Jaga 6 Adab Ini Ketika Menziarahi Tanah Perkuburan Dan Hikmahnya



Jaga 6 Adab Ini Ketika Menziarahi Tanah Perkuburan Dan Hikmahnya || Salam semua, alhamdulillah masih lagi bernafas di bulan Syawal yang mulia ini. 

belek album gambar di phone nampak gambar ni semua, tahun lepas lagi snap, gambar ini semua kat Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang.

Kalau korang perasan, kawasan tanah perkuburan kat sini memang dah padat. Sebab itu dah ada tanah lain untuk tanah perkuburan , tak ingat dah kat mana, Kat sini memang semua saudara - mara sebelah bonda yang sudah tiada ada kat sini. Bonda kita asal sini. Arwah che dan nenek pun kat sini jugalah.

Kadang- kadang tercari -cari juga lah batu nisan walaupun dah tanda, bukan tak jumpa kadang - kadang tertukar dengan batu nisan orang lain sebab dekat -dekat kan.

Ziarah kubur ni, biasanya waktu kemuncak ramai orang pergi masa bulan puasa dan juga waktu hari raya. Amalan menziarahi kubur adalah amalan yang mulia lazim dilakukan di negara ini. Amalan tersebut semakin bertambah bila tibanya Ramadhan dan di pagi Hari Raya Aidilfitri.

Menziarahi tanah perkuburan merupakan satu amalan yang dituntut oleh syarak dan ia adalah satu jalan yang paling berkesan untuk menimbulkan rasa zuhud iaitu meninggalkan keseronokan dunia dan mengingati akan kematian.

Ingatlah, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jugalah yang kekal abadi. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah:

عن ابن مسعود رضى الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروها. فإنها تزهد فى الدنيا، وتذكر الآخرة

Maksudnya:

Daripada Ibnu Mas’ud Radiallahu Anhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan (menjadikan hidup tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia) dan mengingati akhirat.

Menziarahi kubur juga adalah salah satu cara untuk kita mendoakan orang yang telah meninggal dunia sama ada kepada kedua ibubapa, anak-anak, saudara-mara dan muslimin-muslimat yang telah kembali ke rahmatullah agar mereka sentiasa dilimpahi rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

عن أبى هريرة رضى الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله الا من ثلاثه: إلا من صدقة جارية، او علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعوله.

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, bahwasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara: sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.


Ziarah tu ziarah juga, tapi ada adab yang perlu dijaga supaya ziarah kita itu menjadi kesukaan Allah. Ramai orang tidak peka tentang adab ziarah di kubur. Biasanya bab ziarah kubur ini, abah yang banyak memesan. Satu lagi nak pastikan, doa kita betul  betul sampai dekat arwah. Semoga kita menjaga adab dan tingkah laku kita apabila berada di tanah perkuburan.

Jaga 6 Adab Ini Ketika Menziarahi Tanah Perkuburan 

Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur. Antaranya:

Pertama: Sebelum menziarahi kubur, disunatkan kita berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Kedua: Apabila kita sampai ke tanah perkuburan, disunatkan kita memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dengan iringan doa, antaranya:

Ketiga: Tidak berbual dengan percakapan kosong yang tidak berfaedah semasa berada di tanah perkuburan.

Keempat: Haram melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.

Kelima: Sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci Al-Qur’an seperti membaca surah Al-Ikhlas atau membaca surah Yaasin dan menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut.

Keenam: Sunat menghadap kiblat ketika berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur.

Seperti lazimnya di negara kita, amalan bersedekah selalu dilakukan selepas ziarah kubur, amalan itu sememangnya amalan yang baik dan terpuji kerana amalan bersedekah adalah antara sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam dan diniatkan kepada ahli kubur agar pahalanya akan sampai kepada penghuni kubur tersebut.

Walau bagaimanapun, janganlah dijadikan bersedekah di kubur itu suatu kewajipan atau kemestian sehingga membebankan diri sendiri.

Setelah itu disunatkan pula menjirus air dan meletakan pelepah yang masih hijau serta tumbuh-tumbuhan wangi yang masih basah di atas kubur.


Semasa berada di tanah perkuburan, kita dilarang memijak kubur dengan senghaja tanpa keperluan atau hajat, tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika tiada jalan lain dan terpaksa melaluinya.

Makruh hukumnya jika kita duduk di atas kubur yakni bertepatan dengan kedudukan mayat di dalam kubur. Tetapi tidaklah dilarang jika duduk disekitar atau disekeliling kubur tersebut.

Sesungguhnya amalan menziarahi kubur mempunyai tujuan dan hikmahnya tersendiri, antaranya adalah supaya dikasihi oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebab mengikuti sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam.

Selain itu, ziarah kubur juga dapat mengingati kepada kita asal-usul kejadian kita yang berasal daripada tanah dan kepada tanah juga kita akan dikembalikan.

Dengan penghayatan sedemikian, In sya Allah akan mengamit rasa hati dan kesedihan yang akan melahirkan kesedaran untuk melakukan segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala laranganNya.

Akhirnya, marilah kita sama-sama mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kematian dan persiapan menuju ke alam barzakh kerana kita tidak mengetahui apakah nasib kita setelah berada di dalamnya.

Oleh itu, tingkatkanlah amal ibadah, carilah keredhaannya agar kita mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan kesan dari amalan ziarah kubur yang kita lakukan itu dapat memberi keinsafan dan kesedaran kepada kita untuk mengingati akan kematian dan sentiasa bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Semoga ahli kubur dan kita semua mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ketenteraman serta terhindar dari siksa kubur dan azab api neraka.
Surah Jumuah ayat 8:أعوذ بالله من الشيطان الرجيمقُلۡ إِنَّ ٱلۡمَوۡتَ ٱلَّذِى تَفِرُّونَ مِنۡهُ فَإِنَّهُ ۥ مُلَـٰقِيڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَصدق الله العظيم “Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu tetap akan menemui kamu juga, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, lalu dia akan memberitahu kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan.”Sumber : Sini 

Baca Sini >>> Solat Terbatal Ketika Sedang Solat, Bagaimana Nak Keluar Dari Jemaah Dan Saf? 
Baca Sini >>> Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul 
Baca Sini >>> 12 Azab Bagi MerekaYang Meninggalkan Solat 5 Waktu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/06/jaga-6-adab-ini-ketika-menziarahi-tanah-perkuburan-dan-hikmahnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Adab Ketika Menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya

9 Adab Ketika Menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 465 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Setiap kali meraikan sesuatu perayaan terutama hari raya tentunya ramai yang mendapat jemputan untuk menghadiri ke majlis majlis rumah terbuka nbsp sama ada yang dianjurkan oleh para pemimpin masyarakat r...
Jaga Aurat Keluarga Ketika Upload Gambar

Jaga Aurat Keluarga Ketika Upload Gambar

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1038 hits
Pada hari raya ramai yang mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memuat naik gambar diri dan keluarga Ini tidaklah dihalang jika wanita sekadar berkongsi foto mereka sesama keluarga atau dengan rakan rakan perempuan sahaja Namun...
Video Syiah Houthi Tembak Budak Kecil Ketika Aidilfitri

Video Syiah Houthi Tembak Budak Kecil Ketika Aidilfitri

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 232 hits
TAIZ 4 Syawal 1440H Sabtu Kementerian Hak Asasi Manusia Yaman semalam mendedahkan 16 kanak kanak terbunuh atau cedera selepas menjadi sasaran pegeboman dan penembak tepat puak pemberontak Syiah Houthi di bandar ini ketika sambutan Aidilfitr
Kenapa Sih Hidung Selalu Meler Ketika Sedang Mengonsumsi Makanan Pedas

Kenapa Sih Hidung Selalu Meler Ketika Sedang Mengonsumsi Makanan Pedas

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 177 hits
Pada lubang hidung untuk mencegah masuknya hal hal inilah maka diproduksi ingus dalam jumlah cukup banyak Ingus dapat mencegah masuknya berbagai hal asing ke dalam tubuh
Video Pemergian Dicemburui Khatib Rebah Menghadap Ilahi Ketika Membaca Khutbah

Video Pemergian Dicemburui Khatib Rebah Menghadap Ilahi Ketika Membaca Khutbah

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 337 hits
Dalam kita masih bergembira menyambut aidilfitri para jemaah Masjid Al Bukhary Alor Setar gempar seketika apabila tiba tiba imam Jumaat rebah pada minggu lepas Khatib pada ketika itu sen dang khusyuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kejadian...
Doa Gempa Ketika Ada Gempa Bumi Atau Mengetahuinya

Doa Gempa Ketika Ada Gempa Bumi Atau Mengetahuinya

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 358 hits
Doa gempa bumi ini dianjurkan dibaca ketika terjadi gempa Juga disertai doa ketika melihat atau mengetahui orang lain terkena gempa Seperti diketahui gempa bumi adalah salah satu musibah yang sering terjadi di Indonesia Dalam setahun rata r...
Rumah Penyanyi Nash Dipecah Masuk Ketika Balik Raya Di Kampung

Rumah Penyanyi Nash Dipecah Masuk Ketika Balik Raya Di Kampung

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 489 hits
Penyanyi rock terkenal Datuk Nash terkejut apabila kediamannya di Seksyen 7 Shah Alam Selangor di pecah masuk Nash berkata dia sekeluarga dari baru pulang dari kampung halaman di Muar Johor pada pukul 5 30 pagi tadi disambut dengan sebelum ...
Khatib Dijemput Ilahi Selepas Rebah Di Mimbar Ketika Khutbah Jumaat

Khatib Dijemput Ilahi Selepas Rebah Di Mimbar Ketika Khutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 337 hits
Khatib dijemput Ilahi selepas rebah di mimbar ketika khutbah Jumaat Sebuah video yang menunjukkan seorang khatib tiba tiba rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat menjadi tular di media sosial Khatib Masjid Al Bukhary Alor Malai Jalan Lang...
Kanak Kanak Tertinggal Di Kedai Makan Ketika Keluar Beraya

Kanak Kanak Tertinggal Di Kedai Makan Ketika Keluar Beraya

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 542 hits
BUDAK lelaki berusia enam tahun mengalami detik cemas apabila ditinggalkan keluarga tanpa sengaja di kedai makan di Permaisuri tengah hari ini Difahamkan kejadian berlaku 12 30 tengah hari apabila kanak kanak dikenali sebagai Aqil itu berhe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba