Isu Minyak Gas Premier Sarawak Dedah Terima Panggilan Perdana Menteri Komited Cari Penyelesaian Menang Menang



BIDIN LOTOT








LONDON: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mendedahkan bahawa beliau telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu waktu tempatan bagi mencari jalan penyelesaian yang harmoni dan adil berhubung isu yang melibatkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Sarawak dalam sektor minyak dan gas.
Berkongsi berkenaan perkara itu semasa sesi Sarawak Agenda Townhall sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025, United Kingdom (UK) Edition, Premier Sarawak memaklumkan perkara itu adalah berteraskan pendekatan menang-menang bagi kedua-dua pihak iaitu Petronas dan Sarawak.
"Dalam isu minyak dan gas ini, adalah kita bermain 'bola' sikit-sikit dengan Petronas.
"Pada masa ini, saya pasti anda telah mengikuti perkembangan semasa berkaitan isu ini.
"Namun, kita akan menyelesaikan perkara ini. Malah, Perdana Menteri telah menghubungi saya pagi tadi (Sabtu waktu London) dan kami mencapai komitmen bersama untuk menyelesaikannya.
"Ia merupakan satu pendekatan menang-menang antara pihak kita dan juga Petronas. 
"Penyelesaian ini akan diasaskan kepada keikhlasan bahawa hasil minyak dan gas negara perlu dikongsi secara adil, dan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita, meskipun tanpa menerima hasil tambahan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Premier Sarawak memberitahu, fokus utama kerajaan negeri pada masa ini ialah memperkukuh asas ekonomi Sarawak khususnya disokong dengan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak dengan penyediaan simpanan sebanyak RM8 bilion.
Jelas beliau, apabila ekonomi kita mencapai tahap kestabilan yang kukuh, hasil daripada pertumbuhan tersebut akan dapat disalurkan kepada rakyat melalui pendekatan pembangunan ekonomi yang tersusun dan menyeluruh merangkumi semua sektor.
"Apa yang sedang kita usahakan kini ialah memperkukuh asas ekonomi negeri. 
"Setelah ekonomi kita benar-benar kukuh, maka hasilnya akan dapat disalurkan kepada rakyat melalui pendekatan ekonomi yang tersusun dalam semua bidang," katanya.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman selaku moderator sesi town hall itu.
Selain itu, seramai kira-kira 230 orang pelajar di United Kingdom, Jerman dan Perancis telah menyertai program Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 UK Edition. -EDISI UKAS
#lbas25uk#anaksarawak#SarawakMajuMakmur




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/isu-minyak-gas-premier-sarawak-dedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petronas Sahkan Terima Notis Daripada Kerajaan Sarawak Berhubung Aktiviti Proses Edar Gas

Petronas Sahkan Terima Notis Daripada Kerajaan Sarawak Berhubung Aktiviti Proses Edar Gas

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Petroliam Nasional Bhd hari ini mengesahkan bahawa anak syarikatnya PETRONAS Carigali Sdn Bhd menerima notis pada 30 April 2025 daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berkaitan pemprosesan dan pengedaran gas Sy...
Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 242 hits
PUTRAJAYA 10 Mei Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan pertemuan bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg serta kepimpinan tertinggi PETRONAS dan PETROS d...
Terima Rm100 000 Jadi Duta Minyak Wangi Syed Saddiq Sumbang Semuanya Ke Muar

Terima Rm100 000 Jadi Duta Minyak Wangi Syed Saddiq Sumbang Semuanya Ke Muar

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 168 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman difahamkan menerima RM100 000 untuk bayaran jadi duta minyak wangi bersama penyanyi Bella Astillah Jadi duta minyak wangi dengan Bella Astillah Perkara tersebut dinyatakan Bella menerusi hant...
Saya Cabar Menteri Wilayah Jpph Beri Penjelasan Isu Pampasan Tidak Munasabah

Saya Cabar Menteri Wilayah Jpph Beri Penjelasan Isu Pampasan Tidak Munasabah

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 62 hits
HarapandailyApril 21 2025Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa serta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dicabar untuk memberikan penjelasan mengenai jumlah pampasan tidak wajar yang diberikan kepada penduduk Kampung Sungai Bar...
We Re Fighting For Sarawak S Next 100 Years Says Deputy Premier

We Re Fighting For Sarawak S Next 100 Years Says Deputy Premier

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 259 hits
Dr Sim Kui Hian says talks between the prime minister and Sarawak premier involved big money and could significantly shape the state s economic trajectory Dr Sim Kui Hian at the opening of the Borneo Eco Show a sustainable design forum and ...
Dr Afif Hentikan Retorik Rafizi Perlu Letak Jawatan Negara Perlukan Menteri Ekonomi Komited

Dr Afif Hentikan Retorik Rafizi Perlu Letak Jawatan Negara Perlukan Menteri Ekonomi Komited

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 204 hits
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli perlu meletakkan jawatan dengan segera sekiranya tidak lagi mampu menunaikan amanah yang diberikan susulan dakwaan beliau mengambil cuti panjang sehingga hujung bulan ini Ahli Majlis Pimpinan Tertingg...
Walau Di Fitnah Pelbagai Hinaan Perdana Menteri Tetap Bekerja 100

Walau Di Fitnah Pelbagai Hinaan Perdana Menteri Tetap Bekerja 100

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 197 hits
Pagi tadi saya telah meluncurkan Persidangan CRM Trial Connect 2025 di Bangsar Saya menegaskan betapa negara tidak hanya menjadi antara pentas utama dalam soal ujian klinikal bertaraf dunia tetapi telah menjadi peneraju lapangan penemuan pe...
Guru Terima Mesej Unsur Perkauman Menteri Perpaduan Gesa Penghantar Makanan Dikena Tindakan

Guru Terima Mesej Unsur Perkauman Menteri Perpaduan Gesa Penghantar Makanan Dikena Tindakan

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 101 hits
Guru terima mesej unsur perkauman Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyifatkan insiden berkenaan amat mengecewakan Menerusi kenyataan hari ini beliau menegaskan bahawa tindakan tegas dan sewajarnya harus dikenakan terhadap in...
Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

8 Pasangan Pengurus Anak Selebriti Berentap Dalam Talk To My Manager Musim 1

Daddy Naik Sheikh

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta