Menghadiri kenduri jiran tetangga, lat beberapa buah rumah dari rumah SK
Haaa… Inilah jemputan di Orchad Villa, Gombak yang Sk tak sempat cerita lagi tu. Masa sampai ni dah hampir jam 4 petang. Pramusaji pun dah sibuk mengemas dan tak sabar nak balik. Dapatlah lauk sikit-sikit, tak apa.. janji sampai
Cantik betul Orchad Villa ni walaupun berada dalam kawasan yang agak pedalaman
Bersama mama pengantin yang kami panggil Makcik, hahaha. Bapa pengantin adalah rakan dan bos Pak Inche semasa beliau menjadi Ketua Biro Berita Harian di Johor Bahru sekitar tahun 2000
Memenuhi jemputan rakan sepejabat di Simpang Renggam. Rumahnya sebelah jer dengan masjid memudahkan tetamu untuk meletak kenderaan.
Trend kini, pinggan dialas kertas minyak sebelum diletakkan nasi. Nampak tu, ada pajeri nanas
Kek pengantin yang putih berseri disediakan oleh rakan pengantin sendiri dan dibawa dari JB
Tu dia tukang buat kek, yang berbaju biru
Pertama kali pergi kenduri kahwin, Sk tak ambil Nasi Minyak
Yang ini pulak menghadiri jemputan di Felda Semenchu
Rewang orang kampung, sesekali tukar selera, kali ni makan nasi jagung
Inilah pengantinnya, Azni. Azni ni junior Sk, sama syarikat tapi pejabat lain-lain. Kami jadi rapat sebab selalu sama duty jaga booth promosi di Angsana Mall.
Banyak kali pesan pada husband Azni, jaga isteri baik-baik, gituuu
Balik pengantin, kami jalan-jalan ke Pengerang. Lama tak gi Pengerang uiiii
Mendengar desiran ombak merupakan satu terapi
Singgah Warung Lobster ni saja minum-minum lepas tu Pak Inche kata dah lama tak makan siput gong gong, jadi meratah jer la, baru lepas makan kenduri kan
Lepas tu singgah di pantai Amerald Resort. Tak sangka dah ada hotel mewah kat sini, pantainya pun cantic dan persekitaran terjaga
Jemputan terakhir minggu lepas di Felda Linggiu
Aduh mak, takleh move on la tengok nasi kenduri, laparrrrrrrrrrrrrrr|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |