Jangan Ambil Ringan Ini 10 Simptom Hipotermia Anda Wajib Tahu


Jangan Ambil Ringan, Ini 10 Simptom Hipotermia Anda Wajib Tahu
Tiada siapa yang dapat menduga penyakit yang bakal menimpa diri sendiri. Ia merupakan ujian yang sangat berat perlu dihadapi seseorang. Apatah lagi apabila sakit tersebut boleh mengancam nyawa.
Seperti masalah hipotermia, mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa hipotermia boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar segera.
Hipotermia mempunyai simptom dan risiko yang tersendiri, tetapi ia juga masih lagi dapat dirawat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah ini.
Apa itu Hipotermia? Hipotermia adalah keadaan yang berlaku apabila badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba. Ini berlaku apabila suhu badan jatuh di bawah 35°C (95 °F).
Suhu badan manusia yang normal adalah kira-kira 37 ° C (98.6 ° F). Jika hipotermia dibiarkan tanpa rawatan, keadaan anda boleh membawa kepada kesan yang berbahaya. Hati, sistem saraf dan organ lain akan mula gagal dan mungkin mengancam nyawa.
Apakah kebarangkalian Hipotermia? Hipotermia paling kerap dialami oleh orang tua dan anak-anak muda di kawasan iklim sejuk. Anda boleh mengurangkan kemungkinan mengalami hipotermia dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Apakah simptom-simptom Hipotermia?
Simptom-simptom dan tanda-tanda bagi hipotermia:
Suhu badan jatuh di bawah 35°C (95°F); Kerap menggigil Pertuturan yang tidak jelas atau mengumam; Bibir biru; Kulit merah terang atau sejuk (pada bayi) Pernafasan cetek dan perlahan; Keliru atau hilang ingatan; Nadi lemah; Mengantuk atau kurang bertenaga. Komplikasi termasuk luka beku, gangren, jari dingin, dan kaki parit Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor? Anda memerlukan penjagaan kecemasan apabila mengalami tanda-tanda hipotermia. Khususnya jika anda mempunyai keadaan kesihatan seperti diabetes. Hipotermia boleh menyebabkan kesan berbahaya pada tubuh. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui apa yang terbaik untuk situasi anda.
Apakah yang mengakibatkan hipotermia? Penyebab utama hipotermia adalah berada di dalam cuaca sejuk atau air sejuk tanpa perlindungan. Tidak mempunyai pakaian luar yang sesuai atau memakai pakaian yang basah boleh menghalang tubuh anda menghasilkan haba. Adalah penting untuk membuat persediaan dan sentiasa berada dalam keadaan hangat semasa dalam perjalanan ke kawasan iklim sejuk.
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hipotermia? Faktor-faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda mengalami hipotermia:
Umur anda. Orang yang lebih tua dan bayi lebih berisiko kepada hipotermia Penggunaan alkohol dan dadah Sebilangan jenis ubat – termasuk ubat antimurung tertentu, ubat antipsikotik, ubat sakit narkotik dan sedatif Keadaan kesihatan yang lemah Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan mengalami hipotermia. Faktor-faktor ini hanya sebagai rujukan sahaja. Anda harus merujuk pada doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis dan Rawatan Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Hipotermia didiagnosis? Doktor akan mengesyaki seseorang itu mengalami hipotermia jika orang itu ditemui dalam persekitaran yang sejuk. Termometer khas yang boleh mengukur suhu badan yang rendah, biasanya terdapat di jabatan kecemasan hospital, boleh mengesahkan diagnosis tersebut. Ujian-ujian lain untuk mengetepikan kerosakan kepada organ penting termasuklah elektrokardiografi, ujian makmal, dan sinar-X.
Bagaimana pesakit Hipotermia dirawat? Pesakit harus dialihkan dari keadaan sejuk dan diletakkan dalam keadaan yang hangat sehingga bantuan perubatan dapat diberikan. Pakaian yang basah harus dibuka dan diganti dengan pakaian yang kering Gunakan lapisan selimut yang kering atau kot untuk memanaskan badan. Minuman yang panas dan tidak berkafein boleh diberikan Elakkan dari terdedah kepada angin dan tempias Pesakit harus diletakkan berhampiran dengan sumber haba yang selamat, dan haba badan boleh dikongsi. Bagaimanapun, jangan gunakan haba terus seperti air panas atau pad pemanas. Pesakit yang keliru atau tidak sedar harus menerima rawatan perubatan kecemasan. Ini termasuk pemanasan semula darah, cecair intravena yang hangat, dan pemanasan semula saluran pernafasan. Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan seperti yang berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi hipotermia:
Memakai pakaian yang betul untuk cuaca sejuk Beri perhatian lebih kepada orang tua dan kanak-kanak Ambil kalori dan cecair yang secukupnya Sentiasa berwaspada dan rancang sebaiknya untuk menghadapi situasi cuaca yang merbahaya Gantikan pakaian basah dengan pakaian kering secepat mungkin. Keluar dari air sejuk dengan segera. Beberapa minit sahaja boleh membawa maut Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Sumber: Hello Doktor
The post Jangan Ambil Ringan, Ini 10 Simptom Hipotermia Anda Wajib Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/18/jangan-ambil-ringan-ini-10-simptom-hipotermia-anda-wajib-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Pekerjaan Online Yang Ideal Untuk Ibu Rumah Tangga Fleksibel Dan Ringan Modal

10 Pekerjaan Online Yang Ideal Untuk Ibu Rumah Tangga Fleksibel Dan Ringan Modal

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 274 hits
10 pekerjaan ideal untuk ibu rumah tangga yang ingin menambah penghasilan 1 Reseller Dropship 2 Affiliate Marketing 3 Jasa Penerjemah 4 Freelancer Online 5 Virtual Assistant dll
Pempengaruh China Maut Pesawat Ringan Terlibat Nahas Ketika Live

Pempengaruh China Maut Pesawat Ringan Terlibat Nahas Ketika Live

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 223 hits
Pempengaruh China Maut Pesawat Ringan Terlibat Nahas Ketika Live Seorang pempengaruh China maut selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas dan terbakar ketika live di platform Douyin aplikasi setara TikTok di China Mangsa Tang Feiji 5...
Wajib Baca Kisah Pengkhianatan

Wajib Baca Kisah Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 133 hits
Safwan MohamadDahulu Muhyidin adalah Timbalan Presiden UMNO Ketika itu Najib Razak sebagai Presiden Dalam satu program dia cakap secara terang terangan supaya Presiden ditukar kerana kes 1MDB Pengkhianatan bermula di sini Akhirnya dia dipec...
Tandas Bau Hancing Berkerak Anda Wajib Cuba Cara Ini

Tandas Bau Hancing Berkerak Anda Wajib Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 194 hits
Tandas Bau Hancing Berkerak Anda Wajib Cuba Cara Ini Secara umum tandas merupakan kemudahan asas yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia Ia bukan sekadar tempat untuk memenuhi keperluan fisiologi tetapi mencerminkan ta...
Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan

Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 275 hits
06 Oktober 2025 Isnin Dalam hidup ni setiap orang ada cita cita dan cara tersendiri untuk mencari rezeki Ada yang seronok bekerja makan gaji ada juga yang lebih suka berniaga kerana rasa bebas menentukan masa sendiri Namun satu perkara pent...
7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya

7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 356 hits
nbsp Pendahuluan Kadang kita fikir Barang dapur je pun Tapi bila harga naik baru terasa lauk jadi mahal minyak habis cepat dan hujung bulan dompet pun kering kontang Masalahnya bukan sebab rezeki sempit tapi cara urus belanja yang bocor san...
Ahli Parlimen Pn Ini Wan Fayhsal Dinasihat Jangan Jadi Lebih Hamas Daripada Hamas

Ahli Parlimen Pn Ini Wan Fayhsal Dinasihat Jangan Jadi Lebih Hamas Daripada Hamas

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 229 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin menasihati Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal jangan jadi lebih Hamas daripada Hamas Beliau memberi nasihat itu selepas Wan Fayhsal mendesak kerajaan membatalkan undangan Malaysi...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Tekken 8 Season 8 15 Dis Ghost Jalan Ranked Pun Jalan

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi