Isu Kualiti Dan Pengagihan Air Di Selangor Belum Selesai Tarif Air Bakal Di Naikkan


Isu Kualiti Dan Pengagihan  Air Di Selangor Belum Selesai : Tarif Air Bakal Di Naikkan?
 
Sejak-sejak jadi pemaustatin tetap di Selangor ni hampir berbelas tahun,masalah air paip memang akan jadi isu yang belum selesai lagi.Setiap tahun pasti ada kejadian terputus bekalan air yang berpunca dari pelbagai masalah seperti pencemaran,kerosakan dan macam-macam lagi,tak pernah selesai ye.

 






Cik Sue jadi terkejut bila terdengar desas-desus yang tahun 2025 ni ,tarif bill Air Selangor akan di naikkan.Termenung la kejap,sebagai pengurus kewangan dan perbelanjaan dalam rumahtangga,Cik Sue lebih tahu berapa sebulan bajet perbelanjaan rumah kami,dengan bill lain lagi ,anak nak sekolah lagi,sebelum ni subsidi air percuma sangat membantu,tapi kalua di naikkan,pastinya ada amaun yang perlu di bayar.

 Berita kenaikan tariff air 

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)  

Ini adalah kenaikan yang dirancang serta kesan tahunannya bagi bil Air Selangor:

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)

 

2023: RM56.86

2024: RM68.25 (Naik 20.03%)

2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 28.40%)

Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 54.12%

 

Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) - kenaikan sebanyak RM369.

 

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan)

 

2023: RM220.65

2024: RM277.60 (Naik 25.81%)

2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 30.10%)

Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 63.68%

 

Kos tahunan meningkat daripada RM2,647.80 (2023) kepada RM4,333.80 (2025) - tambahan RM1,686.

 

 





Melihat data yang tertera ,termenung juga la Cik Sue di buatnya,2 kali kenaikan dalam tahun 2025 ni akan berlaku jika kenaikan Julai 2025 di laksanakan.Sebenarnya ,rakyat boleh terima kenaikan jika perkhidmatan bekalan air di Selangor ini dalam keadaan terbaik.Tapi bila dinaikkan tarif dengan pakej masalah -masalah yang belum selesai membuatkan rakyat rasa terbeban,bill tinggi tapi bekalan air tak berkualiti.



AIR SELANGOR tumpu selesaikan masalah dulu.
 Bagi Cik Sue Air Selangor patut menumpukan focus untuk selesaikan dulu masalah bekalan air dan aduan-aduan dari pengguna sebelum terfikir untuk menaikkan tarif bill mereka.Rasanya pengguna tidak akan bising tarif naik jika bekalan air yang di terima di tahap kelas pertama.Tiada lagi air berkarat,air berbau bahan kimia,bekalan terputus kerana pencemaran,paip-paip uzur dan rosak,tekanan air rendah yang menyukarkan urusan seharian pengguna yang membayar setiap bulan,bukan percuma.

 


Dana yang ada sepatutnya di salurkan untuk memantapkan dulu system pengagihan bekalan ke rumah-rumah dan Kawasan yang bermasalah.Aduan yang di terima sepatutnya di selesaikan dengan kadar segera.

 
Kenaikan yang di rancang ini ,pasti memberi kesan kepada pengguna di seluruh Selangor tambahan dalam keadaan ekonomi yang “tidak cantik” sekarang,pasti agak membebankan pengguna.

 
Kesan Kenaikan Tarif Air Selangor kepada rakyat.Kenaikan tarif air sebanyak 30% yang diumumkan oleh pihak berkuasa Selangor pasti akan memberi impak besar kepada rakyat. Dalam keadaan di mana kualiti air dan bekalan air masih menjadi isu, tindakan ini seolah-olah menambah beban kepada orang ramai tanpa menyelesaikan masalah asas yang sedang berlaku. Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin akan kita rasai jika kenaikan tarif ini dilaksanakan:

1.      Beban Kewangan kepada Pengguna - Kenaikan tarif air akan menyebabkan kos sara hidup meningkat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian, dan kenaikan harga yang drastik ini akan memberi tekanan kewangan kepada ramai orang..

 

2.      Kepercayaan yang Terhakis terhadap Pengurusan Sumber Air -Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pengguna adalah tekanan air yang rendah serta kualiti air yang tercemar, dengan masalah air karat sering berlaku di beberapa kawasan. Masalah ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa belum berjaya mengatasi isu-isu asas berkaitan bekalan air. Apabila tarif dinaikkan tanpa penyelesaian terhadap masalah tersebut, ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai, yang merasakan bahawa mereka membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak berkualiti.

 

3.      Kehilangan Kepercayaan terhadap Kerajaan dan Badan Pengurusan Air Kenaikan tarif air ini mungkin akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan dan pihak berkuasa yang mengendalikan pengurusan air. Jika masalah yang lebih mendalam seperti kualiti dan bekalan air tidak diselesaikan terlebih dahulu, kenaikan harga air hanya akan dilihat sebagai langkah yang "rakus" dan tidak adil. Ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat.

 

4.      Kesan Kepada Aktiviti Ekonomi -Bagi sektor perniagaan, kenaikan tarif air mungkin juga akan memberi kesan kepada kos operasi. Perniagaan yang menggunakan banyak air dalam operasi mereka, seperti perhotelan, restoran, dan industri pembuatan, mungkin terpaksa menaikkan harga barangan atau perkhidmatan mereka untuk menampung kenaikan kos tersebut. Ini boleh menyebabkan kesan domino kepada ekonomi tempatan, terutamanya dalam jangka masa panjang.

 

Kesimpulanya, Kenaikan tarif air yang diumumkan dalam keadaan bekalan air dan kualiti air yang tidak diatasi dengan efektif hanya akan menambah beban rakyat. Tanpa pembaharuan dalam pengurusan sumber air dan peningkatan kualiti bekalan air, kenaikan tarif ini dilihat sebagai langkah yang kurang bijak dan tidak adil. Pihak berkuasa perlu memberi penekanan yang lebih terhadap penyelesaian masalah asas terlebih dahulu sebelum sebarang kenaikan tarif dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin.

 


Pengurusan Air Selangor perlu lebih peka.Sepatutnya pihak Air Selangor mantapkan dulu perkhidmatan yang di tawarkan sebelum naikkan tarif air.Rasanya pengurusan baru pihak syarikat perlu perhalusi dulu masalah-masalah yang tak pernah selesai di Selangor ini berkenaan bekalan air.Cari jalan selesaikan aduan pengguna yang bertahun tanpa jawapan.Selagi tidak selesai, harap tangguhkan dulu kenaikan tariff itu,dengar khabar Pengurusan Air Selangor sekarang adalah pengurusan baru,sepatutnya lebih efisien dalam melancarkan perkhidmatan terbaik kepada pengguna kan? Atau jika tidak mampu bolehlah di ganti pula dengan pengurusan yang mampu.

 

"Jangan sampai menindas rakyat yang sedia di tekan kini"






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.my/2025/03/isu-kualiti-dan-pengagihan-air-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Isu Air Selangor Masih Berterusan Hingga 2025

Masalah Isu Air Selangor Masih Berterusan Hingga 2025

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 190 hits
Isu Air Selangor aih Belum Selesai Masalah Isu Air Selangor Masih Berterusan dan ianya bukan isu yang baru Mungkin Mamayanie tak tahu apa yang The post appeared first on
Isu Pak Cik Petai Selesai Cara Baik Mppd Setuju Beri Lesen Sementara Untuk Berniaga

Isu Pak Cik Petai Selesai Cara Baik Mppd Setuju Beri Lesen Sementara Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 127 hits
Video pak cik petai melempar jualannya di jalan selepas dihalang penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson telah mendaapt perhatian ramai apabila dikongsikan oleh akaun TikTok menantunya papaqaireen88 Perkongsian berkenaan telah menuai ...
Isu Kuil Selesai

Isu Kuil Selesai

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 163 hits
Najib BakarAlhamdulillah selesai Maaf kepada penunggang isu terpaling yang harap ianya akan escalate ke perkara lebih panas Malaysia kekal aman
Kenaikan Tarif Air 2025 Keperluan Atau Beban Tambahan

Kenaikan Tarif Air 2025 Keperluan Atau Beban Tambahan

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 193 hits
Tahun 2025 nampaknya bakal menguji rakyat Malaysia sekali lagi Selepas kenaikan harga barang elektrik dan SST yang makin meluas kini tarif air pula dalam perancangan untuk naik seawal Julai 2025 Ya ini selepas kenaikan yang berlaku pada Jan...
Gangunan Bekalan Air Selangor Bagaimana Solusinya

Gangunan Bekalan Air Selangor Bagaimana Solusinya

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 143 hits
Air keperluan harian untuk digunakan Isu gangguan bekalan air di Selangor ni dah bertahun tak selesai juga sampai sekarang masih ada masalah tu Terbaca dari The Edge lapor bahawa kerajaan sedang rancang untuk naikkan tarif air seluruh negar...
Krisis Air Di Selangor Sampai Bila Tanpa Penyelesaian

Krisis Air Di Selangor Sampai Bila Tanpa Penyelesaian

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 188 hits
Krisis Air di Selangor Sampai Bila Tanpa Penyelesaian Selangor sepertimana mana kita semua maklum salah sebuah negeri paling maju dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di Malaysia terus menerus berdepan dengan masalah bekalan air yan...
Takrif Air Naik 30 Tapi Masalah Air Belum Settle Lagi

Takrif Air Naik 30 Tapi Masalah Air Belum Settle Lagi

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 151 hits
Sumber gambar dari https www beritaharian com Masuk harini dahlebih 25 tahun dah Abe tinggal dan menetap di Selangor Sejak daripada bujang masa belajar dulu sehinggalah berkahwin dan kini anak pun dah nak masuk 3 orang dah isu air ni masih ...
Isu Tapak Kuil Selesai Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu Dr Zaliha

Isu Tapak Kuil Selesai Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR 25 Mac Isu berhubung tapak kuil berhampiran Jalan Masjid India di sini akhirnya selesai apabila pihak pengurusan kuil berkenaan bersetuju untuk rumah ibadat berkenaan dipindahkan ke lokasi baharu kata Menteri di Jabatan Perdana...
Tenaga Pengajar Al Quran Braille Di Pahang Masih Belum Mencukupi Usaha Atasi Isu Ini Perlulah Disegerakan

Tenaga Pengajar Al Quran Braille Di Pahang Masih Belum Mencukupi Usaha Atasi Isu Ini Perlulah Disegerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Pahang merekodkan golongan Orang Kurang Upaya penglihatan mencecah hampir 3 000 orang namun tenaga pengajar al Quran Braille di negeri ini masih belum mencukupi dan usaha mengatasi isu berkenaan wajar dilaksanakan dengan kadar seger...
Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Pa Yang Multitasking

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

18 Peserta Big Stage Alpha All Male Spin Off Berentap

Berlindung Daripada Penyakit Ain

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan