Jamuan Sempena Hari Raya Untuk Family Staff



Hari Ahad baru-baru ni,MY dan suami buat makan-makan untuk adik beradik yang nak datang beraya.Ini kali pertama adik beradik nak datang beraya serentak kat rumah kami.Selalu kan tiap kali hari raya kami balik kampung,memang takde la yang nak datang beraya...Rumah kosong.Kami je la yang datang beraya kat rumah adik beradik sebab mereka ramai yang duduk di kampung.Oh ya.. yang nak datang beraya ni team keluarga sebelah suami MY.Adik MY yang kat JB ni datang last sekali.. perghh.. orang dah pesan suruh datang awal...Boleh la tolong tolong potong buah ke.. apa ke...Nak juga datang lambat lambat...hadehhh...hahaha...
MY dan anak sedara sebelah suami...Anak dara kakak dan abang suami...Nampak menolak tua tak MY di celah anak anak dara tu?
Ni MY dan suami serta staf staf...Baru-baru ada kejadian yang tak diingini berlaku.Demi menjaga privacy dan keselamatan mereka,Terpaksa cover wajah mereka di blog,MY up sekejap sahaja di story…

Bergambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir.Dari kiri anak sedara, anak sedara, anak sedara, anak sedara, kakak ipar, biras, kakak ipar, MY.Depan dari kiri : Mak sedara, kakak ipar, mak mentua..Ni semua sedara mara sebelah suami.Dan ini sebahagian aje..Ramai yang tengah makan la,tengah sembang la,tengah baring la...Malas nak bergambar...
Antara menu yang kami hidangkan pada hari tersebut adalah:nasi minyak, ketupat, kambing masak beriani, rendang daging, ayam goreng, pajeri nanas, sambal babat kerbau dan sup tulang lembu.MY juga beli dua kotak brownies,Ada juga hidangkan buah tembikai, rock melon dan oren sunkist.Air pula air sirap sejuk dan teh o suam.
Untuk buat majlis ni,MY dan suami beli macam macam barang ya.Beli bekas buffet, periuk besar satu, kawah satu, periuk nasi 5 kilo, beli bekas air,Beli besen dan penapis yang bersaiz besar juga.Memang semua menda tu takde kat rumah.Kena la beli.
Mama Yan ajak upah katering aje..tapiii…Suami  nak masak masak sendiri..Penat kemain ye...masak sendiri ni..Tu belum lagi mengemas rumah tak habis habis.
Sibuk sangat sampai tak sempat nak ambil gambar juadah,Gambar masa masak pun banyak yang takde. 

Mama Yan masak nasi minyak.. Mula mula masak 4 kg aje..sebab tak confident nak masak 5 kilo terus dalam terus dalam tu.Macam tak muat aje...Tapi muat je sebenarnya...Kita yang tak pernah cuba kan...Kali pertama la katakan,Guna beras basmathi,Basuh beras basmathi 3 - 4 kali, Rendam dengan air selama 30 - 40 minit,
Lepas tu,blender bawang, bawang putih, halia dan lobak merah .Kemudian tumis pula bawang hiris sampai naik bau. Masukkan pula bahan kisar,Kacau beberapa minit,Masukkan jagung krim dalam tin yang telah dikisar halus,Masukkan garam, gula, minyak sapi, daun pandan, rempah 4 sekawan. Kacau hingga timbul minyak.Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih,Apabila air sudah mendidih, masukkan beras pula.
MY kacau kacau beras semasa air belum mengering.Bila air dah nak kering,Masukkan satu tin susu cair.Kacau sikit sikit, ratakan permukaan nasi,Tutup periuk nasi dan biarkan masak.
Lepas periuk nasi dah menunjukkan keep warm tanda nasi dah masak,Terus tutup suis periuk.Biarkan nasi dalam periuk sekitar 15 minit lagi.Lepas 15 minit,Baru MY buka periuk nasi, Alhamdulillah,Nasi masak elok.Cuma kurang rasa garam aje. Takpelah, makan dengan lauk kang…Elok la rasanya.
Lupa pula nak ambil gambar kejadian nasi yang membanggakan itu..Hahaha…Baru pukul 3 nasi dah nak habis…Kalut kalut tu MY top up lagi nasi dalam 1 kg beras,Masak pakai rice cooker yang pakai hari hari,Nak cepat kan…Nak basuh beras banyak banyak tak sempat…Alhamdulillah, yang top up pun jadi cantik elok
Gambar bukti pulak takde.. adoi la…Majlis berjalan dengan lancar sehingga ke petang…Kehadiran saudara mara dan staf amatlah MY sekeluarga hargai…Kami buat kecil kecil aje…Itupun rasa nak roboh dah tubuh badan ni..Hahaha…
Tapi kalau ada kawan nak datang beraya, Kami okay je… datang aje la..Cuma takde la lauk macam macam..Setakat bihun goreng boleh la..Tapi ada ke kawan kawan yang sudi datang beraya rumah MY ni?Maklumla.. blogger suam suam air mata aje kan..Bukan tik tokers, bukan instafamous,Takde followers juta juta…
Okaylah…Setakat ni dulu kisahnya terhenti…Kalau rajin nanti..Menyusul kisah masak rendang dan daging beriani..Sekian.. wassalam













 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2025/04/jamuan-sempena-hari-raya-untuk-family.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 179 hits
Kementerian Pertahanan telah menyampaikan sumbangan bernilai RM26 000 kepada warga pertahanan pada Majlis Sambutan Hari Raya MINDEF di Dewan Seroja Kem KEMENTAH pada hari ini MINDEF sumbang RM26 000 Sumbangan ini termasuk Sumbangan Hari Ray...
Aktiviti Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yadim Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ppim 24 04 2025

Aktiviti Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yadim Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ppim 24 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 156 hits
Sekitar Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Jamuan Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Majlis Hari Raya Mof

Majlis Hari Raya Mof

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 163 hits
Usai lawatan ke Bangkok Thailand saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Kewangan Saya dan Azizah menjamah beberapa juadah dan minuman disediakan Alhamdulillah semuanya enak dan membangkitkan suasana ...
Tens Of Thousands Attend Melaka Cm S Hari Raya Open House

Tens Of Thousands Attend Melaka Cm S Hari Raya Open House

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 176 hits
MELAKA More than 50 000 people flocked to the Hari Raya Aidilfitri open house hosted by the Melaka Chief Minister at his residence in Kampung Pulau in Masjid Tanah here despite heavy rain Datuk Seri Ab Rauf Jusoh warmly welcomed each guest ...
Gambar Random Hari Raya

Gambar Random Hari Raya

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 246 hits
Takde apa nak cerita hari Ahad Biasanya hari Ahad pengunjung blog pun suram lagi kelam nak nak minggu ni banyak jemputan kahwin la rumah terbuka Aidil Fitri la pergi beraya la Jadi orang memang tak buka blog hujung minggu bulan Syawal ni Ka...
Musafir Di Hari Raya Ketiga

Musafir Di Hari Raya Ketiga

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum WBT HARI Raya ke 3 kami balik ke Kuala Ketil kampung Pak Inche Perancangan awal nak bertolak jam 7 30 pagi tapi delay 2 minit hehehe Tu takpa ingatkan nak sarapan soto kat R R Machap tapi tak ada meja kosong ya Sudahnya kami...
Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 208 hits
Selesai aktiviti bergambar di sawah pagi kami teruskan perjalanan balik kampung encik suami di Kuala Pilah Masa sampai dah meriah rumah dengan tetamu Jadi kita bersalaman bermaafan je lah dulu Tak ada acara bergambar Layan tetamu Tetamu dah...
Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 171 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 271 hits
Bila melancong di negara serumpum tak susah nak cari makanan yang Halal Lepas bergambar di Ladang Teh Ciwidey kami pun singgah makan kat sini Pak Supir yang cadangkan dan rata rata pengunjung yang datang ke wilayah ini akan singgah makan di...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because

Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11