Isteri Jangan Jadi Penyebab Suami Mencari Yang Lain


Isteri Jangan Jadi Penyebab Suami Mencari Yang Lain. Impian seorang isteri adalah untuk hidup susah dan senang dengan suami yakni orang yang paling disayangi dan dicintai selepas Allah. Saling cinta mencintai dan sayang menyayangi yang ikhlas. Kekayaan, kemewahan dan kejayaan adalah bonus. Siapa yang tak nak senang dan mewah serta mempunyai nama dalam masyarakat. Tapi banyak perkahwinan yang di uji. Saling tuding jari menunjuk siapa yang salah. Malah tanpa rasa malu membuka aib di media sosial sampai habis terbuka. Siapa yang malu? Fikir-fikirkan lah..



Namun, kadang kala wanita atau isteri ni tak sedar mereka adalah punca kepada suami beralih arah kepada yang lain. Bukan menunding jari kepada wanita sebab CH juga wanita yang bergelar isteri, malah ibu kepada anak-anak. CH nak ajak semua wanita untuk tidak menjadi penyebab suami mencari yang lain. So, inilah antara kesalahan yang sering wanita tak sedar tetapi sangat di rasai oleh para suami... 
Isteri Jangan Jadi Penyebab Suami Mencari Yang Lain
1. Tidak Berdandan Ketika Dirumah
Ramai isteri tak suka berdandan ketika dirumah. Rimas dan malas sebab tak ke mana pun. Just duduk rumah dan buat kerja rumah yang berpeluh-peluh. Suka pakai baju kelawar, tak pun baju serupa macam bibik dah. Korang selesa tapi tang mana yang menarik di mata suami? Cer habaq? 
Baju kelawar dan baju T-shirt lusuh tu korang boleh ambil dan letak dalam plastik sampah. Haramkan terus pemakaiannya. Mulakan pakai baju T-shirt yang cantik, ada cutting dan sedikit seksi. Jangan lupa solekan diwajah. Untuk siapa? Untuk suami juga dan barulah seronok mata suami memandang. Suami pun asyik lekat di rumah. 


Untuk tidur pula, korang jangan tidur pakai baju yang korang pakai depan anak-anak. Baju dibilik tidur yang lain pula yer. Yang lagi seksi dan menarik. Cutting body dah tak menarik, jangan rendah diri sebab yang tidur sebelah tu suami korang juga. Korang nak tahu tak? Pemilihan pemakaian juga menjadi motivasi kepada kita untuk mempunyai dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Sooooo, kalau rasa dah tak menarik, start la berdiet, bersenam dan bersolek. . 

2. Perubahan Fizikal
Ada suami yang tak suka isteri berisi atau gemuk. Ramai para isteri berisi atau menjadi gemuk selepas melahirkan. Cara makan yang sama, malah buat kerja yang sama tapi kenapa badan boleh naik? Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan metabolisme yang rendah. So, jangan asyik bagi alasan berisi/gemuk sebab lahirkan anak sebab ada 1001 cara untuk kekal ramping, sihat dan menarik. 


Kalau mampu, korang boleh ke gym atau pun join mana-mana kelas zumba yang berbayar dan mempunyai tenaga pengajar terlatih. Bagi yang tak mampu, korang start diet dan lakukan joging atau walking sekitar kawasan perumahan korang. Jimat dan sihat. 

3. Bau Badan
Korang rasa badan korang berbau tak? Tak, badan takde bau. Confirm ke badan tak ada bau? Balik dan tanya suami korang. Wanita ni kadang-kadang tak sedar badan sendiri berbau. Pelik tapi benar. Oleh itu, isteri disarankan kerap mandi dan tukar baju terutamanya selepas memasak dan membersihkan rumah. Jangan lupa juga pakai perfume dan deodorant. Barulah wangi


4. Sifat Malas Melampau
Setiap orang ada sifat malas sendiri tapi janganlah melampau sangat sampai rumah tak berkemas, tong sampah berulat, singki penuh pinggan mangkuk, baju bertimbun tak basuh dan banyak lagi lah. Suami ni balik kerja, penat dan dia tak suka tengok perkara menyemakkan mata dan fikiran dia. Jadi senangkanlah hati suami dengan pastikan rumah berkemas, bersih dan wangi. 
Confirm ada yang kata, tak kerja boleh la buat. Betul ke? Cer pergi rumah isteri tak bekerja dengan isteri yang bekerja yang kita kenal. Ada perbezaan? Confirm ada. Kadang-kadang isteri yang bekerja rumah lebih kemas teratur. Kenapa? Sebab dia pandai urus, dia rajin dan dia tahu cara mudah. Minta tips dan perlahan-lahan belajar untuk urus rumahtangga kita dengan baik


5. Ego, Suka Melawan Dan Bersifat Panas Baran
Kalau isteri tak suka suami yang ego dan panas baran, suami pun begitu juga. Suami tak suka isteri yang ego, suka melawan dan bersifat panas baran. Tegur sikit, menjawab lebih siap dengan pakej tinggi suara. Tegur sikit, buat muka. Suami nasihat sikit, terus sentap. Yang suami mahu, kita dengar dan ikut apa yang dinasihat. Yang suami mahu dengar adalah kata maaf dari isteri... 

Isteri pula, turunkan sedikit ego. Minta maaf dikala ditegur. Jangan terus menjawab. Biar suami sejuk dulu, then pujuk dan ceritakan perkara sebenar. In sha Allah suami boleh faham dan terima... Hati kita pun tenang. 

6. Tidak Manja Dan Tak Suka Dipeluk
Masa bercinta atau berdua dulu, isteri ni bukan main lagi manja dan suka di peluk. Dah bertahun-tahun kahwin dan ada anak, sifat manja dah hilang. Nak peluk dah tak boleh sebab panas dan rimas. Habis tu, suami nak manja dan peluk siapa? Jeng jeng... 
Kalau rumah korang panas, mintalah suami belikan aircond supaya sentiasa sejuk. Bila dah sejuk, rasa panas dan rimas tu dah hilang. Korang juga yang untung sebab tidur malam ber'aircond'. 
Sifat manja korang yang ada dari bercinta dan sebelum kahwin tu, korang kekalkan sebab barulah suami rasa isteri tak boleh buat kalau suami tak ada. Isteri nak pergi mana pun biarlah suami yang temankan. Manja untuk kebaikkan.

7. Tidak Sporting
Jangan kongkong suami. Sesekali kita biarlah suami keluar dan buat aktiviti yang dia suka dengan kawan-kawannya.. 

8. Tidak Hiraukan Pasangan Dan Kurang Beri Perhatian
Ada ke isteri tak hiraukan dan beri perhatian kepada pasangannya?  Ada jer dan cuma kita tak pernah nampak dan bertemu dengan isteri sebegitu. Bagaimana yang dikatakan isteri tak hirau dan beri perhatian kepada suami? Contohnya, kalau isteri pulang ke rumah ibu bapa isteri, isteri biarkan suami urus diri sendiri malah tak call dan tanya keadaan suami..

Contoh kedua pula, isteri tak pernah tanya suami nak minum atau makan apa? Malah tak masak atau bancuh minuman bagi. Kau nak makan, nak minum pandai-pandailah cari atau buat sendiri. Bagus ke perangai macam tu? Kalau hari-hari, suami pun rasa baik tak perlu ada isteri.... 

9. Kurang Komunikasi Dan Banyak Pendam Perasaan
Nampak biasa tapi sebenarnya komunikasi dan luahan perasaan adalah perkara paling utama dalam sesuatu perhubungan. Tanpa komunikasi kita jadi salah faham, tanpa komunikasi perkara kecil jadi besar, tanpa komunikasi ada perasaan terpendam yang akan meletup. 
So, ubah sifat pendam korang kepada perbincangan dua hala. Tanya dia apa yang perlu isteri buat untuk sesuatu masalah. Pandangan suami penting supaya apa  yang berlaku pada masa depan, isteri tak disalahkan. 

10. Terlampau Sibuk Bekerja
Ada isteri yang bercita-cita tinggi. Kalau boleh nak menjawat jawatan paling tinggi dalam organisasi. Bila  dah berjawatan tinggi, kita akan sibuk bekerja. Suami? Dah kena bermadu dengan kerja. Bila dah kena bermadu dengan kerja, suami pun mula sibuk cari madu kat isteri.. Nak ke? Kerja tapi berpada-padalah... 

11. Permintaan Yang Melampau
Meminta-minta kepada suami itu perlu tapi janganlah melampau sampai diluar kemampuan dia. Bila kita mengada-ngan minta yang diluar kemampuan, suami akan rasa tertekan dan tidak bahagia di rumah. Tak bahagia di rumah, suami akan sibuk cari kebahagian di luar.. Terima suami seadanya dan hargai apa saja pemberiannya



12. Cemburu Buta Dan Kurang Percaya Kepada Pasangan 
Cemburu itu boleh tapi jangan cemburu buta. Cemburu buta boleh menjejaskan hubungan suami isteri sebab bila cemburu kita akan fikir apa dan dengan siapa suami kita berhubung, berbual atau keluar lunch. Ini akan menjadi punca pertengkaran... Bila dah asyik bertengkar dan tak percaya, suami mana tak rimas. Bila dah rimas dan asyik kena tuduh perkara yang tak buat, baik dia buat terus... 
Nampak kan perkara yang isteri rasa biasa dan remeh ini adalah penyebab utama suami mencari yang lain. Ubahlah sebelum terlambat.. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/01/isteri-jangan-jadi-penyebab-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Suami Jangan Sampai Isteri Melangkah Pergi

Wahai Suami Jangan Sampai Isteri Melangkah Pergi

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 419 hits
Dalam perhubungan it takes two to tango Kalau sorang je yang beria takkan jadi Sekarang ni tengok makin ramai lelaki yang pandai betul complain bini macam macam Orang lain kahwin orang lain pun merenyam nak kahwin juga Lepastu buat bini mac...
Jangan Selalu Share Gambar Kat Public Gambar Suami Isteri Dengan Ayat Mantra Dipercayai Sihir Pemisah Diambil Dari Fb

Jangan Selalu Share Gambar Kat Public Gambar Suami Isteri Dengan Ayat Mantra Dipercayai Sihir Pemisah Diambil Dari Fb

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1083 hits
Orang selalu pesan jangan terlalu kerap tayang kebahagiaan kita di dalam maya sebab mungkin ada orang yang tak senang dengan diri kita ni Mungkin ia boleh memberikan kesan buruk dan membuatkan rumah tangga jadi porak peranda Rasa gerun juga...
Induce Ini Ibarat Paksa Baby Keluar Sakit Dia Lain Macam Suami Pun Serik Tengok Isteri Tahan Sakit

Induce Ini Ibarat Paksa Baby Keluar Sakit Dia Lain Macam Suami Pun Serik Tengok Isteri Tahan Sakit

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 354 hits
Bila dengar pengalaman ibu ibu bersalin macam macam perasaan yang datang kan Jangan risau setiap ibu yang akan bersalin akan merasai sakit yang tersendiri Sakit yang mampu untuk kita tempuhi Setiap ibu pasti ada rasa sakit yang berbeza ada ...
Betapa Pentingnya Me Time Untuk Isteri Suami Jangan Tutup Rapat Mata Dan Telinga

Betapa Pentingnya Me Time Untuk Isteri Suami Jangan Tutup Rapat Mata Dan Telinga

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 646 hits
Bukan suami je yang ada hobi Cover image via Akhtar Syamir Isteri bahagia Keluarga bahagia Inilah formula rumah tangga yang paling lazim kita dengar dalam memastikan kebahagiaan hidup berkeluarga Kaum ibu atau isteri adalah satu ciptaan Tuh...
Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya Tuan Lelaki Berstatus Suami Ditahan Berkhalwat Dengan Janda Di Malam Tahun Baru

Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya Tuan Lelaki Berstatus Suami Ditahan Berkhalwat Dengan Janda Di Malam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 688 hits
Seorang janda anak satu ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah bilik di Pusat Peranginan Air Panas Ulu Legong Baling pagi Rabu Janda berusia 34 tahun itu ditahan dengan lelaki berusia 33 tahun oleh anggota penguat...
Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1271 hits
Gambar Sekadar HiasanBerdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama sepert...
Pesanan Buat Isteri Jangan Sebab Satu Kekurangan Suami Anda Lupa Seribu Kebaikannya

Pesanan Buat Isteri Jangan Sebab Satu Kekurangan Suami Anda Lupa Seribu Kebaikannya

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 328 hits
Lumrah rumah tangga apabila perkahwinan yang dibina diberi dengan beberapa ujian Di situ kesetiaan isteri diuji Ada yang boleh menerimanya dengan hati yang terbuka ada juga yang mungkin berat untuk menerima ujian itu Di saat suami bergadai ...
Suami Nak Rezeki Lebat Tak Pernah Habis Kena Selalu Berkepit Dengan Isteri

Suami Nak Rezeki Lebat Tak Pernah Habis Kena Selalu Berkepit Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 448 hits
Biar selama mana pun sesebuah perkahwinan itu perlulah sentiasa ada usaha dari kedua dua suami isteri untuk menyemarakkan rasa cinta antara mereka Tidak bolehlah kalau berkahwin sudah lama kononnya dah tiada apa lagi untuk dimanjakan atau n...
Jangan Cepat Jatuh Hati Dengan Lelaki Pesan Isteri Adam Corrie Khas Buat Wanita

Jangan Cepat Jatuh Hati Dengan Lelaki Pesan Isteri Adam Corrie Khas Buat Wanita

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 794 hits
Jangan Cepat Jatuh Hati Dengan Lelaki Pesan Isteri Adam Corrie Khas Buat Wanita Ramai wanita zaman sekarang lebih lihat kepada harta dan kematangan seorang lelaki terutama lelaki sudah berumur dan suami orang Sudah jadi fenomena di Malaysia...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi