Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral Murah Ahli Kimia Kongsi Kesannya


Trend sekarang ni, macam-macam perkakas dapur yang lawa-lawa dan murah dijual di pasaran. Boleh rambang mata nak membelinya. Kadang tak ada kepentingan pun, tapi sebab cantik, belilah juga.
Dalam hal ini, pengguna perlu lebih peka tentang bahan asas yang digunakan. Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim, komponen perkakas yang bercampur dengan komponen makanan berpotensi menghasilkan tindak balas kimia. Berikut antara perkongsiannya.

KOMPILASI SOAL JAWAB PERKAKAS DAPUR
Mengapakah set perkakas viral bahaya digunakan? 
Sesetengah orang tidak kisah, asalkan cantik, murah dan mudah digunakan. Kerana ada potensi tindak balas kimia antara komponen perkakas itu dengan komponen makanan kita. Terutamanya makanan yang panas, berminyak dan bersifat asidik (atau masam).
Ada yang mungkin kurang faham tentang penggunaan kuali non-stick – selamatkah kuali non-stick digunakan jika terdapat calar?
Selamat. Cuma fungsi non-stick nya akan berkurangan dan mungkin lebih melekatkan makanan pada bahagian yang calar. Selaput non-stick ini diperbuat daripada bahan kimia polimer yang dikenali dengan polytetrafluoroethylene (PTFE). Ianya adalah molekul yang besar, tiada tindakbalas kimia dalam sistem penghadaman yang mampu menguraikannya. Maka badan tidak akan serap dan hanya dibuang bersama dengan najis.

Ada juga yang mengaitkan selaput ini dengan kanser. Sebenarnya bahan kimia yang dimaksudkan ialah perfluorooctanoic acid (PFOA) yang digunakan dalam pembuatan selaput ini. Namun hasil rawatan suhu akhir terhadap selaput non-stick ini memastikan bahan kimia PFOA ini telah termusnah dek haba.
Isu PFOA adalah lebih kepada keselamatan pekerja dalam industri ini yang terdedah secara terus dan bukan di dalam non-stick layer ini. Atas desakan, maka, sejak tahun 2015 ianya tidak lagi digunakan dalam pembuatan selaput non-stick.
Selain daripada selaput PTFE, terdapat juga pilihan peralatan memasak non-stick lain seperti seramik, enamel, silicon dan graniteware (porcelain enamel).
Paling penting ambil tahu penjagaan peralatan memasak non-stick:
❎ Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
❎ Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
✅ Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!

Tips membersihkan perkakas dapur? terutamanya kuali dan papan pemotong
Peralatan yang diperbuat daripada aluminium tanpa selaput jangan scrub. Ini kerana ianya mempunyai selaput penghalang leaking secara semulajadi yang dikenali sebagai aluminium oksida. Walaupun rupanya tidak cantik, selaput ini adalah penyelamat terutamanya apabila komponen masakan itu berasid (contoh asam pedas).
Aluminium dikaitkan dengan masalah kesihatan berkaitan saraf, tulang dan otak (terutamanya autisma dikalangan kanak-kanak and Alzheimer). Walaupun tiada kaitan yang konklusif, namun sesetengah individu yang sensetif atau mempunyai masalah dalam mengumuhkan aluminium berpotensi menghadapi masalah ini.
Bagi yang sudah scrub, boleh bentuk semula selaput ini dengan merebus air kosong beberapa kali dalam bekas memasak ini sehingga lingkaran terbentuk di dalam.*
Papan pemotong boleh dibersihkan dengan larutan peluntur (Clorox). Namun berhati-hati semasa pengendalian. Pastikan pengudaraan baik (tempat terbuka atau ada tingkap) agar gas klorin yang terhasil tidak mengurangkan kualiti udara disekeliling kita. Ada yang risau saki baki cecair peluntur tertinggal pada papan pemotong.
Pastikan cuci, bahan kimia aktif dalam cecair peluntur Clorox ini mudah larut air dan meruap. Cara untuk pastikan kesemua cecair peluntur telah tiada pada permukaan papan pemotong ialah tiada lagi bau klorin yang dapat dihidu.
Apakah kandungan yang terdapat dalam pinggan mangkuk bercorak viral yang menyebabkan ianya bahaya untuk digunakan?

Pinggan mangkuk bercorak dan berwarna-warni ini dikaitkan dengan bahan kimia plumbum (aka lead). Ianya digunakan pada perkakasan seramik sebagai hiasan (pewarna terang) dan selaput lutsinar supaya pinggan nampak cantik. Bahan kimia ini ada potensi leak jika dimasukkan makanan panas, makanan disimpan lama atau makanan berasid (yang masam).
Risiko kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu.
Apakah peralatan memasak yang selamat disarankan oleh tuan/puan untuk digunakan? – kuali, pinggan mangkuk, etc
Kesemuanya peralatan memasak selamat digunakan. Cuma pastikan cara pengunaan dan penjagaan yang betul. Pastikan juga beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.
Untuk pinggan mangkuk pula pilih bekas seramik tanpa corak berwarna putih atau jika bercorak pilih yang corak diluar ruang makanan atau beli daripada pengeluar yang ada reputasi.
Benarkah penggunaan perkakas kayu adalah yang paling selamat digunakan untuk memasak?

Sebagai senduk ya. Sebab ianya tidak bertindakbalas (inert) dan tahan haba tinggi jika dibandingkan dengan senduk plastik. Cuma perlu berhati-hati jika terdapat rekahan, ianya perlu dibersihkan untuk mengelakkan pembiakan kuman yang ada potensi bercampur dengan makanan kita.
Senduk plastik yang berwarna hitam diperbuat daripada plastik bahan kimia polyamide (PA). Namun isunya timbul apabila barangan plastik hitam ini dikitar semula, sukar diasingkan kerana warna yang hitam. Maka, dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya, terutamanya daripada pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Ini boleh guna untuk senduk makanan yang tidak melebihi 70 degree Celsius panasnya.
Ada juga yang diperbuat daripada silikon. Bergantung kepada komponen binaan ianya boleh tahan haba 160 – 260 degree Celcius. Namun sentuhan terus kepada kuali akan yang membuatkan integriti bahan binaannya terganggu.

Tips dalam memilih perkakas dapur yang diyakini kualitinya?
Pilih daripada pengeluar, pengedar dan penjual yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Gunakan peralatan ini dengan cara betul sesuai dengan tujuan dan fungsinya. Jangan jadi terlalu kreatif contoh plastik yang digunakan untuk tahan suhu rendah dijadikan bekas memasak lemang pula. Selebihnya bergantung kepada keperluan, tujuan dan kemampuan poket masing-masing.
Sesetengah orang tidak mengetahui kesan atas penggunaan perkakas dapur dan membelinya atas sebab cantik dan murah – bagaimana cara untuk mendidik golongan ini supaya selidik terlebih dahulu bahan perkakas.
Rajinkan membaca dan mengambil tahu tentang perkakas dapur ini. Jangan ikut trend viral saja. Ini adalah benda yang penting kerana segala masakan akan masuk dalam badan kita, anak-anak. Dan makan itu adalah asas kepada pembentukan badan dan minda yang sihat.
Kredit: Dr Fatimah Salim via Makmal Makanan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Jangan Ikut Trend Beli Perkakas Dapur Viral & Murah. Ahli Kimia Kongsi Kesannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-ikut-trend-beli-perkakas-dapur-viral-murah-ahli-kimia-kongsi-kesannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Terus Pakai Baju Baru Beli Nampak Bersih Sebenarnya

Jangan Terus Pakai Baju Baru Beli Nampak Bersih Sebenarnya

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 331 hits
February 2 2022 Baju baru beli di kedai nyata nya nampak bersih di pandangan mata Realitinya tak ya mak ayah Penjelasan Mohd Fhais ini akan buka mata kita Betapa seramnya bila mak ayah tak basuh dulu baju baju baru dibeli ti sebelum dipakai...
Antibiotik Pun Dia Tak Boleh Ambil Ahli Running Man Kongsi Keadaan Song Jihyo Dalam Kuarantin

Antibiotik Pun Dia Tak Boleh Ambil Ahli Running Man Kongsi Keadaan Song Jihyo Dalam Kuarantin

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 195 hits
Umum mengetahui bahawa Jun So min dan Song Ji hyo tidak dapat menyertai rakaman Running Man baru baru ini Ini kerana Jun So min yang baru sahaja menjalani pembedahan dek keretakan pada kaki manakala Song Ji hyo pula terpaksa menjalani kuara...
Prn Johor Amk Jangan Ikut Rentak Politik Lawan

Prn Johor Amk Jangan Ikut Rentak Politik Lawan

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 181 hits
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir menegaskan pergerakan itu tidak akan mengikut rentak politik BN atau PN dalam Pilihan Raya Negeri Johor Bila sebut lawan jangan kita terikut rentak politik sebelah sana AMK memilih untuk men...
Hiburan Perbuatan Maki Hina Para Ulama Semakin Berleluasa Netizen Jangan Terlalu Ikut Emosi Mufti Kedah

Hiburan Perbuatan Maki Hina Para Ulama Semakin Berleluasa Netizen Jangan Terlalu Ikut Emosi Mufti Kedah

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 166 hits
Rasanya korang pun mesti perasan makin ramai orang yang berani memaki dan menghina seorang ulama dan apa yang lebih menyedihkan apabila hinaan itu datangnya dari orang Islam sendiri Dek kerana jawapan seorang ulama itu tidak sama dengan apa...
Ahli Pkr Gesa Guna Logo Parti Dan Tiada Halangan Bagi Ph Yang Lain Jangan Dok Kalut Berani Masuk Bertanding

Ahli Pkr Gesa Guna Logo Parti Dan Tiada Halangan Bagi Ph Yang Lain Jangan Dok Kalut Berani Masuk Bertanding

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 166 hits
Pakatan Harapan telah putuskan parti komponen boleh pilih untuk guna logo parti atau logo PH KEADILAN telah pilih untuk guna logo parti untuk PRN Johor Keputusan ini diterima baik oleh AMANAH dan DAP Ada beberapa sebab kami putuskan begini ...
Kongsi Foto Maryam Netizen Suruh Fizo Omar Hati Hati Maryam Jangan Berseorangan Ada Yang Memerhati Tu

Kongsi Foto Maryam Netizen Suruh Fizo Omar Hati Hati Maryam Jangan Berseorangan Ada Yang Memerhati Tu

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 189 hits
Sebelum ini percutian Fizo Omar bersama isteri dan anaknya ke Johor Bahru mendapat perhatian netizen selepas foto Maryam yang dilihat berseorangan tular Timbul d4kwaan kanak kanak itu diabaikan namun Fizo Omar menafikannya Netizen bagi nasi...
Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Yang Betul Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum 17 Tahun

Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Yang Betul Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum 17 Tahun

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 424 hits
January 30 2022Anak lelaki itu tunjang keluarga Andai betul cara didikannya mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat Jadi mak ayah perlu tahu bagaimana mahu memainkan peranan membentuk anak lelaki agar ciri kepimpinan dapat disuburk...
Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Penuh Saspens Berurus Niaga Jual Beli Kereta Dgn Seorang Bilionair Malaysia

Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Penuh Saspens Berurus Niaga Jual Beli Kereta Dgn Seorang Bilionair Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 152 hits
Jarang sekali kita dengar seseorang yang sudi menceritakan kisah pengalamannya ketika berurus niaga dengan hartawan hebat di Malaysia yang melibatkan nilai jualan yang besar
Dah Tak Relevan Rm50 Beli Barang Dapur Suami Tambahlah Duit Poket Isteri

Dah Tak Relevan Rm50 Beli Barang Dapur Suami Tambahlah Duit Poket Isteri

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 224 hits
Kenaikan barang selepas PKP yang panjang ini begitu terkesan pada kita Nilai wang RM50 hanya dapat dibeli dua atau tiga barangan dapur sahaja Jadi di mana logiknya jika suami memberikan duit poket pada isteri dengan jumlah itu Sama sekali t...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco