Jangan Tekan Kalau Sayang Duit


hmetro.com.my
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]
Kuala Lumpur: Penggunaan telefon pintar dan peralihan kepada dunia digital dalam urusan seharian menyebabkan penggunaan pautan menjadi satu kelaziman

Masyarakat didedahkan dan dibiasakan dengan penggunaan pautan termasuk untuk berkongsi artikel berita, maklumat, penghantaran kad ucapan dan pautan iklan.

Kebiasaan ini menjadikan pautan sebagai satu perkara yang dilihat tidak berbahaya serta boleh dipercayai oleh kebanyakan pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perkara itu diambil kesempatan oleh sindiket penipuan untuk memperdayakan mangsa.

"Kami mengesan beberapa taktik oleh sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi ini seperti menghantar pautan mengandungi fail apk (android package kit).

"Mana-mana individu yang memuat turun fail berkenaan akan mengakibatkan telefon milik mereka digodam," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Selain itu, katanya, sindiket penipuan juga akan menghantar pautan yang sekiranya ditekan akan membawa mangsa kepada laman sesawang perbankan palsu.

"Apabila perkara itu berlaku, ia akan menyebabkan mangsa secara tidak sengaja memberikan maklumat nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian.

"Sindiket itu juga ada menghantar pautan yang jika ditekan akan memperdayakan mangsa untuk memberikan nombor kod pengesahan transaksi (TAC).

"Tindakan itu akan mengakibatkan wang milik mangsa dipindahkan atau akaun media sosial mereka seperti WhatsApp serta Telegram digodam," katanya.

Beliau berkata, operasi sindiket penipuan yang menghantar pautan kepada mangsa secara rawak tidak hanya terhad dalam tempoh masa tertentu.

Katanya, mereka bijak memanipulasi keadaan semasa dan situasi yang sedang berlaku di dalam negara.

"Contohnya tatkala kerajaan mengumumkan pemberikan bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), sindiket penipuan ini juga akan menghantar mesej melalui WhatsApp atau Telegram.

"Mesej yang dihantar itu akan disertai dengan pautan kononnya untuk tujuan permohonan bantuan berkenaan.

"Namun hakikatnya, 'borang' permohonan yang disertakan itu adalah bertujuan untuk mendapatkan butiran peribadi dan maklumat perbankan milik mangsa," katanya.

RAMLI. FOTO Arkib NSTPKES 1

Pada 2 Februari lalu, satu laporan polis diterima di Menggatal, Sabah mengenai kehilangan wang daripada akaun bank milik seorang peniaga.

Seminggu sebelum kejadian, pengadu yang juga lelaki berusia 35 tahun menerima pautan di telefon bimbitnya.

Selepas menekan pautan itu, telefonnya terus terpadam dan pengadu mendapati skrin telefonnya kerap bergerak-gerak dipercayai akibat digodam.

Pengadu juga mendapati wang dalam akaun simpanannya, e-wallet Facebook, Tiktok dan akaun Google Finance sudah hilang dengan kerugian dialami berjumlah RM211,955.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

KES 2

Pada 16 Februari lalu, satu laporan polis diterima di Sentul, Kuala Lumpur berkaitan pengurangan sejumlah wang dari akaun bank milik seorang pegawai sumber manusia.

Menurut pengadu yang juga lelaki berusia 26 tahun, dia terlihat iklan di sebuah laman sesawang memaparkan koleksi komik secara dalam talian.

Untuk mendapatkan akses membaca komik itu, pengadu diminta untuk menekan pautan yang dihantar kepadanya.

Selepas menekan pautan itu, pengadu diminta untuk memasukkan beberapa maklumat kononnya sebagai keperluan melanggan bahan bacaan berkenaan.

Sebaik memasukkan maklumat, pengadu mendapati 29 transaksi pemindahan wang dibuat keluar dari akaun bank miliknya.

Kerugian keseluruhan dialami pengadu adalah RM154,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

5,776 kes tipu e-kewangan direkod sejak 2019

Sebanyak 5,776 kes penipuan e-kewangan di seluruh negara dicatatkan bagi tempoh 2019 hingga tahun lalu membabitkan kerugian berjumlah RM418,985.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penggunaan pautan bagi tujuan penipuan adalah taktik yang membawa kepada jenayah e-kewangan.

Katanya, ia dirujuk sebagai kategori penipuan seperti BEC (Business Email Compromise), 'hacking', penipuan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) dan 'phishing'.

"Pada 2019, sebanyak 869 kes e-kewangan direkodkan dengan kerugian sebanyak RM138,347 dan jumlah itu menurun kepada 662 kes pada 2020 dengan kerugian RM25,872.

"Bagaimanapun jumlah kes direkodkan meningkat pada 2021 dengan 896 kes membabitkan kerugian RM73,454 dan jumlah kes terus meningkat pada 2022 apabila mencatatkan 1,257 kes serta RM76,216 kerugian.

"Pada tahun lalu, jumlah kes direkodkan meningkat hampir sekali ganda apabila mencatatkan 2,092 kes membabitkan kerugian RM105,093," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Ramli berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kepakaran siber serta kelengkapan sewajarnya untuk mengesan pelaku di sebalik sindiket penipuan itu.

"Malah, PDRM juga sentiasa berganding bahu dengan agensi lain berkaitan keselamatan siber seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Cybersecurity Malaysia dalam usaha pembanterasan kegiatan jenayah siber.

"Dari aspek siasatan, PDRM turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang sentiasa membantu dalam soal perkongsian maklumat," katanya.

Menurutnya, pembanterasan terhadap kes sebegini dilakukan melalui kaedah sama seperti kes jenayah komersial yang lain iaitu melalui siasatan, operasi dan pertuduhan di mahkamah.

"Namun bagi memastikan pembanterasan yang lebih efektif, JSJK turut memberikan penekanan kepada aspek pencegahan menerusi siri kempen, wawancara, ceramah dan sebagainya.

"JSJK sentiasa mengingatkan masyarakat untuk tidak mengisi maklumat peribadi dan maklumat perbankan di dalam mana-mana aplikasi yang mencurigakan.

"Kesedaran dalam kalangan masyarakat adalah perkara yang paling utama memandangkan taktik penipuan ini akan sentiasa berubah seiring dengan perkembangan semasa," katanya.

'Suka tekan link punca kena scam'

Disiarkan pada: Mac 21, 2024 @ 12:00pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/jangan-tekan-kalau-sayang-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayang Anak Kawallah Pemilihan Produknya Jangan Tersalah Pilih

Sayang Anak Kawallah Pemilihan Produknya Jangan Tersalah Pilih

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 273 hits
Keterujaan ibu membeli barangan dan kelengkapan anak sememangnya tidak dapat disangkal lagi Namun ibu perlu hati hati dan bijak dalam berbelanja agar tidak berlakunya pembaziran Keprihatinan ibu dalam menangani masalah yang dihadapi anak ad...
Hamzah Zainudin Jangan Bergantung Gelombang Untuk Ke Putrajaya

Hamzah Zainudin Jangan Bergantung Gelombang Untuk Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 179 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Perikatan Nasional tidak boleh bergantung kepada gelombang semata mata untuk memenangi pilihan raya sebaliknya perlu membina kekuatan dan identiti sendiri menarik sokongan rakyat untuk kembali ke Putrajaya Setiausa...
Tengku Mahkota Pahang Ingatkan Pemimpin Jangan Main Isu Politik Yang Memecahbelahkan Rakyat

Tengku Mahkota Pahang Ingatkan Pemimpin Jangan Main Isu Politik Yang Memecahbelahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 146 hits
KUALA LIPIS Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan pemimpin di negeri itu supaya mengelak daripada memainkan isu politik yang boleh memecahbelahkan perpadu...
Wan Saiful Jangan Koyak Lagi

Wan Saiful Jangan Koyak Lagi

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 134 hits
Hishamuddin AunIni masa Ahli Parlimen Tasek Gelugor tampil absahkan dakwaannya di Dewan Rakyat secara terperinci kepada SPRM Bertuahnya Wan Saiful Wan Jan Hanya dengan memohon maaf Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu terlepas penggantungan enam...
Nota Jangan Cabar Islam Ditabur Di Luar Rumah Ibu Bapa Nga

Nota Jangan Cabar Islam Ditabur Di Luar Rumah Ibu Bapa Nga

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 168 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 7 2024 3 21 PMSalinan nota bertulis tangan memberi amaran Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming supaya jangan cabar Islam bertaburan di luar kediaman ibu bapanya di Ayer Tawar Perak Ibunya yang menemui ...
Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Khas Buat Anak Allah Sayang Abang

Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Khas Buat Anak Allah Sayang Abang

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 168 hits
Ibu Aliff Aziz titip pesanan khas buat anak sulungnya dengan menyertakan sekali video sewaktu anak perempuannya Aisyah Aziz membuat persembahan nyanyian lagu ketuhanan Lagu dendang Aisyah dituju khas buat Aliff Menerusi posting yang dibuat ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone