLaren GT is an entirely new model and the brand s first true grand touring car To increase everyday ease of use braking and steering were optimized for lower speeds Although intended for long distance driving the new McLaren GT is sti...
Is Khalid Samad Around Najib Asks As He Visits Raya Bazaar In Shah Alam

Is Khalid Samad Around Najib Asks As He Visits Raya Bazaar In Shah Alam

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 331 hits
Najib Razak shopping for Raya clothes at the PKNS Complex in Shah Alam today SHAH ALAM Former prime minister Najib Razak today paid a visit to the Ramadan bazaar at the PKNS Complex here for a walkabout Najib arrived at the shopping mall at...
Dr M Arrives In Tokyo For 3 Day Working Visit To Japan

Dr M Arrives In Tokyo For 3 Day Working Visit To Japan

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 274 hits
TOKYO Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has arrived at Tokyo s Haneda International Airport on Wednesday for a three day working visit to Japan Dr Mahathir is also scheduled to attend the 25th International Conference on The Future of ...
Mahalini Dah Peluk Islam

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


218 Fibonaci

219 Makna 99 Allah Pecahan

217 Kajian Surah Ad Dukhan The Smoke

This Is Drink Green Mango

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Five Secrets For The Best Way To Study