Jangan Melampau Buat Andaian Mengenai Icerd Mujahid


KEPALA BATAS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat andaian melampau membabitkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sehingga ia boleh mencetuskan persepsi negatif dan keretakan hubungan antara kaum.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu, berkata andaian yang mengatakan bahawa sekiranya kerajaan menandatangani perjanjian antarabangsa itu akan menyebabkan hak orang Melayu terhapus, Raja dan Islam akan tergugat adalah sama sekali tidak benar.
Katanya, ICERD tidak akan sesekali mengubah entiti sesebuah negara yang ada dari sudut Perlembagaan Persekutuan, kebudayaan dan apa juga perkara berkaitan negara berkenaan.
“Justeru kita bimbang dalam keghairahan ramai pihak mengenai isu ini ada yang cuba menggambarkan dengan fakta tidak betul dan tepat.
“Seperti mana andaian bahawa jika ditandatangani perjanjian ini maka hak orang Melayu akan terhapus, Raja dan agama Islam tergugat, ia tidak betul yang mana persepsi ini perlu dihentikan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan.
Mujahid ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Mahrajan Interaktif KAFA peringkat Pulau Pinang di Dewan Millenium, di sini, hari ini.
Mujahid berkata, pihaknya akan mengadakan rundingan meja bulat esok bagi berbincang dan mengambil pandangan dari semua pihak berhubung isu ICERD itu.
“Dalam rundingan berkenaan ia akan dihadiri semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi mendapatkan input termasuk melihat kandungan memorandum yang dihantar oleh pelbagai pihak bagi membolehkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapatkan maklumat lengkap dan gambaran jelas.
“Kita mengambil nasihat daripada Tun Mahathir supaya tidak akan menandatangani mana-mana perjanjian antarabangsa selagi ia tidak mendapat rundingan semua pihak.
“Jadi ia bermakna perkara ini akan dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan mendapat persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan,” katanya.
Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy dilaporkan berkata, kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk melaksanakan ICERD pada suku pertama tahun depan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu bahawa Kabinet belum membincangkan secara terperinci proses ratifikasi ICERD, namun beliau memberi jaminan isu terbabit akan dibincangkan di Kabinet.
Dalam perkembangan lain, Mujahid mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam yang tular baru-baru ini.
Beliau berkata, sejurus perkara berkenaan tersebar, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong untuk kesahihan.
Katanya, pihak yang berbuat demikian dipercayai wakil daripada NGO namun tidak mewakili gereja dan persatuan agama Kristian di kawasan berkenaan.
“Dalam soal ini, saya nasihatkan supaya jangan menimbulkan masalah kerana kita perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan, kita siasat sama ada Bible itu diedarkan kepada umat Islam atau tidak.
“Semua pihak perlu faham Artikel 11 (4) bahawa agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam,” katanya.
The post Jangan Melampau Buat Andaian Mengenai ICERD – Mujahid appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/jangan-melampau-buat-andaian-mengenai-icerd-mujahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Jangan Takut Suarakan Pandangan Mengenai Icerd Kata Muhyiddin

Rakyat Jangan Takut Suarakan Pandangan Mengenai Icerd Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 425 hits
Rakyat jangan takut suarakan pandangan mengenai ICERD kata Muhyiddin Dikemas kini 16 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Jangan Pukul Rata Semua Gay Mujahid

Jangan Pukul Rata Semua Gay Mujahid

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendakwa tidak semua golongan gay dan transgender di negara ini terbabit dalam hubungan songsang Beliau berkata masyarakat tidak boleh membuat kesimpulan berdasarka...
Icerd Dengarkan Video Ulasan Peguam Haniff Khatri Banding Kan Dengan Mujahid Ijazah Sastera Arab

Icerd Dengarkan Video Ulasan Peguam Haniff Khatri Banding Kan Dengan Mujahid Ijazah Sastera Arab

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 672 hits
Acara Perkongsian minda bersama Haniff KhatriLokasi Pejabat Messrs Haniff Khatri PJTarikh 30 10 2018Bottomline dari Haniff Khatri Apa perlu Malaysia memperakui ICERD dan mendedahkan diri kepada tekanan dan pemantauan kuasa asing yang akan m...
Icerd Pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum Merugikan Melayu

Icerd Pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum Merugikan Melayu

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 529 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad nbsp nbsp Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum telah dibuka un
Tolak Icerd Pas Ingatkan Ppbm Jangan Takut Dap

Tolak Icerd Pas Ingatkan Ppbm Jangan Takut Dap

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 419 hits
November 8 2018 10 24 AMMuhammad Khalil Abdul Hadi berkata berkata PPBM perlu menunjukkan sikap yang jelas terhadap isu ICERD PETALING JAYA PAS memuji sikap Pemuda PPBM dan menganggap ada perkembangan positif berhubung pendiriannya berhubun...
Icerd Mujahid Hanya Catat Tidak Berdialog

Icerd Mujahid Hanya Catat Tidak Berdialog

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 331 hits
Suara Tanpa SempadanKUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri didakwa gagal berinteraksi secara dua hala dalam pertemuan bersama dengan NGO Islam peguam persendirian penjawat awam dan ahli akademik yang berlangsung semalam berhubung i...
Mujahid Meets With Islamic Ngos Lawyers Academicians To Discuss Icerd

Mujahid Meets With Islamic Ngos Lawyers Academicians To Discuss Icerd

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 315 hits
Several Islamic NGOs lawyers students and academicians have met with Minister in the Prime Minister s Department Mujahid Yusof Rawa to discuss Malaysia s intention to ratify the International Convention on the Elimination of All Forms of Ra...
Jangan Cepat Hukum Geng Kunyit Sebagai B3ncana Bal4 Allah Mujahid

Jangan Cepat Hukum Geng Kunyit Sebagai B3ncana Bal4 Allah Mujahid

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 354 hits
Jangan Cepat Hukum Geng Kunyit Sebagai B3ncana Bal4 Allah MujahidJangan Cepat Hukum Geng Kunyit Sebagai B3ncana Bal4 Allah Mujahid
Pemimpin Ph Jangan Jadi Barua Icerd

Pemimpin Ph Jangan Jadi Barua Icerd

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 391 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Rakyat akan terus desak kerajaan batal hasrat ratifikasi ICERD PASKUALA LUMPUR Pemuda PAS bersama parti parti pembangkang dan badan bukan kerajaan akan terus mendesak kerajaan membatalkan hasrat untuk meratif...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance