Janganlah Terus Bernostalgia Tun


Mohamed Khaled NordinDiterbitkan 7 Mac 2019, 11:14 malam

ULASAN | Dalam laman blog beliau, Dr Mahathir Mohamad memberi pandangannya mengenai kerjasama PAS dan Umno.

Beliau bernostalgia mengenai cerita politik lama, tentang naratif PAS mengkafirkan Umno dan Amanat Haji Hadi sebagai hujah utama mengapa - bagi beliau - kerjasama ini bermasalah.

Hujah kedua ialah, kerjasama PAS dan Umno akan menghalalkan jenayah Najib Razak dan mengembalikan beliau sebagai seorang pemimpin politik semula.

Pertama, usahlah bernostlagia mengenai perkara lama. Soal sembahyang dua imam, kafir-mengkafir dan pelbagai lagi tuduhan terhadap PAS adalah cerita lama yang diulang-ulang tanpa sudah.

Sedangkan perkara tersebut tidak lagi berlaku dalam Malaysia pascamoden.

Nampaknya itu sahaja naratif Mahathir untuk PAS. Sedarlah, orang Melayu sudah lama melupakan naratif tersebut. PAS telah lama menjadi parti Islam yang sofistikated.

Dengan slogan Islam Untuk Semua dan Membangun Bersama Islam, PAS menjadi pergerakan politik yang dihormati.

Jika tidak, masakan DAP dan PKR pernah bersekutu dengan PAS. Dan Mahathir sendiri - sebelum PRU lepas - bermati-matian cuba mendapatkan kerjasama PAS untuk menentang BN.

Ada naratif baru sekarang

Cercaan Mahathir pada PAS telah membuakkan rasa tidak senang pelbagai pihak kerana ia sangat merugikan umat Melayu - dan Islam khususnya.

Sifat tertutup, dan tidak besar hati pimpinan Mahathir memecah-belahkan umat Melayu kepada pelbagai kelompok selama ini.

Kedua, sudah tiba masanya untuk Mahathir duduk dan merenung situasi politik sekarang. Janganlah nama Najib menjadi ratib zikir beliau pada usia sebegini.

Naratif 1MDB, kecurian, mahupun kleptokrasi sudah muak didengar rakyat, tatkala kos sara hidup, gaji, perumahan kos rendah dan insentif-insentif prokebajikan untuk mereka sama ada tidak beransur naik, sudah dihapuskan atau berkurangan.
Ya, orang ramai mengakui tindakan mahkamah dimulakan. Kita serahkan kepada pihak berkuasa dan sistem kehakiman untuk menentukannya.

Sehingga sesuatu itu terbukti salah, maka kita tidak boleh sepenuhnya menghukum secara total. Bukankah itu rule of law yang Mahathir selalu pekikkan?

Sudah wujud naratif baru yang sedang menggantikan kleptokrasi, iaitu kerajaan kakistokrasi pimpinan Mahathir yang merugikan rakyat marginal dan menguntungkan kroni kapitalis semata-mata.

Kerjasama Umno dan PAS demi watan akan menjadi ketumbukan politik yang bakal mengubah landskap berpolitik dan bernegara.
Ia akan menyatukan orang Melayu pada tahap yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.

Ingatlah peringatan Allah: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan melakukan kebaikan".

Umno dan PAS tidak ingin lagi membuang masa dengan bercakaran tanpa henti. Telah tiba masanya melakukan kebaikan dan amal soleh untuk bangsa dan tanah air melalui kerjasama politik.

Akhirnya Tun, urusan kerjasama Umno dan PAS adalah urusan kami. Biarkanlah kami mengurusnya. Sama ada ia akan berjaya atau sebaliknya, terpulanglah kepada ikhtiar kami.

Kami doakan yang terbaik jua untuk Tun dengan jalan bersama DAP yang telah dipilih dan dukung.

MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno, ketua Umno Perlis dan bekas menteri besar.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. (dan juga Wak Labu Farm)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/janganlah-terus-bernostalgia-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Janganlah Jadi Seperti Orang Yang Gila Talak

Tun Mahathir Janganlah Jadi Seperti Orang Yang Gila Talak

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 746 hits
Janganlah Terus Bernostalgia Asal Kapas Jadi Benang Dari Benang Di Buat Baju Barang Lepas Jangan Kenang Sudah Jadi Orang Baru Mengapa Di Rindu Dalam laman blog beliau Mahathir memberikan 2 hujah tentang pandangan beliau mengenai kerjasama U...
Tun M Bagi Isyarat Kepada Kementerian Kewangan Bukan Kementerian Kesihatan

Tun M Bagi Isyarat Kepada Kementerian Kewangan Bukan Kementerian Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 263 hits
GEORGE TOWN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lebih memberi isyarat kepada Kementerian Kewangan dan bukan Kementerian Kesihatan untuk meluluskan peruntukan bagi pembinaan hospital baharu di Semenyih Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzu...
Tun Mahathir Kata Umno Sudah Hancur

Tun Mahathir Kata Umno Sudah Hancur

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 361 hits
Tun Mahathir kata Umno sudah hancurPosted By on March 01 2019Dalam menyeru sokongan untuk Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil Semenyih Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bahawa lawan mereka Umno BN sudah hancur Sia sia saja...
Rm1 4 Juta Merupakan Pembayaran Wang Haram Oleh Kroni Tun Mahathir Ke Clare Brown

Rm1 4 Juta Merupakan Pembayaran Wang Haram Oleh Kroni Tun Mahathir Ke Clare Brown

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 705 hits
Kesemua ini membawa maksud surat yang didedahkan oleh Clare merupakan satu perangkap jahat yang berkemungkinan besar melibatkan satu konspirasi terancang di antara Pengurus Maybank Jalan Tun Razak Americk dan Clare sendiri untuk menyalurkan...
Hebat Tun M Pas Minta Tun M Jadi Pendamai Konflik India Pakistan

Hebat Tun M Pas Minta Tun M Jadi Pendamai Konflik India Pakistan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 382 hits
Tun M dicadang sebagai pengantara menyelesaikan pergolakan India PakistanDalam keadaan ekonomi dunia yang merudum tiada yang lebih mudarat sekiranya peperangan tercetus pada masa ini Semua pihak akan rugi Oleh demikian pergolakan hangat ant...
Jaga Sensitiviti Agama Dan Kaum Tun M

Jaga Sensitiviti Agama Dan Kaum Tun M

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 395 hits
28 Februari 2019 7 48 PM PUTRAJAYA Semua pihak terutamanya pemimpin Pakatan Harapan perlu menjaga sensitiviti kaum dan agama dalam negara kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mo
Tun Mahathir Rumah Mampu Milik Harus Bawah Rm300 000

Tun Mahathir Rumah Mampu Milik Harus Bawah Rm300 000

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Harga rumah mampu milik di pasaran harus berada dalam lingkungan bawah RM300 000 seunit kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Memandangkan taraf ekonomi penduduk juga telah meningkat maka secara dasarnya hargarumah mampu...
Pemimpin Ph Masih Bersikap Seperti Pembangkang Tun M

Pemimpin Ph Masih Bersikap Seperti Pembangkang Tun M

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 422 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa terdapat pemimpin Pakatan Harapan yang masih meneruskan sikap sebagai pembangkang meskipun parti itu telah sembilan bulan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri Menurut Perdana Menter...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi