Jadilah Seperti Sidhutai Sapkal


 




HAMDAN TAHA







Wanita tua ini bernama Sidhutai Sapkal, berasal dari Wardha, India. Kini usianya sudah menjangkau 72 tahun. Dia digelar "Mother of Orphans".

Dibenci ibu sendiri, pernah dipukul ketika sedang hamil, dibuang suami sehingga terpaksa berjuang hidup mati melahirkan anak di kandang lembu.

Sidhutai Sapkal dikahwinkan ketika berusia 11 tahun. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya.

Ketika usia 20 tahun, dalam satu perbalahan dia telah dibelasah oleh suaminya dengan teruk sekali.

Dia telah ditumbuk dan ditendang. Perutnya yang sarat mengandung itu juga ditendang oleh suaminya. Gila betul.

Kemudian dia diseret dengan rambutnya ditarik lalu dicampak keluar sebelum dihalau dari rumah.

Sidhutai Sapkal meraung kesakitan. Darah membasahi bajunya, tetapi tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada yang menghulurkan bantuan.

Dalam keadaan sarat mengandung, berjalanlah Sidhutai Sapkal perlahan menuju ke kandang lembu. Di duduk menangis kesakitan.

Pada malam itu sekali lagi Sidhutai Sapkal diuji. Bayangkan, dalam keadaan najis lembu dimerata-rata, bau busuk yang menusuk hidung, Sidhutai Sapkal bertarung nyawa seorang diri melahirkan anak ketiganya.

Dalam keadaan terbaring bersama si anak yang sedang menangis kelaparan, dia meraba-raba dalam kegelapan mencari sesuatu untuk memotong tali pusat anaknya.

Dia mencapai batu lalu diketuk tali pusat itu sehingga hancur dan terputus. Dia terbaring menahan sakit. Si anak menangis menahan sejuk dan lapar.

Keesokan harinya, Sidhutai Sapkal bersama anak berjalan pulang ke rumah ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya juga tidak menerima, malah menghalaunya kembali.

Segala harapannya kini hancur lebur. Apa yang bermain dibenak fikirannya ketika itu, hanyalah mahu menamatkan segala kesengsaraan itu dengan membunuh diri.

Perlahan dia berjalan membawa diri mencari tempat perlindungan. Sehingga dia berhenti di tempat pembakaran mayat.

Dia melihat ada upacara pembakaran mayat sedang dilakukan. Dia duduk melepaskan lelah. Sudah seharian dia berjalan. Perutnya juga sudah lapar.

Habis upacara itu, dia melihat ada tepung yang ditinggalkan, dia ambil tepung itu, dimasukkan sedikit air, diuli menjadi roti lalu dibakar di atas tempat pembakaran mayat tersebut.

Dengan roti itu dia mengalas perutnya. Susunya mula keluar dan anaknya dapat minum sehingga ketiduran.

Dia melihat wajah anaknya, lalu dia membayangkan anaknya itu membesar menjadi orang yang luar biasa.

Berbekalkan kekuatan itu, dia meneruskan kehidupannya. Dia meminta sedekah di stesen keretapi dengan menyanyi untuk mencari sesuap roti. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh seorang ibu yang bersamanya 3 orang anak.

Pada waktu itu, dia melihat ramai anak-anak kecil yang hidup gelandangan tanpa keluarga.

Dia ambil anak-anak tersebut menjadi anak angkatnya. Dia jaga anak-anak itu walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang tidak mencukupi.

Semakin hari semakin ramai anak-anak jalanan dibantu oleh Sidhutai Sapkal. Dia memberi kesenangan kepada anak-anak itu walaupun hidupnya serba kekurangan.

Dari 5 orang anak yatim, kini Sidhutai Sapkal sudah memelihara lebih 1000 orang anak yatim.

Suaminya ketika berusia 80 tahun telah kembali memohon maaf dan memohon simpati serta belas ehsan dari Sidhutai Sapkal.

Dia telah memaafkan bekas suaminya itu dan menerimanya sebagai anak yatim jagaannya.

Sidhutai Sapkal telah menerima lebih 700 award. Ketika ditanya oleh wartawan " Kenapa puan bantu anak-anak itu sedangkan hidup puan sendiri miskin, makan sendiri pun tak tentu. Kenapa masih susahkan diri untuk mereka?"

Jawapan Sidhutai Sapkal sungguh luar biasa. Katanya "aku hidup selepas aku makan roti yang dibakar di atas tempat pembakaran mayat orang mati. Kini aku hidup untuk orang lain."

Bagaimana pula keadaan ketiga-tiga anak kandungnya. Pasti anda tertanya-tanya kan.

Ketiga-tiga anaknya itu mempunyai PHD dan mempunyai jawatan yang besar. Anaknya berjaya menjadi orang luar biasa sama seperti apa yang difikirkannya dahulu.

Walaupun anak-anaknya sudah kaya dan berjaya, Sidhutai Sapkal tetap meneruskan kehidupannya sama seperti dahulu bersama anak-anak jalanan.

Anak-anak jalanan dibawah jagaannya juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang berjaya menjadi manusia yang berguna. Ada yang jadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan sebagainya.

Sidhutai Sapkal telah menghidupkan jiwa anak-anak jalanan yang dulunya dipandang hina oleh masyarakat, kini telah dipandang mulia.

Jika Lata Kare dalam kisah sebelum ini hidupnya untuk suami, Sidhutai Sapkal pula, hidupnya untuk anak-anak jalanan yang langsung tiada hubungan kekeluargaan dengannya.

Atas dasar kemanusiaan, Sidhutai Sapkal menyerahkan seluruh hidupnya untuk melihat anak-anak ini membesar menjadi manusia yang berguna.

Hari ini dia dipanggil Dr. Sithudai Sapkal.

Itulah Grand Why Sidhutai Sapkal. Kita pula hidup untuk apa? Apakah sekadar belajar tinggi lalu peroleh gaji dan pangkat semata.

Apakah sumbangan kita kepada ummah?

.

Sidhutai Sapkal telah mengajar kita beberapa perkara.

1. Besar macam mana sekalipun masalah hidup kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Usah cepat putus asa. Tuhan sentiasa ada bersama kita.

2. Hidup susah bukanlah alasan untuk tidak membantu dan memberi kepada orang lain. Sebenarnya itulah jalan

terbaik

untuk keluar dari kesusahan hidup. Apabila kita mudahkan hidup orang lain, Tuhan akan permudahkan hidup kita pula.

3. Memaafkan itu pilihan

terbaik

. Dendam hanya membuat diri derita. Tidak pernah rugi hidup orang yang memaafkan orang lain. Bukankah itu juga telah diajar oleh baginda Nabi SAW.

4. Apabila sudah senang, jangan lupa diri. Jangan sombong. Usah cepat berubah kerana kesenangan dunia. Ianya tak memberi ketenangan pun.

5. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Jika kita berusaha maka Tuhan akan beri hasilnya. Tidak pernah rugi orang yang berusaha buat baik. Apatah lagi buat baik untuk kesenangan orang lain. Itu sifat yang mulia.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan terhadap orang lain.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/jadilah-seperti-sidhutai-sapkal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Windowsight Menawarkan Perkhidmatan Penstriman Gambar Seperti Netflix

Windowsight Menawarkan Perkhidmatan Penstriman Gambar Seperti Netflix

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 171 hits
Melanggan kepada perkhidmatan penstriman video muzik dan storan awanan kini telah menjadi kebiasaan kerana kos jangka panjang yang lebih murah berbanding membeli storan fizikal Kini wujud sebuah lagi perkhidmatan penstriman yang ingin menaw...
Google Play Store Kini Mempunyai Permainan Ketika Tiada Akses Internet Seperti Chrome

Google Play Store Kini Mempunyai Permainan Ketika Tiada Akses Internet Seperti Chrome

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 225 hits
Google Chrome jika tiada akses Internet satu permainan ringkas akan ditawarkan 8211 iaitu permainan lompat lompat dinosaur Ia kerap dikenali sebagai dino game Dinosaur Game T Rex Game atau Dino Runner 8211 nama rasmi seakan tiada untuk perm...
Penyokong Ph Tenang Lah Seperti Anwar

Penyokong Ph Tenang Lah Seperti Anwar

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 224 hits
NORMAN RADZUANBila Mat ajak PH kerjasama Anwar dan Mahathir PENYOKONG PH TENANG LAH SEPERTI ANWAR Saya melihat begitu byk di wall penyokong PH melenting bila Mat dan Din masing2 berterusan dgn projek khayalan Grand Coalition mereka Nasihat ...
Seperti Durian Anime Juga Ada Musimnya

Seperti Durian Anime Juga Ada Musimnya

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 237 hits
Cara nak tahu bila anime baru akan keluar https mlstudios my wmzamakh hiburan
Masih Banyak Kes Ceroboh Seperti Di Raub Di Pandang Sepi Pembela

Masih Banyak Kes Ceroboh Seperti Di Raub Di Pandang Sepi Pembela

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 236 hits
Keputusan 23 Disember tentukan sama ada pekebun haram dihalau atau tak BANGI Walau apa pun keputusan mahkamah berkaitan kes pencerobohan di Raub tanah tanah di serata negeri Pahang masih berada dalam keadaan bahaya Hal ini kerana isu pencer...
Pemuda Khusyuk Solat Dalam Tren Gadis Harap Bertemu Bakal Suami Seperti Itu

Pemuda Khusyuk Solat Dalam Tren Gadis Harap Bertemu Bakal Suami Seperti Itu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 302 hits
Sudah menjadi lumrah bagi seseorang wanita Muslim menginginkan suami soleh yang menunaikan solat penuh waktu serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mukmin yang baik dengan sempurna Baru baru ini seorang gadis Indonesia bekongsi seb...
Twitter Mengembalikan Semula Ciri Ciapan Semula Seperti Sediakala

Twitter Mengembalikan Semula Ciri Ciapan Semula Seperti Sediakala

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 275 hits
Fungsi ciapan semula telah diubah sebelum pilihanraya presiden Amerika Syarikat pada Oktober lalu bagi mengurangkan penyebaran maklumat tidak sahih Pagi ini ciri ciapan semula akhirnya telah dikembalikan semula seperti sediakala Menurut Twi...
Kemaskini Ios 14 3 Membolehkan Siri Memainkan Bermacam Macam Suara Seperti Haiwan Atau Kenderaan

Kemaskini Ios 14 3 Membolehkan Siri Memainkan Bermacam Macam Suara Seperti Haiwan Atau Kenderaan

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 224 hits
Apple baru sahaja mengedarkan kemaskini baharu iOS 14 3 kepada semua pengguna iPhone yang layak Kemaskini paling besar adalah ia mengaktifkan sokongan AppleProRAW untuk pengguna iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max Tetapi ada satu lagi kemas...
Kembali Terjadi Al Qur An Seperti Dirobek Robek Polisi Duga Pelakunya Orang Gila

Kembali Terjadi Al Qur An Seperti Dirobek Robek Polisi Duga Pelakunya Orang Gila

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 248 hits
Polisi masih melakukan penyelidikan terkait lembaran Alquran yang berserakan seperti disobek sobek di lantai dalam Surau Baru Al Mukmin di Korong Padang Baru Nagari Parik Malintang Kecamatan 2 11 Enam Lingkung Kabupaten Padang Pariaman Suma...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord