Jadi Pelik Jika Tindakan Speaker Dewan Rakyat Dun Selangor Berbeza



“Kalau ada dua keputusan yang berbeza, macam pelik. Seolah-olah peruntukan undang-undang anti lompat parti itu memang tak jelas atau terbuka kepada pelbagai tafsiran.
(Harian Metro) – Sekiranya keputusan berbeza dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San daripada Kelantan mengenai pengosongan tujuh kerusi Bersatu dilihat akan menimbulkan sesuatu yang ‘pelik’.
Pakar Perlembagaan dan Undang-Undang, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keputusan yang akan diambil oleh kedua-dua Speaker itu berhubung pengosongan kerusi wakil rakyat Bersatu perlu dilihat daripada segi fakta dan isu yang sama.
“Kalau ada dua keputusan yang berbeza, macam pelik. Seolah-olah peruntukan undang-undang anti lompat parti itu memang tak jelas atau terbuka kepada pelbagai tafsiran.
“Sedangkan peruntukannya sama. Pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan sama dengan Pindaan Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan yang sama digunakan di negeri dan Persekutuan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.
Semalam, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa serta-merta.
Mohd Amar berkata, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi Abu Naim yang hilang daripada Bersatu.
Mohd Azizi kemudian menyatakan beliau tidak terkejut dengan pengumuman Mohd Amar mengenai kekosongan kerusi yang disandangnya dan akan membawa kes itu ke mahkamah.
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, sekiranya tidak ada perbezaan tafsiran, berkemungkinan tujuh kerusi milik Bersatu itu akan kosong.
“Saya lihat kalau tidak ada perbezaan, maka tujuh kerusi akan kosong iaitu satu DUN dan enam Parlimen,” katanya.
Dalam pada itu katanya, tindakan Mohd Azizi yang mahu membawa kes itu ke mahkamah tidak akan menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan tugas mereka untuk mengadakan pilihan raya di Nenggiri.
“Saya rasa tidak boleh disebabkan SPR itu badan berlainan dan tidak boleh diganggu dalam hal ehwal menjalankan pilihan raya. Cuma kalau mahkamah memerintahkan injunksi, mungkin dia boleh terpaksa tangguh dahulu.
“Isu sekarang ini ialah SPR akan teruskan untuk mengatur tarikh yang sesuai (adakan pilihan raya),” katanya.
Beliau dalam masa sama menyatakan, sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah, pihaknya tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat semakan keputusan dibuat oleh Speaker DUN Kelantan.
“Bila sampai mahkamah pun, kita tak pasti sama ada mahkamah sanggup atau tidak untuk tafsir.
“Atas dasar bahawa keputusan DUN, keputusan Parlimen adalah keputusan prosiding yang dilindungi daripada semakan kehakiman. Itu satu lagi isu,” katanya.
The post Jadi pelik jika tindakan Speaker Dewan Rakyat, DUN Selangor berbeza appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/06/20/jadi-pelik-jika-tindakan-speaker-dewan-rakyat-dun-selangor-berbeza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Speaker Says No Official Notice On Six Bersatu Mps Status Yet

Dewan Rakyat Speaker Says No Official Notice On Six Bersatu Mps Status Yet

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 375 hits
Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul has not received any official notice from any party regarding the vacant seats involving six Bersatu Members of Parliament who had their party membership revoked recently Johari said he also needed ...
Dewan Rakyat Speaker To Decide Fate Of Expelled Bersatu Mps Anwar

Dewan Rakyat Speaker To Decide Fate Of Expelled Bersatu Mps Anwar

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 200 hits
It is up to the Dewan Rakyat speaker to decide whether six members of parliament who were expelled from Parti Pribumi Bersatu Malaysia can retain their seats said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim Let the Speaker decide on that he tol...
Kerajaan Lembu Kenyang Gamatkan Dewan Rakyat

Kerajaan Lembu Kenyang Gamatkan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 193 hits
freemalaysiatoday com24 Jun 2024 02 09 PMRadzi Jidin mengeluarkan label itu ketika berbahas pada sesi penerangan isu penyasaran subsidi diesel Sim Tze Tzin menggesa Radzi Jidin menarik balik kenyataan lembu kenyang dilemparkan terhadap kera...
Speaker Dun Kelantan Dah Langgar Prosedur Pemuda Amanah

Speaker Dun Kelantan Dah Langgar Prosedur Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 170 hits
SITI NUR ZAWANITindakan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengumumkan pengosongan kerusi DUN Nenggiri secara tiba tiba melanggar prosedur undang undang yang sepatutnya dipatuhi Naib Presiden AMANAH Nasional Ammar Atan b...
Sultan Selangor Murka Dengan Fam Mfl Amp Presiden Tindakan Mereka Ini Merosakkan Imej Industri Bola Sepak Tempatan

Sultan Selangor Murka Dengan Fam Mfl Amp Presiden Tindakan Mereka Ini Merosakkan Imej Industri Bola Sepak Tempatan

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 148 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa baginda murka dengan keputusan Malaysia Footbal League yang mengenakan hukuman melampau terhadap Selangor FC Sultan Selangor murka dengan FAM amp MFL Menerusi kenyataan yang di...
Wan Fayhsal Files Dewan Rakyat Motion On Mahb Takeover

Wan Fayhsal Files Dewan Rakyat Motion On Mahb Takeover

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 260 hits
Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has submitted two motions to the Dewan Rakyat to debate the government s stance and the interests of the Malaysian people regarding issues related to Palestine According to Wan Fayhsal the privat...
Bersatu Serah Notis Terhenti Keahlian Serta Merta Kepada 6 Wakil Rakyat

Bersatu Serah Notis Terhenti Keahlian Serta Merta Kepada 6 Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 154 hits
BERSATU hari ini menyerahkan notis terhenti secara serta merta kepada enam wakil rakyat yang didakwa melakukan ketidakpatuhan mengikut Fasal 10 4 perlembagaan parti itu Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata notis berkenaan sel...
Bertemu Jokowi Majelis Rakyat Papua Usulkan Pemekaran Wilayah Mimika

Bertemu Jokowi Majelis Rakyat Papua Usulkan Pemekaran Wilayah Mimika

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 217 hits
Agustinus menuturkan pemekaran wilayah tersebut sesuai dengan kebutuhan masyarakat Papua
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi