Jamal Abdillah Bakal Dapat Anak Lagi Isteri Hamil Anak Kelima


Jamal Abdillah bakal dapat anak lagi, isteri hamil anak kelima. Datuk Jamal Abdillah bakal dikurniakan anak ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini hamil dua bulan.
Jamal Abdillah Bakal Dapat Anak Lagi, Isteri Hamil Anak Kelima Hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Empat anak Jamal bersama Zai Izzati (dari kiri), Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani. Dalam tempoh kira-kira enam tahun, Jamal dan Zai Izzati memperoleh lima anak di mana yang terbaru dijangka dilahirkan awal tahun depan. Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Menerusi Harian Metro  dalam usia 65 tahun, penyanyi legenda yang berusia 65 tahun ini amat bersyukur bakal dikurniakan anak lagi kerana ia adalah rezeki Allah SWT.
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai,” katanya kepada Harian Metro.
Jamal tidak menafikan cabaran menguruskan anak-anak kecil dalam usia emas, namun dia bersyukur kerana mempunyai pembantu untuk menjaga mereka.
“Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.

“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Sementara itu, Jamal memaklumkan isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.
“Kepada sahabat sahabat yang isteri alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan.
“Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya,” katanya.

Jamal berkata, apabila mengandung, Zai Izzati mengalami alahan tidak makan, tidak minum dan muntah-muntah angin.
“Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk.
“Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari,” katanya.
Menurutnya, disebabkan alahan muntah-muntah, Zai Izzati akhirnya terkena tiroid dan mengalami sakit tekak.
“Kemudian doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang.

“Tapi nampak hari ini alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Sekarang memang dia di IJN. Semalam dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di sini.
“Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu,” katanya.
Menurutnya, Zai Izzati tidak lagi mengalami muntah-muntah serta tidak sakit di bahagian tiroid.
“Nampak dah okey, alhamdulillah. Esok dia kena buat angiogram (masukkan tiub) untuk kenal pasti punca sebenar penyakitnya. Saya risau juga.
“Apapun saya harapkan doa daripada peminat-peminat semua agar anak saya yang kelima ini sihat sampailah hari kelahiran,” katanya.
Sumber: Harian Metro 
Artikel lain yang berkaitan: Masih Cari Nama Sesuai Bakal Timang Anak Ke-6, Jamal Abdillah Minta Peminat Cadang Nama Bayi!
Copy Paste Muka Baba Gaya Hang Jebat Anak Jamal Abdillah Curi Perhatian, Handsome Sungguh!
Tak Menang Tangan Uruskan Anak, Masih Menyusu Datuk Jamal Abdillah Kasihankan Isteri, Bantu Uruskan 2 Anak!
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Jamal Abdillah Bakal Dapat Anak Lagi, Isteri Hamil Anak Kelima appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jamal-abdillah-bakal-dapat-anak-lagi-isteri-hamil-anak-kelima/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jamal Abdillah Cipta Sejarah Lagi Bakal Timang Anak Ketujuh

Jamal Abdillah Cipta Sejarah Lagi Bakal Timang Anak Ketujuh

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 125 hits
Penyanyi senior Datuk Jamal Abdillah kongsi berita gembira apabila bakal timang anak ketujuh selepas isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin sedang hamil dua bulan Menurut laporan Harian Metro Jamal luah rasa syukur dengan rezeki anak yang dik...
Tahniah Jamal Abdillah Timang Anak Ketujuh Diusia 65 Tahun

Tahniah Jamal Abdillah Timang Anak Ketujuh Diusia 65 Tahun

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 159 hits
Penyanyi veteran Datuk Jamal Abdillah berkongsikan satu berita gembira bahawa dirinya serta isteri Datin Zai Izzati Khiruddin bakal menimang cahaya mata ketujuh Timang cahaya mata di usia 60 an Difahamkan dari laporan Harian Metro isteri Ja...
Hiburan Isteri Dimasukkan Ke Ijn Jamal Abdillah Mohon Doa Peminat

Hiburan Isteri Dimasukkan Ke Ijn Jamal Abdillah Mohon Doa Peminat

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 201 hits
Isteri kepada penyanyi Jamal Abdillah dilaporkan mengalami komplikasi kehamilan anak ke 5 dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara Isteri Jamal Abdillah dimasukkan ke IJN Berikutan itu Jamal memohon doa peminat agar isterinya Zai Izzati ya...
Ada Lahirkan Anak Ke Song Jihyo Dipersoal Pernah Hamil

Ada Lahirkan Anak Ke Song Jihyo Dipersoal Pernah Hamil

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 150 hits
Semua mengimpikan Song Ji hyo berkahwin dan mempunyai anak sendiri kan Artikel Berkaitan Terbaru Lee Eun hyung yang merupakan rakan wanita itu telah menjadi tetamu di Hemeko Show Bakal menimang cahaya mata tak lama lagi wanita itu bercerita...
Rezeki Anak Ramai Suami Isteri Tular Timang Anak Ke 12 Ada Rezeki Saya Nak Anak Lagi

Rezeki Anak Ramai Suami Isteri Tular Timang Anak Ke 12 Ada Rezeki Saya Nak Anak Lagi

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 135 hits
Rezeki anak ramai Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail selamat menimang cahaya mata ke 12 mereka sekitar jam 3 43 petang Isnin Pasangan yang viral menerusi perkongsian satu akaun di Tik Tok itu sud...
Intan Salleh Hamil Pun Nampak Cantik Kongsi Gambar Dengan Anak Anak Comel Baby Bump Dia

Intan Salleh Hamil Pun Nampak Cantik Kongsi Gambar Dengan Anak Anak Comel Baby Bump Dia

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 340 hits
Intan Salleh hamil pun nampak cantik kongsi gambar dengan anak anak comel baby bump dia Personaliti media sosial berkongsi momen bersama ketiga tiga orang anak lelakinya Intan Salleh Hamil Pun Nampak Cantik Kongsi Gambar Dengan Anak anak Co...
Doktor Sebak Gadis Hamil Anak Luar Nikah Datang Buka Buku Pink

Doktor Sebak Gadis Hamil Anak Luar Nikah Datang Buka Buku Pink

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 178 hits
KOSMO PETALING JAYA Seorang doktor wanita meluahkan rasa sebak ketika menceritakan pengalaman bertemu dengan gadis berusia 20 tahun dipercayai hamil anak luar nikah Menerusi perkongsiannya di TikTok Dr fatinsol beliau berkata gadis tersebut...
Hamil Lewat Usia 40 An Ini Cara Tingkatkan Kesuburan Bakal Ibu

Hamil Lewat Usia 40 An Ini Cara Tingkatkan Kesuburan Bakal Ibu

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 274 hits
Jika anda merancang untuk mengandung namun telah lewat usia jangan khuatir Kami ada beberapa cara untuk meningkatkan kesuburan berkesan yang anda boleh cuba Umur memainkan peranan dalam kesuburan wanita Telur wanita yang lebih tua tidak dis...
Datuk Awie Bakal Timang Anak Ketujuh Pilih Nama Arjuna Untuk Anak

Datuk Awie Bakal Timang Anak Ketujuh Pilih Nama Arjuna Untuk Anak

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 268 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Datuk Awie dan isterinya Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata ketujuhnya pada Julai ini Kongsi Datuk Awie menerusi satu temubual dia meluahkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata lelaki...
St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

Operasi Menara Kl Tiada Masalah Tak Rugi Kenapa Hendak Tukar Pengurusan Tun M

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siti Nurhaliza Sesal Chord

Zoom Meeting

V60 House By Warchitect A Nature Inspired Sanctuary In Bangkok

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Evolving From Digital Slaves To Digital Masters A Familiar Science Fiction