Jangan Guna Agama Untuk Popular Titah Sultan Selangor Kepada Pemimpin Politik


 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi peringatan kepada semua pemimpin politik – tanpa mengira kaum – supaya tidak menjadikan agama untuk menjadikan diri mereka popular.
Titah Sultan Sharafuddin, larangan itu dibuat atas kapasiti baginda sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Selangor bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Hanya saya sebagai ketua agama Islam di Selangor dan Mais pihak berkuasa agama di negeri ini.
“Ahli politik boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu tetapi mereka tidak mempunyai kata putus atau kuasa,” titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan The Star.
Sultan Sharafuddin juga dilaporkan menggesa ahli politik untuk “membaca dan membuat rujukan” sebelum mengulas kenyataan Mais baru-baru ini bahawa haram bagi orang Islam mengunjungi rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara untuk mengenali agama lain.
Sambil menyifatkan pandangan Mais sebagai betul dan jelas, baginda bertitah adalah baik untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham kerana terdapat undang-undang yang menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam.
Pada masa sama, Sultan Sharafuddin bertitah tiada apa yang menghalang umat Islam daripada mengunjungi tempat ibadat lain tanpa mengambil bahagian dalam sebarang upacara atau amalan agama berkenaan.
“Tidak salah untuk menghadiri majlis perkahwinan atau berada di gereja misalnya, tetapi umat Islam hanya perlu memerhati.
“Begitu juga, penganut Kristian, saya percaya, tidak akan menyertai sembahyang atau ritual di kuil Tao,” titahnya kepada The Star.
Kenyataan Mais merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program Projek Artikel 11 Jom Ziarah anjuran Impact Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Penganjur program tersebut menjemput belia di Malaysia yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelbagai agama berlainan termasuk acara di gereja.
Pada masa sama baginda turut mengimbau kisah silamnya sewaktu almarhum datuknya, Sultan Alam Shah, menghadiri pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953 di gereja Westminster Abbey di London.
“Baginda baru pulang dari Mekah, kemudian berunding dengan mufti negeri jika berkenan untuk menghadiri pertabalan.
“Mufti berkata tidak ada salahnya asalkan beliau tidak mengambil bahagian dalam mana-mana ibadah,” titahnya.
Begitu juga, Sultan Sharafuddin bertitah ayahanda baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diberitahu oleh mufti bahawa dibenarkan memakai pingat dan lencana pada pakaian seragam baginda, termasuk yang menyerupai salib kerana itu bukan barangan keagamaan.
Pada 13 Mac, pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin mendakwa Impact Malaysia serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menggunakan program Jom Ziarah sebagai sebahagian daripada unsur Kristian evangelis.
Bagaimanapun, Impact Malaysia telah menafikan dakwaan itu dan Yeoh kemudiannya mengumumkan bahawa program itu telah diserahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/jangan-guna-agama-untuk-popular-titah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Dah Lama Patuh Titah Sultan Selangor Kata Pas

Kami Dah Lama Patuh Titah Sultan Selangor Kata Pas

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 158 hits
Roslan Shahir Mohd Shahir berkata titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan menggunakan surau atau masjid sebagai pentas ceramah dianggap sebagai satu peringatan PETALING JAYA PAS Selangor tidak mempunyai sebaran...
Jangan Guna Agama Untuk Raih Popularity

Jangan Guna Agama Untuk Raih Popularity

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 159 hits
PADA TAHUN EMPAT PULUHAN ORANG NAK POPULARITI KENA SEKOLAH AGAMAPAKAI SONGKOK HITAM KENA PAKAI SENGET KIRI ATAU KANAN KENA PANDAI MENGAJI RAJIN SOLATZAMAN SEKARANG KALAU NAK POPULARITI KENAGUNA AGAMA SANGAT GANJIL AGAMA BOLEH SAMPAI MANA KE...
Ajk Masjid Surau Akan Dipecat Serta Merta Jika Benarkan Penceramah Tak Bertauliah Beri Ceramah Agama Sultan Johor

Ajk Masjid Surau Akan Dipecat Serta Merta Jika Benarkan Penceramah Tak Bertauliah Beri Ceramah Agama Sultan Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 152 hits
Semua Ahli Jawatan Kuasa masjid dan surau berdepan dengan tindakan pemecatan sekiranya membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi kuliah atau syarahan agama di Johor Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mana mana pencerama...
Tak Salah Nak Cantik Tapi Jangan Main Guna Produk Doktor Kongsi Jenis Tak Elok Untuk Ibu Hamil

Tak Salah Nak Cantik Tapi Jangan Main Guna Produk Doktor Kongsi Jenis Tak Elok Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 198 hits
Wanita sememangnya sukakan kecantikan Mengandung mahupun tidak kecantikan adalah salah satu perkara yang dititikberatkan oleh kaum ibu Mahu tampil berkeyakinan serta memikat hati suami Sumber foto www freepik com Mungkin ada sesetengah wani...
Halusnya Seni Politik Di Dalam Umno Membuktikan Keikhlasannya Demi Agama Bangsa Dan Tanahair

Halusnya Seni Politik Di Dalam Umno Membuktikan Keikhlasannya Demi Agama Bangsa Dan Tanahair

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 149 hits
APABILA SEORANG PRESIDEN PARTI TERBESAR RELA MELEPASKAN JAWATAN TERTINGGI DALAM KERAJAAN WALAUPUN BELIAU BERHAK MENUNTUTNYA MAKA PENGORBANAN APA LAGI YANG KITA NAK DARI PIMPINAN UTAMA KITA Indahnya dan berjiwa besarnya barisan pimpinan utam...
Titah Sultan Johor Isyarat Keyakinan Istana Terhadap Anwar

Titah Sultan Johor Isyarat Keyakinan Istana Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 322 hits
Corak pemerintahan ditonjolkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja diterima baik oleh rakyat tetapi juga iktiraf istana kata penganalisis politik Dr Mazlan Ali dari Pusat Perdana Fakulti Razak Universiti Teknologi Malaysia...
Selangor Sultan Wants State Govt To Continue Preserving Forest Reserve

Selangor Sultan Wants State Govt To Continue Preserving Forest Reserve

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 193 hits
Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah has ordered the state government to continue preserving the state s 108 000ha forest reserve He said the state government should extend the period of the moratorium for logging which has been imp...
Muslims Can Attend Weddings In Church Says Selangor Sultan

Muslims Can Attend Weddings In Church Says Selangor Sultan

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 138 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah said the call by the Selangor Islamic Religious Council to restrict visits by Muslims to temples churches and gurdwaras to learn about the other faiths was correct and clear PETALING JAYA Selangor s Sultan Shar...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri