Isu Pasar Besar Kuantan Kurang Pelanggan Pbr Perlu Batalkan Lesen Peniaga Asing Jual Barangan Basah Di Premis Mereka




KUANTAN: "Macam mana pelanggan nak ramai, PBT biarkan peniaga asing beroperasi secara berleluasa menjual barangan basah dalam kedai runcit dan pasaraya mereka," demikian luahan aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 54, berkenaan isu Pasar Besar Kuantan sudah cantik namun pelanggan kurang.
Terdahulu Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Dr Sim Chon Siang mendakwa pasar tesebut sudah mula digunakan sejak lima bulan lalu namun tidak mendapat sambutan membuatkan sumber pendapatan peniaga semakin terjejas.
Malah katanya,  Kerajaan Pahang akan berusaha mencari penyelesaian bagi merancakkan kembali Pasar Besar Kuantan di sini selepas proses menaik taraf bangunan itu yang telah siap pada Mei lalu.

Pasar Besar Kuantan Sudah Cantik, Tapi Pelanggan Kurang

Mengulas lanjut, Shukri berkata sepatutnya kedai runcit tidak dibenarkan menjual barangan basah sesuka hati sebab jarak terlalu dekat dengan pasar besar.
"Sudahlah mereka berniaga tidak ikut SOP,  sembelih dan melapah daging lembu dalam premis yang dibina bilik sejuk sesuka hati.
"Dek kerana PBT tutup mata, maka peniaga tempatan jadi mangsa. Cuba haramkan warga asing berniaga barangan basag seperti daging lembu, ayam, ikan, sotong, udang dan sebagainya dalam kedai runcit mereka, maka sudah pasti orang ramai dan puak-puak warga asing sendiri terpaksa membeli dalam Pasar Besar Kuantan", tambahnya.
Shukri turut menggesa kerajaan bijak bertindak, jika mahu membantu peniaga tempatan. 
Bercakap saja tanpa Tindakan katanya, hasil tak ke mana. Tambah parah lagi bila sebuah premis pasaraya warga asing beroperasi menjual barangan basah jaraknya begitu hampir dengan Pasar Besar Kuantan.
"Sudah bertahun-tahun saya terjah premis warga asing ini, namun mereka kebal dan dilindungi. Sebab itulah semakin hari kian bertambah premis mereka  baik yang guna lesen alibaba atas nama isteri 'kawin koboi' atau pun orang tempatan yang 'kebulor' nak makan duit free, sanggup bagi guna IC  bagi tujuan mendapat habuan bulanan", dakwa beliau.
Justeru katanya, beliau menyarankan Kerajaan Pahang menarik balik semua lesen alibaba yang digunakan oleh warga asing untuk menipu PBT selama ini. 
"Semua sudah tahu, namun penguatkuasa terlalu lemah. Akibatnya saya yang mendedahkan pula mahu diambil tindakan kononnya menfitnah. Walhal sudah terang lagi bersuluh, semua pihak tahu apa yang mereka lihat di depan mata sebenarnya terutama sekitar Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Kuantan Center Point, Jalan Mahkota, Medan Warisan dan banyak lagi lokasi lain.
"Premis warga asing tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan, Operasi yang dijalankan mula sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Tangkap lepas, buka tutup dan bila ada operasi peniaga warga asing sudah tahu sebab ada talibarut orang dalam yang bagi maklumat.
"Jika semua ini dibiarkan, sudah pasti lokasi seperti Pasar Besar Kuantan akhirnya akan ditutup terus kerana pelanggan lebih selesa membeli barangan basah di premis warga asing berdekatan kerana harganya lebih murah dan menjimatkan," tambah Shukri lagi. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/isu-pasar-besar-kuantan-kurang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hogoh Jelai Kehadiran Penyokong Yang Jauh Daripada Jangkaan Bukti Mereka Malu Mata Kepada Menteri Besar Pahang

Hogoh Jelai Kehadiran Penyokong Yang Jauh Daripada Jangkaan Bukti Mereka Malu Mata Kepada Menteri Besar Pahang

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 183 hits
KUANTAN Kehadiran sebenar penyokong yang jauh daripada jangkaan sempena Himpunan Hogoh Jelai anjuran Perikatan Nasional menimbulkan persoalan terhadap tahap keyakinan dan mobilisasi pengundi nbsp PAS nbsp di kawasan Dewan Undangan Negeri Je...
Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 57 Pendatang Asing Tanpa Izin Dalam Satu Operasi Bersepadu Di Kuantan Hari Ini

Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 57 Pendatang Asing Tanpa Izin Dalam Satu Operasi Bersepadu Di Kuantan Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Jabatan Imigresen Malaysia Pahang menahan 57 pendatang tanpa izin dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sekitar Kuantan hari ini JIM menerusi hantaran di memaklumkan dalam operasi tersebut seramai 25...
Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 195 hits
KUANTAN Kementerian Pendidikan disaran segera mengeluarkan kenyataan rasmi dan arahan menyeluruh berhubung isu hidangan arak di premis sekolah baru baru ini Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang Mustaqim Zakaria menegaskan langkah itu penting...
Tektik Warga Asing Sewa Rumah Dijadikan Gudang Terbongkar Kastam Pahang Rampas 1 5 Juta Batang Rokok Seludup Di Kuantan

Tektik Warga Asing Sewa Rumah Dijadikan Gudang Terbongkar Kastam Pahang Rampas 1 5 Juta Batang Rokok Seludup Di Kuantan

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 228 hits
KUANTAN Tektik warga asing menyewa rumah teres di kawasan terpencil untuk dijadikan gudang menyimpan rokok seludup terbongkar hasil serbuan Jabatan Kastam Riraja Malaysia Pahang di Indera Mahkota di sini semalam Pengarahnya Mohd Asri Seman ...
Rahsia Peniaga Bundle Untung Besar Dari Lubuk Supplier Hingga Ke Kedai Online

Rahsia Peniaga Bundle Untung Besar Dari Lubuk Supplier Hingga Ke Kedai Online

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 281 hits
Rahsia Peniaga Bundle Untung Besar Dari Lubuk Supplier Hingga Ke Kedai Online Bisnes bundle bukan lagi sekadar jual pakaian terpakai ia kini antara industri paling menguntungkan di Malaysia Ramai peniaga bundle mampu jana ribuan ringgit seb...
Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 249 hits
ISKANDAR SHAH MOHAMEDTangkap layar video kejadian samun di Sungai Jarom Jenjarom semalam KUALA LANGAT Detik cemas dilalui seorang peniaga kedai makan wanita berusia 48 tahun apabila tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang meluru masuk me...
Hppk 2025 Hari Penjaja Peniaga Kecil

Hppk 2025 Hari Penjaja Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 234 hits
Bagi rakyat Malaysia khususnya Negeri Pahang anda dialu alukan untuk menghadiri Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2025 Berikut adalah info lanjut mengenai penganjuran program ini Mengenai HPPK 2025 HPPK merupakan acara tahunan yang dianjurkan ...
Peniaga Kecil Penjaja Memainkan Peranan Penting Bangun Ekonomi Negara Sumbang Rm654 2 Bilion Kepada Kdnk Tahun Lalu

Peniaga Kecil Penjaja Memainkan Peranan Penting Bangun Ekonomi Negara Sumbang Rm654 2 Bilion Kepada Kdnk Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 198 hits
TEMERLOH Komuniti peniaga kecil dan penjaja di negara ini memainkan peranan penting dengan sumbangan sebanyak RM652 4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar melalui sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana pada tahun lalu Perdana Ment...
Kisah Pernah Tular Isteri Peniaga Air Balang Meninggal Dunia

Kisah Pernah Tular Isteri Peniaga Air Balang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 209 hits
Kisah Pernah Tular Isteri Peniaga Air Balang Meninggal Dunia Isteri kepada peniaga air balang Ahyauddin yang pernah tular sebelum ini telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat Berita duka itu dimaklumkan oleh anaknya kepada stesen radi...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Good Morning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bi Tasawwur On The Go Anak Anak Tremendous

Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup