Jangan Sesekali Tinggalkan 14 Amalan Ini Untuk Jadi Kaya Baca Perkongsian Ustaz Ebit Lew Rileks Media


Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakkan manusia. Kami ada kongsikan tips bagaimana pengurusan kewangan jika anda memerlukan. Tapi faktor luaran sahaja tidak cukup, kita memerlukan juga faktor dalaman supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Kami akan cuba untuk kongsikan amalan untuk murah rezeki supaya kita dapat amalkan bersama-sama. Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah.
1. Memperbanyakkan Beristighfar
Nabi Nuh berkata kepada kaumnya, Firman Allah SWT maksudnya : “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)
Sabda Nabi S.A.W, ” Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
2. Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan
Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
3. Hindari Diri Dari Membuat Dosa
Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
4. Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa
Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5. Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya. Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yang bersesuaian.
6. Banyakkan Bersedekah
Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah. Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan. Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261)
7. Membantu Mereka Yang Lemah
Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari) Nabi SAW bersabda maksudnya: “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
8. Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka
Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)
9. Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia
Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan. Nabi SAW bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)
10. Muliakan Tetamu Yang Bertandang
Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin. Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali: “Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.”
11. Solat Dhuha
Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi, “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
12. Sentiasa Bersyukur
Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan. Firman Allah SWT, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)
13. Tidak Putus Berdoa Kepada Allah
Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hambaNya. Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
“Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)
14. Bertawakal Kepada Allah
Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah, “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3) Pesanan kami kesemua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 
Sumber: Dnews
Source link
The post Jangan Sesekali Tinggalkan 14 Amalan Ini Untuk Jadi Kaya, Baca Perkongsian Ustaz Ebit Lew – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/jangan-sesekali-tinggalkan-14-amalan-ini-untuk-jadi-kaya-baca-perkongsian-ustaz-ebit-lew-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Kelapa Muda Minum Dengan Perlahan Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan Mungkin Itu Sihir Rileks Media

Air Kelapa Muda Minum Dengan Perlahan Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan Mungkin Itu Sihir Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 509 hits
Anda mungkin pernah mendengar perkataan sihir atau santau Mangsa yang mengalaminya akan dibinasakan dengan perlahan lahan supaya dia menderita atau lebih dasyat berakhir dengan kematian dalam jangka masa tertentu Ngeri namun selagi ada usah...
Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 620 hits
Solat Hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah s w t Solat ini dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah s w t dalam meminta sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak diingini Ras...
Amalan Menjemput Rezeki Tengah Malam Hanya 1 Minit Masa Anda Rileks Media

Amalan Menjemput Rezeki Tengah Malam Hanya 1 Minit Masa Anda Rileks Media

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 328 hits
BISMILLAH Alhamdulillah Kerana kita diberikan peluang sehari lagi untuk bernafas di bumi Allah ini Dengan kesedaran bahawa kita hanya menumpang Kita hanya meminjam milik Allah Nafas udara cahaya angin dan banyak lagi yang semuanya milik All...
Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Ganjarannya Dalam Rumah Tangga Datang Tak Disangka Rileks Media

Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Ganjarannya Dalam Rumah Tangga Datang Tak Disangka Rileks Media

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 547 hits
Doa merupakan senjata bagi umat Islam Malah Al Quran juga adalah sumber penawar baik daripada segi zahir mahupun batin Justeru sebagai suami isteri menjadi kewajipan suami untuk membimbing isteri dan keluarga mendekatkan diri dengan agama s...
Amalan Wirid Membaca Surah Ini 3 Kali Sehari Agar Rezeki Melimpah Di Dunia Dan Mendapat Pahala Besar Rileks Media

Amalan Wirid Membaca Surah Ini 3 Kali Sehari Agar Rezeki Melimpah Di Dunia Dan Mendapat Pahala Besar Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 461 hits
Ini tentang keutamaan membaca surat al Waqiah 3 kali sehari Seperti kita ketahui bahwa salah satu cara mengamalkan wirid surat Waqiah adalah dengan membacanya 3 x sehari Kita semua mengetahui bahwa Surat al Waqi ah sudah sangat terkenal di ...
7 Khasiat Surah Al Kautsar Amalan Dahsyat Yang Membuatkan Rezeki Tak Terduga Dan Hutang Cepat Selesai Rileks Media

7 Khasiat Surah Al Kautsar Amalan Dahsyat Yang Membuatkan Rezeki Tak Terduga Dan Hutang Cepat Selesai Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 365 hits
Surah Al Kautsar hanya mengandungi 3 ayat Ia telah diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s a w Ia kerana ketika Nabi Muhammad s a w sedang bersedih atas kematian ...
Kenapa Solat Atas Kerusi Boleh Menjadi Haram Inilah Penjelasannya Mesti Baca Rileks Media

Kenapa Solat Atas Kerusi Boleh Menjadi Haram Inilah Penjelasannya Mesti Baca Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 593 hits
Sejak kebelakangan ini semakin ramai penduduk di Malaysia umumnya mempunyai pelbagai masalah penyakit Hal ini seterusnya sedikit sebanyak telah menjejaskan kualiti ibadah terutamanya yang ingin meraih banyak pahala di bulan Ramadan Terdapat...
Baca 7 Kali Surah Ini Selesai Solat Dijamin Allah Melepaskan Kesusahanmu Dan Melancarkan Rezekimu Rileks Media

Baca 7 Kali Surah Ini Selesai Solat Dijamin Allah Melepaskan Kesusahanmu Dan Melancarkan Rezekimu Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 435 hits
Dijamin Allah akan melepaskan kesusahanmu dan melancarkan rezekimu Hidup dirundung kesusahan disempitkan rezeki sudahkah Menyemak diri anda Mungkin ada yang salah dalam hidupmu ada yang kurang yang belum kamu lakukan sudahkah selalu membaca...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik