Jangan Ditinggalkan 3 Amalan Ini Di Dunia Alam Kubur Yang Sempit Akan Jadi Luas Dan Selesa
Setiap yang hidup pasti mati. Tiada yang terkecuali dalam soal kematian, hanya tercepat atau terkemudian
Semasa kecil di sekolah, kita diajar oleh guru agama tentang alam kubur di mana sebaik tujuh langkah ahli keluarga meninggalkan tanah perkuburan selepas kita dikebumikan, maka akan datanglah Malaikat Munkar dan Nakir yang akan bertanyakan kita soalan-soalan, berkaitan amalan yang kita lakukan di dunia ini
Dalam kitab-kitab berkaitan alam kubur, dinyatakan bagi golongan yang hidup di dunia menurut aturan mereka sendiri seperti berbuat kemaksiatan, dosa-dosa besar dan lain-lain lagi maka alam kubur akan menjadi sempit. Sekali pukulan dari Malaikat akan terbenam di dalam tanah dan kemudian dibangkitkan kembali
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur adalah tempat turun pertama dalam menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam-alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kubur tidak selamat, maka alam-alam lain akan lebih teruk
Sebagai hamba Allah, sudah tentu kita impikan kita selamat di dunia mahu pun di akhirat
Bagi korang yang mahukan keselesaan di alam kubur seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW, Ustaz Ahmad Dasuki ada berkongsikan 3 amalan khusus yang boleh kita buat bagi memastikan kita selesa di alam kubur kelak
Dalam satu ceramahnya kata Ustaz Ahmad Dasuki, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur
Amalkan 3 perkara ni,
1. Baca Al-Quran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat
2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya
3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa
Kawan-kawan,saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tapi tulah, dah bersediakah kita? Insya Allah
Sumber: Fb Majlis Ilmu
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3hxsDRS
via IFTTT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/08/jangan-ditinggalkan-3-amalan-ini-di.html