Jangan Alih Isu Jawab Surat Arahan Segera Pemimpin Bersatu Beritahu Rashid


 
Razali Idris dan Mohd Rafiq Abdullah membidas Abdul Rashid Asari kerana membangkitkan perkara tidak berasas terhadap Bersatu.PETALING JAYA: Bersatu membidas Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari yang didakwa cuba mengalih isu dengan menuduh parti itu melanggar perlembagaan dengan mendakwa menerima ahli bukan pribumi.
Ketua Penerangan Razali Idris mendakwa tindakan bekas ketua Bersatu Selangor itu dilihat hanya helah untuk menghalalkan tindakannya mengkhianati parti dengan menyokong pentadbiran Selangor diketuai Amirudin Shari.
“Jawab setuju atau tidak sahaja dengan arahan parti, jangan pertikai kerana beliau sendiri telah lama tidak hadir mesyuarat…banyak keputusan tak diketahuinya.
“Kalau betul-betul jantan jawab surat diberikan,” katanya kepada FMT mengulas isi kandungan surat Rashid yang mempersoalkan keabsahan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu, selain mendakwa parti itu melanggar perlembagaan dan boleh dibawa ke mahkamah.
Rashid mendakwa Bersatu berbuat demikian selepas menerima keahlian dua MPT iaitu Adun Kuang Mohd Rafiq Abdullah (Selangor) dan Adun Lepar Mohd Yazid Mohd Yunus (Pahang) yang didakwanya bukan dari kaum pribumi Malaysia.
Berdasarkan Fasal 7.3 Perlembagaan Bersatu pada 2019, ahli biasa harus pribumi warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Mengulas dakwaan itu, Razali berkata Bersatu telah membuat pindaan tiga tahun lalu membabitkan keahlian termasuk kepada bukan Islam melalui sayap Bersekutu yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung Tahunan dan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).
“Kalau dia nak pertikai keahlian Rafiq dan Yazid sebagai alasan kononnya bukan pribumi, isu ini tak berbangkit langsung.
“Apakah maksudnya Rashid jadi ahli, ketua Bersatu Selangor dan naib presiden pun tak sah juga?,” katanya mendakwa Rashid kini panik hilang kerusi kerana tersilap langkah mengkhianati parti.
Sementara itu, Rafiq berkata beliau tidak tersinggung dengan serangan oleh Rashid itu dan yakin parti juga tidak akan melayannya.
Wakil rakyat penggal pertama itu juga meminta Rashid memberi penjelasan berdasarkan pemahamannya berhubung perkataan pribumi dan Melayu untuk meredakan kemarahan ramai.
“Sebab beliau sebut dua nama (Rafiq dan Yazid), banyak nama lagi ini, ramai orang marah dengannya,” katanya kepada FMT.
Pada 17 Mei lalu, Hamzah berkata wakil rakyatnya termasuk enam Ahli Parlimen dan seorang Adun berpaling tadah diberi tempoh 14 hari menjawab ‘surat arahan’, antara lain mengarahkan mereka tidak menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim serta kerajaan perpaduan baik di pusat dan negeri.
Selain Rashid yang menyokong kerajaan Selangor, enam Ahli Parlimen menyokong Anwar adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Kegagalan mereka menjawab surat itu boleh menyebabkan keahlian terlucut dan perlu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada PRK. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/jangan-alih-isu-jawab-surat-arahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Yang Sedang Bergolak Memilih Pemimpin

Bersatu Yang Sedang Bergolak Memilih Pemimpin

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 144 hits
Menitik Malam MSOKetika Bersatu sedang berusaha bertindak ke atas enam orang wakil rakyat mereka yang enggan tanda tangani surat persetiaan kepada parti ada sekumpulan orang dalam parti itu sedang menyusun strategi lain Katanya kumpulan ini...
Semak Penyata Jangan Hanya Serah Potong Gaji Angkasa Beritahu Peminjam

Semak Penyata Jangan Hanya Serah Potong Gaji Angkasa Beritahu Peminjam

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 175 hits
Kowamas dalam proses berbincang dengan bank untuk menangani isu peminjam menerusi skimnya disenarai hitam walaupun telah melangsaikan hutang PETALING JAYA Sikap acuh tak acuh peminjam menyemak rekod pembayaran pembiayaan peribadi mungkin me...
Tanjong Karang Deposit Tetap Pn Menang Mudah Jika Prk Dakwa Pemimpin Bersatu

Tanjong Karang Deposit Tetap Pn Menang Mudah Jika Prk Dakwa Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 177 hits
Nurul Syazwani Noh menerima watikah pelantikan ketua bahagian Bersatu Tanjong Karang daripada Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu mendakwa Parlimen Tanjong Karang yang sebelum ini kubu kuat Umno kini dian...
Buka Ijtima Ulama Komisi Fatwa Wapres Tanggung Jawab Ulama Menjaga Negara Jangan Sampai Menyimpang

Buka Ijtima Ulama Komisi Fatwa Wapres Tanggung Jawab Ulama Menjaga Negara Jangan Sampai Menyimpang

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 304 hits
Menurut Ma ruf Ijtima Ulama menjawab masalah yang dihadapi umat dan rutin digelar tiga tahun sekali
Terdesak Sangatkah Pas Bersatu Nak Cari Isu

Terdesak Sangatkah Pas Bersatu Nak Cari Isu

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 347 hits
Zuwairi Md Yusof PN PAS BERSATU sudah gelabah dan terdesak mahu sokongan anda sampai hantar wakil2 PN membuat lakonan jijik dan jelik Ini tidak akan berjaya rakyat sudah muak sama PN Tahukah anda tahun 2005 MB Selangor Khir Toyo telah lanca...
Ahli Politik Perlu Henti Taktik Menakut Nakutkan Untuk Alih Isu Penting

Ahli Politik Perlu Henti Taktik Menakut Nakutkan Untuk Alih Isu Penting

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 152 hits
AHLI Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid mengecam tindakan pemimpin politik yang memilih menggunakan taktik menakut nakutkan rakyat bertujuan meraih kepentingan politik peribadi Dalam satu kenyataan hari ini Syerleena menyebut Ket...
Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta

Huawei Freebuds 6

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

Nak Aura Cantik Kena Hindari Keramaian

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Dalam Kepala Anak Ada Air