Isteri Suri Rumah Mesti Menabung Zaman Ni Zaman Susah Buatlah Simpanan Selagi Boleh
Isteri suri rumah bukan alasan untuk tak ada simpanan. Jika pandai urus, simpanan ini jugalah nanti yang boleh membantu jika kesuntukan wang.
Bagi yang pandai buat bisnes online itu dah boleh membantu perbelanjaan bulanan keluarga selain dapat menyimpan untuk waktu kecemasan.
Kenapa penting suri rumah perlu menabung. Ini penjelasan dari Perunding Kewangan Azizul Azli Ahmad.
SURI RUMAH MESTI MENABUNG
1. Jika kita suri rumah sepenuh masa, kerja jaga anak dan suami tercinta.
2. Minta suami berikan nafkah secara tetap dan konsisten, lebih bagus jika dapat buat potongan gaji terus kedalam bank kita lebih mulia.
3. Tentera dan askar dah lama lakukan ini. Potongan berdasarkan pangkat dan gaji.
4. Bahagikan simpanan ini kepada dua bahagian, Satu untuk belanja diri dan satu untuk simpanan.
5. Jika suami cakap “duit tak cukup la”, buatlah rayuan dengan penuh ‘godaan’. Potong apa yang patut janji ada simpanan.
Takkan goda suami nak ajarkan
6. Bantu suami jana pendapatan dan buatlah simpanan. Duit yang dapat masukkan dalam akaun yang tiada kad ATM, agar susah nak keluarkan.
7. Buat tabungan segera selagi suami ada kerja, mereka mungkin lalai untuk menyimpan sebab semua belanja atas bahu mereka sahaja.
Jadilah isteri yang bantu suami yang budiman ini. Mereka perlukan bantuan dan kasih sayang
8. Jika suami ada kecemasan atau bencana datang kita ada simpanan sendiri dan boleh berdikari.
“Suami gaji besar, buat apa nak menabung?”.
Jangan jadi tuhan, bersedialah untuk hidup berkabung.
Zaman ini zaman susah, buat simpanan sebanyak yang ada sebelum datangnya bencana.
Semoga berjaya.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Kredit Gambar: Google
The post Isteri Suri Rumah Mesti Menabung. Zaman Ni, Zaman Susah Buatlah Simpanan Selagi Boleh! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/isteri-suri-rumah-mesti-menabung-zaman-ni-zaman-susah-buatlah-simpanan-selagi-boleh/