Iya Pkr Harus Utamakan Calon Sendiri Bukan Sedikit Nama Yang Setia Dan Seharusnya Diketengahkan


 
Terima sebagai ahli, bukan calon PRU, pemimpin akar umbi bidas dakwaan Zaharin


Nora Mahpar -October 4, 2022 
Bekas ahli Umno, Zaharin Yasin dialu-alukan untuk menyertai PKR tetapi bukan sebagai calon di Parlimen Bandar Tun Razak, kata Ketua Bahagiannya, Azman Abidin. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Tidak mudah bekas ahli Umno, Zaharin Yasin mewakili PKR untuk bertanding di Bandar Tun Razak selepas pengkhianatan yang dilakukan bekas pemimpin mereka, Kamarudin Jaffar dalam Langkah Sheraton, dua tahun lalu.
Kamarudin, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, antara 11 Ahli Parlimen PKR termasuk Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang keluar parti susulan Langkah Sheraton, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas 22 bulan mentadbir Putrajaya.
Bercakap kepada FMT, Ketua Bahagian PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin berkata pengkhianatan itu menyebabkan setiap cabang lebih berhati-hati menerima “calon luar” agar tragedi hitam itu tidak berulang.
Bagaimanapun, Azman berkata parti itu mengalu-alukan veteran Umno itu menyertai PKR, tetapi bukan sebagai calon mewakili mereka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Dia nak jadi ahli parti kita tiada masalah tetapi kalau nak bertanding, kita ada lagi banyak calon lebih layak yang boleh mempertahankan kerusi kita.
“(Bagi) seluruh cabang yang terlibat dalam Langkah Sheraton, pengkhianatan ini bukan saja membuatkan kita lebih berhati-hati tetapi kita akan pastikan tiada lagi pengkhianatan,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan Zaharin bahawa beberapa pemimpin dan rakan dalam PKR memaklumkan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk mencadangkan namanya bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.
“Jika saya bertanding atas tiket PH (Pakatan Harapan), melalui PKR, saya boleh menang kerana saya mempunyai ramai pengikut di Bandar Tun Razak,” kata Zaharin di Facebooknya.
Tambah Azman, PKR Bandar Tun Razak mempunyai calon lebih layak berbanding blogger berkenaan yang dipecat dari Umno, Jumaat lalu.
“Selama ini tiada Zaharin pun kita menang tiga penggal, dan undi kita meningkat. Jadi nak kekalkan kemenangan itu tiada masalah.
“Tak mudah dia terus kena pecat, kita bagi dia kerusi (Parlimen). Kita kena ambil pandangan akar umbi,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar tiga nama untuk dipertimbang pucuk pimpinan sebagai calon pada PRU15, dan menyerahkan kepada Anwar untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
“Cabang dah bagi tiga nama kepada pucuk pimpinan tetapi kalau Presiden (Anwar) kata nak bagi laluan dekat Zaharin itu kita tak boleh buat apa lah,” katanya.
Pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Jumaat lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan memaklumkan pemecatan Zaharin yang juga Ketua Cawangan Umno Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan daripada parti. Pemecatan Zaharin dilihat berkait tindakannya yang lantang menentang pemimpin parti sendiri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/iyapkr-harus-utamakan-calon-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Terengganu Berkempen Untuk Calon Sendiri Bukan Pas

Umno Terengganu Berkempen Untuk Calon Sendiri Bukan Pas

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 231 hits
agendaily com28 09 2022UMNO Terengganu Jentera UMNO Terengganu hanya akan berkempen untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional dan bukan PAS kata Datuk Nawi Mohamad Ketua Bahagian Besut itu berkata UMNO Terengganu kekal dengan p...
Ariel Noah Nekat Potong Rambut Sendiri Ternyata Begini Hasilnya

Ariel Noah Nekat Potong Rambut Sendiri Ternyata Begini Hasilnya

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 210 hits
Vokalis band Noah Nazriel Irham atau lebih dikenal dengan nama Ariel nekat memotong rambutnya sendiri Entah apa yang menjadi pertimbangan Ariel hingga ia memilih melakukannya sendiri ketimbang pergi ke salon Namun hasilnya menuai banyak puj...
Johnny Depp Jalin Hubungan Cinta Dengan Peguam Sendiri Tetapi Bukan Camille Vasquez

Johnny Depp Jalin Hubungan Cinta Dengan Peguam Sendiri Tetapi Bukan Camille Vasquez

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 165 hits
Pelakon Johnny Depp 59 kini menjalin hubungan cinta bersama bekas peguamnya Jolle Rich 37 dan bukan Camille Vasquez yang digembar gemburkan sebelum ini Jolle adalah seorang daripada peguam yang membelanya dalam kes saman terhadap sebuah tab...
Tak Perlu Cakap Pasal Nak Ubah Negara Jika Diri Sendiri Tak Boleh Berubah

Tak Perlu Cakap Pasal Nak Ubah Negara Jika Diri Sendiri Tak Boleh Berubah

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 239 hits
Semalam minum dengan seorang kawan di kedai mamak Kawan sama taman satu ketika lama dulu ketika kami sama sama sibuk kononnya nak ubah negara Masa tu kami sama sama sokong Pas Sama dengan ramai lagi kawan kawan lain di situ yang jadi jemaah...
Video Anugerah Yang Teragung Peminat Cair Tengok Siti Aafiyah Pandai Solat Sendiri

Video Anugerah Yang Teragung Peminat Cair Tengok Siti Aafiyah Pandai Solat Sendiri

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 358 hits
Telatah anak kecil Dato Siti Nurhaliza Siti Aafiyah selalunya menjadi tumpuan ramai Apatah lagi semenjak Aafiyah sudah boleh bertatih dan bertutur Semalam Dato Siti telah berkongsi satu video dimana Aafiyah sedang solat di dalam bilik denga...
The Original Gangster Filem Aksi Termahal Pertama Syamsul Yusof Di Bawah Produksi Sendiri

The Original Gangster Filem Aksi Termahal Pertama Syamsul Yusof Di Bawah Produksi Sendiri

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 591 hits
Baru baru ini ketika mempromosikan filem Mat Kilau di Indonesia Syamsul Yusof sempat membuat pengumuman ekslusif dimana dia akan mengarahkan filem gangster terbaru yang tidak ada kena mengena dengan Dalam pengumuman itu juga Syamsul menyata...
Bersalah Bunuh Ibu Sendiri Pelakon Terkenal Meringkuk Dalam Penjara Seumur Hidup

Bersalah Bunuh Ibu Sendiri Pelakon Terkenal Meringkuk Dalam Penjara Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 251 hits
Seorang pelakon terkenal Kanada berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Agung British Columbia Vandocuver Kanada selepas mengaku bersalah membunuh ibu kandungnya pada 2020 lapor BBC Difahamkan dia mengaku bersal...
Hiduplah Dengan Cara Kita Sendiri

Hiduplah Dengan Cara Kita Sendiri

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 288 hits
Hiduplah dengan cara kita sendiri Ikut kemampuan diri Agar kita tahu dimana harus kita berdiri
Pas Lupa Nak Bercakap Soal Moral Bila Terkena Atas Batang Hidung Sendiri

Pas Lupa Nak Bercakap Soal Moral Bila Terkena Atas Batang Hidung Sendiri

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 269 hits
Sikap berdolak dalih dan munafik Pas terselah dengan isu konsert Riuh Sokmo di Ketereh Kelantan baru baru ini Konsert Riuh Sokmo yang diadakan dari 16 September hingga 18 September telah menerima banyak kecaman dan teguran masyarakat tempat...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia