Jamal Nasir Sifatkan Keputusan Fam Tak Hantar Skuad B 23 Ke Sukan Asia Tepat




KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dianggap membuat keputusan yang tepat tidak menghantar skuad bawah 23 (B-23) ke Sukan Asia 2022 kerana perlu memberi fokus kepada kejohanan yang lebih penting terutama kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan FAM harus melihat kejohanan mana yang lebih penting untuk skuad B-23 sertai kerana pasukan itu perlu berdepan banyak pertandingan sepanjang tahun termasuk aksi liga tempatan, Sukan SEA, kelayakan Piala Asia B-23 dan Piala AFF.
Malah, beliau dilihat kurang bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak supaya skuad kedua pasukan B-23 dihantar ke Sukan Asia kerana menganggap tiada keperluan jika hanya bertanding untuk memenuhi penyertaan tanpa memberi fokus kepada keputusan yang bakal dicapai.
Katanya, FAM juga pasti sudah membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum memutuskan untuk tidak menghantar pasukan bola sepak ke Sukan Asia di Hangzhou, China itu.
"FAM mungkin ada perkiraan mereka tak hantar pasukan ke Sukan Asia. Mungkin banyak kejohanan yang patut mereka tumpu, jadi jika kita hantar pemain junior atau skuad kedua, itu macam tak betul, bagai melepaskan batuk di tangga.
"Kalau Sukan Asia bertembung dengan kejohanan lain yang lebih penting, saya fikir kita tak perlu nak hantar, saya sokonglah (keputusan FAM). Takkan kita nak hantar pasukan (kedua), kena belasah teruk nanti orang marah pula, orang kata FAM tak betul, hantar pasukan yang tak bagus.
"Kita tak boleh hantar pasukan ikut suka sahaja. Kita merasakan kita ada ramai pemain berbakat, tetapi masih lagi jauh ketinggalan. Kita bergerak satu langkah demi satu langkah, tengok keperluan (kejohanan lebih penting) untuk tahun ini dan yang itu kita kena fokus," katanya kepada BH Sukan, semalam.
Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan badan induk itu tidak akan menghantar pasukan bola sepak ke Sukan Asia kerana perlu fokus kepada kejohanan lebih penting yang berlangsung hampir dengan temasya itu.
Kejohanan yang paling dekat dengan Sukan Asia adalah kelayakan Piala Asia B-23 yang mana ia berlangsung pada awal September manakala temasya Sukan Asia dijadual berlangsung pada hujung September.
Sementara itu, pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli juga seakan senada dengan pandangan Jamal sambil menjelaskan pasukan B-23 perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam menyertai sesuatu kejohanan.
Katanya, setiap penyertaan dalam sukan perlu melihat jadual bagi mendapatkan keputusan yang betul-betul memberikan persembahan terbaik dan bukan sekadar masuk untuk melengkapkan pertandingan.
"Kalau hantar pasukan kedua skuad B-23 pun satu pilihan juga, tetapi bila kita menguruskan pasukan ia membabitkan kos perbelanjaan. Jadi sudah pasti kita mengharapkan pasukan itu benar-benar pasukan yang bersedia untuk menyertai Sukan Asia.
"Nanti kita pergi Sukan Asia (dengan skuad kedua) kena besalah teruk, orang marah. Itu antara keputusan yang sukar, namun dalam hal ini secara keseluruhan kita menghormati pendirian FAM kerana mereka ada sebab utama kejohanan mana perlu diberikan keutamaan.
"Kalau pasukan sama masuk kejohanan yang banyak dan selepas itu kita nak keputusan yang bagus, ia ibarat yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran walaupun yang kita kejar dan kita kendong pun belum tentu lagi kita dapat," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/02/jamal-nasir-sifatkan-keputusan-fam-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skuad Sri Pahang Fc Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini

Skuad Sri Pahang Fc Sasar Lima Teratas Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Ini

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Sri Pahang FC enggan meletak harapan terlalu tinggi sebaliknya hanya menyasarkan kedudukan lima teratas untuk saingan Liga Malaysia musim ini yang akan membuka tirainya Jumaat ini Ketua Jurulatihnya Fandi Ahmad berkata setiap pasuka...
Sukan Olimpik 2024 Lokasi Tarikh Maskot

Sukan Olimpik 2024 Lokasi Tarikh Maskot

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 256 hits
Kejohanan Sukan Olimpik 2024 pastinya temasya sukan yang paling ditunggu tunggu oleh atlet atlet daripada pelbagai cabang sukan antarabangsa Malah atlet daripada Malaysia juga bakal bertanding dalam kejohanan ini sekiranya mereka telah mele...
Kejohonan Sukan Tahunan Sriti An Najah Sesi 2022 2023 Meriah

Kejohonan Sukan Tahunan Sriti An Najah Sesi 2022 2023 Meriah

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 527 hits
assalamualaikum selamat pagi Isnin tak mau ek Monday blues outdated sgt dah Monday blues di kala tahun 2023 ni kita kita sekarang always cargas di hari apapun but triple cargas la di hari Jumaat kan hi hi hi jam 9 pagi ni saya gerak ke JB k...
Mengalir Juga Air Mata Mommy Anzalna Kongsi Pengalaman Hantar Eidrees Hari Pertama Sekolah

Mengalir Juga Air Mata Mommy Anzalna Kongsi Pengalaman Hantar Eidrees Hari Pertama Sekolah

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 251 hits
Pejam celik cepat saja anak anak membesar Rasa seperti baru saja mengandungkan dia tiba tiba hari ni dah boleh ke sekolah Sudah tentu sebagai ibu kita mahukan yang terbaik dan teruja melihat perkembangan mereka kan Begitu juga dengan selebr...
Jepun Hantar Pasukan Perubatan Bantuan Ke Turkiye

Jepun Hantar Pasukan Perubatan Bantuan Ke Turkiye

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 160 hits
JEPUN akan menghantar pasukan perubatan dan bekalan bantuan kepada penduduk di selatan Turkiye lapor agensi berita Anadolu memetik dua kenyataan rasmi di media tempatan pada Sabtu Berdasarkan kemusnahan akibat gempa bumi di Turkiye Jepun me...
Dia Sampai Minta Saya Buka Baju Lelaki Menyamar Jadi Lactation Counselor Minta Ibu Hantar Video Gambar Pam Susu

Dia Sampai Minta Saya Buka Baju Lelaki Menyamar Jadi Lactation Counselor Minta Ibu Hantar Video Gambar Pam Susu

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 365 hits
Ibu ibu yang baru bersalin pastinya sudah mengalami dilema untuk memberikan penyusuan untuk bayi mereka Ada yang memilih untuk menyusukan anak sehingga berusia dua tahun Tetapi ada juga yang terpaksa memberikan susu formula kerana faktor ke...
Abang Kereta Buruk Hantar Bantuan Untuk Mangsa Gempa Bumi

Abang Kereta Buruk Hantar Bantuan Untuk Mangsa Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 251 hits
Sarvar Bashirli membawa barang barang untuk diberikan kepada mangsa gempa bumi di dalam keretanya menuju ke Baku Azerbaijan baru baru ini Foto Anadolu AgencyANKARA Turkiye Seorang lelaki Azerbaijan berusia 33 tahun tular di media sosial ker...
Hantar Handbag Mak Lang

Hantar Handbag Mak Lang

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 357 hits
Assalamualaikum Selepas jer sarapan di Kedai Sarapan D Sawah tu kami teruskan perjalanan ke Seri Menanti hantarkan handbag Mak Lang seronok betul hati dia bila SA bagi handbag baru dia Jumaat hari tu SA gigih pi NuSentral amik gambar macam ...
Parkour To Be New Gymnastics Discipline In Southeast Asia

Parkour To Be New Gymnastics Discipline In Southeast Asia

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 199 hits
A traceur demonstrates parkour moves during the MISFIT 2018 demonstration at the Putra World Trade Centre on Aug 13 2018 8212 Bernama photo KUALA LUMPUR Will parkour be a new gymnastics discipline in Southeast Asia anytime soon It seems li
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi