Jambatan Angkat Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Secara Rasmi Esok


Bernama Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengguna dilarang memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar bagi mengelakkan kesesakan trafik. (Gambar Bernama) KUALA TERENGGANU: Selepas lebih enam 6 minggu ditutup kepada orang ramai, jambatan angkat atau “drawbridge” yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan dibuka semula mulai 6 pagi esok.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua jenis kenderaan dibenar menggunakan jambatan angkat, tetapi pengguna dilarang memberhentikan kenderaan kerana tindakan itu boleh mengganggu kelancaran aliran trafik.

“Pengunjung yang ingin melawat (jambatan angkat ini) diminta meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir yang disediakan di bawah jambatan dan menggunakan tangga atau lif.

“Ruang komersial di ‘sky bridge’ masih belum dibuka dan pengunjung tidak dibenarkan memasuki ruang lobi, dan menggunakan tangga atau lif di menara jambatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri melantik Terengganu Incorporated Sdn Bhd sebagai operator jambatan itu.

“Pada masa ini, kontraktor utama masih berada di tapak projek untuk memberi latihan kepada pasukan operator Terengganu Incorporated Sdn Bhd sehingga 30 September ini.

“Semoga pembukaan jambatan ikonik ini akan memberi impak kepada sektor pelancongan Terengganu, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi rakyat di samping memperkenalkan negeri ini di mata dunia.”

Beliau turut berharap agensi pelancongan dapat menyenaraikan lawatan ke jambatan angkat itu dalam pakej mereka.

Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638m itu mempunyai 2 menara berkembar setinggi 16 tingkat.

Jambatan bernilai RM248 juta itu adalah yang ke-4 menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.

Untuk rekod, jambatan itu dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun lalu untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem “signalling” jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya serta koordinasi sistem penyuraian trafik.

Setelah tamat pengujian sistem, jambatan angkat itu ditutup semula kepada orang ramai pada 17 Jun lalu bagi tujuan pentauliahan komponen lain serta beberapa penambahbaikan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/jambatan-angkat-pertama-di-asia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jambatan Angkat Dibuka Esok Mb Terengganu

Jambatan Angkat Dibuka Esok Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 648 hits
31 Julai 2019 8 51 PMJambatan angkat atau drawbridge yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan dibuka semula mulai 6 pagi Khamis Foto oleh Bernama Gambar failKUALA TERENGGANU Setelah lebih enam minggu ditutup kepada orang ram...
Indeks Kebebasan Media 2019 Malaysia Berada Di Tangga Pertama Di Asia Tenggara

Indeks Kebebasan Media 2019 Malaysia Berada Di Tangga Pertama Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 413 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Pemimpin Pertama Dari Asia Tenggara

Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Pemimpin Pertama Dari Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 366 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Marvel Kongsi Gambar Rasmi Pertama Black Widow

Marvel Kongsi Gambar Rasmi Pertama Black Widow

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 385 hits
Black Widow yang akan ditayangkan pada 1 Mei 2020 merupakan filem pertama bagi MCU Phase 4 Pada hujung minggu yang lalu gambar konsep filem Black Widow telah didedahkan bersama villain yang akan muncul dalam filem ini Taskmaster Susunan tar...
Ri Berpotensi Jadi Garda Terdepan Penerapan Blockchain Di Asia Tenggara

Ri Berpotensi Jadi Garda Terdepan Penerapan Blockchain Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 219 hits
Ketua Umum Kamar Dagang dan Industri Indonesia Rosan Roeslani mengatakan keberadaan blockchain di era digital akan membantu tren bisnis global di masa mendatang Dalam ekonomi global negara yang dapat memanfaatkan inovasi blockchain akan men...
Kerajaan Selangor Menyasarkan Keinginan Untuk Menjadi Negeri Pintar Terulung Di Asia Tenggara Menjelang 2025

Kerajaan Selangor Menyasarkan Keinginan Untuk Menjadi Negeri Pintar Terulung Di Asia Tenggara Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 322 hits
Konsep bandar pintar bukanlah sesuatu yang baru Teknologi seperti peranti berhubung digunakan untuk memudahkan hidup orang ramai dan juga meningkatkan kualiti hidup rakyat secara pukal Di forum Selangor Regional Powerhouse Menteri Besar Sel...
Kumpulan Idola Akb48 Bakal Buat Persembahan Di Malaysia Buat Pertama Kalinya

Kumpulan Idola Akb48 Bakal Buat Persembahan Di Malaysia Buat Pertama Kalinya

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 582 hits
Jika kumpulan K pop adalah industri paling popular di Korea di Jepun pula kumpulan idola menjadi kegilaan peminat muzik tempatan Peminat J pop di Malaysia pula pasti teruja kerana berpeluang untuk menyaksikan kumpulan idola terbesar dari Je...
Cheng Hoe Terbayang Piala Asia 2023 Bazookapenaka

Cheng Hoe Terbayang Piala Asia 2023 Bazookapenaka

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 327 hits
TAN Cheng Hoe tiada alasan dalam memastikan tiket ke Piala Asia China 2023 menjadi realiti apabila tuah undian memihak pasukan negara selepas diundi berdepan tiga pasukan Asia Tenggara pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala As...
Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Rentak Dua Hati

Atasi Masalah Lalat Di Dapur Guna Air Rendaman Kulit Pisang

Monolog

Dalai Lama Umum Pelan Penjelmaan Semula Saya Akan Dilahirkan Semula Di Dunia Bebas

Dasar Pendidikan Menengah Wajib Maksud Kepentingannya