Jangan Takut Menikah Ini Ingatan Rasulullah S A W Kepada Orang Bujang


Oleh Azrin Wahid
Perkahwinan menutup pintu-pintu kemaksiatan dan dengan itu, pintu keberkatan dan limpahan rahmat akan terbuka dengan luasnya. Ini kerana, mereka yang bernikah itu adalah di kalangan mereka yang telah melaksanakan satu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan golonganku!” – HR. Ibnu Majah dan Aisyah r.ha.
Realitinya hari ini, yang muda takut nak berkahwin, khuatir tidak mampu menyara anak dara orang. Bahkan bakal isteri bimbang tidak mampu hidup susah dengan suami kelak. Itu belum lagi termasuk keluarga yang menjadi benteng penghalang untuk dua sejoli menghadap Pak Imam.
Pelbagai syarat yang dikenakan kepada calon lelaki sehingga perlu mempunyai simpanan yang banyak dalam bank, juga telah memiliki rumah dan kereta sebagai syarat pinangan diterima.
Anak muda sering dimomokkan dengan kehidupan lepas kahwin yang mengerikan, hidup susah menjadi rutin, situasi tidak berduit sudah biasa, perlu bersedia lebih awal kesemua situasi sebegitu. Kononnya keluarga tidak mahu melihat anak menantu mereka susah kemudian hari, lantas meletakkan syarat supaya mampu terlebih dahulu untuk menikah.
Walhal dalam agama, bernikah itu sesuatu perkara yang digalakkan bagi mengelakkan berlakunya maksiat. Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud,
“Wahai generasi muda! Bila di antaramu sudah mampu menikah hendaklah ia nikah, kerana mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara.” – HR Bukhari dan Muslim.
Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Suriani Sudi mengatakan, pernikahan itu sendiri sebenarnya kunci untuk membuka pintu rezeki. Dengan menikah, orang akan jadi kaya.
Wah! Menarik tu. Justeru, bagi mereka yang mendakwa perkahwinan itu membawa kemiskinan atau kesempitan hidup kerana terpaksa berbahagi dua, pemahaman seumpama itu jelas salah dan tidak benar menurut syarak.
Firman Allah surah an-Nur:32,
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.”
Menikah akan membuka pintu-pintu rezeki Berdasarkan firman Allah di atas, Suriani menegaskan, setiap daripada umat Islam perlu beriman dengan kalamullah itu seyakinnya. Jadi, tidak sepatutnya berlaku setiap orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya untuk takut kemiskinan menjengah setelah berumah tangga.
Apa yang sepatutnya, sediakan ilmu sebaik mungkin sebelum berkahwin, dan jadikan perkahwinan yang terbina itu sebagai jambatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Maka dengan itu pintu-pintu rezeki akan terbuka dengan seluas-luasnya.
Sepertimana firman-Nya dalam surah at-Tholaq: 2,
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangka.”
Cabang rezeki
Bagi mereka yang sudah berkahwin, namun masih tidak mendapat pekerjaan yang sebaiknya ataupun kehidupan sebelum dan selepas kahwin itu tidak jauh bezanya, bahkan mendakwa rezeki untuk mereka tiada, Suriani menjelaskan, rezeki yang dimaksudkan itu bukan jenis material atau kebendaan semata-mata.
Sebaliknya rezeki Allah itu sangat luas. Miskin harta, tetapi kaya kasih sayang. Juga kaya dengan jiwa tenang yang dikecap selepas berumah tangga. Ketenangan itu dapat dicapai melalui perkongsian hidup antara dua insan yang nyata lebih halal, berbeza ketika bercinta. Mereka boleh menyelami hati masing-masing tanpa had dan batasnya. Setiap perkara dikongsi bersama dan makan minum ada yang menjaganya.
“Bukankah tenang jiwanya jika pulang ke rumah isteri menyambut dengan senyuman di bibir, sambil mengurut lembut? Begitu juga si isteri, penat seharian membuat kerja rumah hilang tatkala melihat si suami pulang dengan penat kerana mencari rezeki untuk keluarga. Lantas mengukirkan senyuman semanis mungkin agar penat yang dirasakan beransur hilang,” terang Suriani lagi.
Itulah juga rezeki iaitu ketenangan jiwa. Rezeki juga boleh dalam bentuk ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan kegembiraan dan seumpamanya.
Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w pernah menyebut tentang Saidatina Khadijah, “Aku telah direzekikan cintanya.”
Mendapat jodoh di dunia juga merupakan rezeki yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Bayangkan berapa ramai di luar sana yang ingin berkahwin, tetapi ada sahaja halangan dan rintangannya.
Itu merupakan penutup rezeki kepada mereka. Belum lagi termasuk rezeki anak yang diberikan oleh Allah dan apabila dididik sebaiknya, maka mereka itulah jaminan ‘talian hayat’ untuk ibu bapa mendapatkan rahmat melalui amalan-amalan soleh dan kebaikan yang dilakukan.  
Rahsia rezeki
Hakikatnya, rahsia pintu rezeki terbuka luas selepas berkahwin ekoran berkurangnya perbuatan maksiat. Jika sebelum berkahwin, banyak perkara yang menghampiri zina dilakukan tanpa sedar. Antaranya, berjumpa berdua-duaan, saling merindu dan mencintai tanpa ada asasnya sekali gus menjadi penghalang untuk doa yang diangkat, dan dimakbulkan  Allah.
Firman Allah surah ar-Ruum:21
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Pertolongan Allah bagi orang yang bernikah Pesan Suriani, jangan ditanya bagaimana Allah memberikan rezeki, tetapi bersedia dan berusahalah untuk mencari rezeki di samping memohonnya kepada Allah. Pasti Allah akan memperkenankan.
Sabda Baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya.”
Allah tidak akan mensia-siakan ketabahan hamba-Nya. Setiap yang dipinta dengan penuh pengharapan dan keimanan, pasti akan dimakbulkan. Itulah bukti kasih sayang Dia yang Maha Penyayang.
Jangan sesekali sombong untuk memohon kepada Allah, seolah-olah segala nikmat dan rezeki yang dimiliki hari ini adalah hasil daripada kerja keras sendiri. Peringatan telah diberikan Allah melalui surah al-Mukmin: 60,
“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.“
Suriani menambah lagi, rezeki itu juga datang dengan perasaan yang dirasakan. Bagi si suami, apabila pulang ke rumah, ada isteri yang menyediakan makan dan pakainya setiap masa, mengingatkan dia tentang Allah. Maka kerjanya akan jadi lebih mudah. Fikiran tidak terganggu dengan banyak perkara sekali gus membolehkannya berfikir secara rasional tentang strategi kerja yang dilakukan.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya isteri yang solehah akan mendatangkan harta bagi kamu “Barang siapa diberi Allah seorang isteri yang solehah, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya. Dan hendaklah bertakwa kepada Allah separuh lainnya.” – HR Baihaqi.
Itulah nilai seorang isteri solehah, seperti juga yang diucap Nabi s.a.w. mafhumnya wanita hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Daripada Aisyah juga meriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Nikahilah olehmu kaum wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan mendatangkan harta (rezeki) bagi kamu.” HR Hakim dan Abu Daud.
Himpunan daripada perkara itu, maka rezeki akan datang dalam pelbagai cara dan rupa. Bagi hamba yang menolong Allah dengan agamanya, dan berupaya menjadi hamba yang taat, Allah juga pasti akan menolongnya dengan pertolongan yang jauh lebih banyak daripada apa yang kita korbankan.
Firman Allah Surah Muhammad: 7,
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Wallahu a’lam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/jangan-takut-menikah-ini-ingatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Umno Jangan Jadi Ketam Dalam Kotak

Ahli Umno Jangan Jadi Ketam Dalam Kotak

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 207 hits
bharian com Oktober 18 2021 7 05pmMahdzir berucap merasmikan Persidangan Cawangan UMNO Berkelompok DUN Bengkoka dan Pitas di Pejabat UMNO Bahagian Kudat hari ini FOTO IHSAN PEMBACAPITAS UMNO mengingatkan ahlinya supaya terus membantu mengua...
5988 Kj Jangan Salah Guna Kuasa Ppim Sumberkini 17 10 2021

5988 Kj Jangan Salah Guna Kuasa Ppim Sumberkini 17 10 2021

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 316 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menegaskan bahawa kerajaan khususnya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar seharusnya mencari inisiatif yang bersesuaian dan tidak salah guna kuasa dalam menangani i...
Jangan Buli Mereka Enggan Vaksin Nube

Jangan Buli Mereka Enggan Vaksin Nube

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 219 hits
Jangan buli mereka enggan vaksin NUBE Kesatuan Kebangsaan Pekerja pekerja Bank membantah sebarang bentuk diskriminasi membuli dan menggugat maruah rakyat yang enggan divaksin Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata kenyataan Menteri Kesihat...
Hiburan Jangan Biasakan Pasangan Kita Mesra Dengan Wanita Atau Lelaki Lain Haris Ismail

Hiburan Jangan Biasakan Pasangan Kita Mesra Dengan Wanita Atau Lelaki Lain Haris Ismail

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 296 hits
Pendakwah bebas Haris Ismail memuat naik satu perkongsian di Instagram memberi peringatan buat kaum lelaki khususnya yang bergelar suami untuk menjaga diri dan keluarga agar tidak terpesong daripada landasan Islam ARTIKEL BERKAITAN Advertis...
Hiburan Kerja Jangan Sampai Lupa Mak Abah Hairul Azreen Titip Pesanan

Hiburan Kerja Jangan Sampai Lupa Mak Abah Hairul Azreen Titip Pesanan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 350 hits
Hairul Azreen dan keluarga kelihatan bahagia beberapa hari ini apabila mengambil peluang untuk bercuti selepas kerajaan membenarkan rakyat Malaysia untuk merentas negeri ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDilihat bergembira menaiki helikopter d...
Jangan Sekali Kali Kita Kata Dr Mahathir Dah Nyanyuk Tok Mat

Jangan Sekali Kali Kita Kata Dr Mahathir Dah Nyanyuk Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 205 hits
MALAYSIA POST TIMBALAN Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini berperanan menjatuhkan Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional Menur...
Prn Melaka Jangan Benarkan Kempen Besar Besaran

Prn Melaka Jangan Benarkan Kempen Besar Besaran

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 277 hits
SHAH ALAM Pakar kesihatan menyarankan supaya tiada kempen besar besaran pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November depan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia akan menyebabkan ba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization