Isteri Anggota Polis Kena Penjara 30 Tahun
Isteri anggota polis kena penjara 30 tahun
Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas warganya yang juga isteri anggota polis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah rakyat Myanmar, lima tahun lalu.
Gaiyathiri Murugayan, 41 tahun didapati bersalah dengan 28 tuduhan yang telah menyebabkan kematian Piang Ngaih Don pada 26 Julai 2016.
Sebelum itu, dia bersama ibunya dituduh menyerang sehingga menyebabkan mangsa, 24 tahun mengalami retak tulang tengkuk dan kecederaan otak.
Selain disabit bersalah menyebabkan kematian, Gaiyathiri juga didapati sengaja membiarkan Piang kebuluran, mendatangkan kecederaan dengan peralatan panas termasuk mengenakan sterika ke atas anggota badan, memukul dengan batang penyampu, menarik rambut sampai tertanggal dan macam-macam lagi.
Terdahulu, Peguam Negara mengenakan pertuduhan melakukan pembunuhan ke atasnya tetapi berikutan bukti baharu, ia kemudian diringankan ke tuduhan menyebabkan kematian.
Peguam bela, Joseph Chen dalam hujahnya di mahkamah meminta supaya anak guamnya dikenakan hukuman penjara tidak lebih sembilan tahun dengan alasan tertuduh telah ditahan reman selama lima tahun.
Katanya, hukuman penjara lebih singkat perlu dipertimbangkan kerana ia akan memberi peluang dua anak Gaiyathiri untuk membesar bersama selain mengelak mereka dari menjadi mangsa keadaan.
Peguam bela juga menggunakan hujah masalah tekanan jiwa yang dialami tertuduh yang terbeban dengan masalah kesihatan anak-anaknya telah memberi kesan kepada psikologinya.
Selain menegaskan ia kesalahan pertama yang dilakukan tertuduh.
Hujah berkenaan kemudian dibantah Timbalan Ketua Pendakwa Raya Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir yang menegaskan mengenai kesalahan berat yang dilakukan tidak memberi kesan walaupun ia pertama kali dilakukan.
Selain Gaiyathiri, suaminya seorang pegawai polis yang kini digantung tugas, Kelvin Chelvam turut berdepan dengan lima pertuduhan kerana mencederakan mangsa selain menipu polis yang litar telivisyen tertutup (CCTV) flatnya telah dialih.
Begitu juga dengan ibunya, Prema Naraynasamy yang berdepan dengan tuduhan.
Isteri anggota polis kena penjara 30 tahun
Baca Artikel Menarik :
Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan
Bomba selamatkan wanita dikurung suami alami tekanan
Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan
Siti Sarah dan Shuib kembali berduet
Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf
Resepi Kari Kambing special
Layari Laman Facebook MYKMU
Nazri Aziz mastermind kumpul SD sokong Hishammuddin
The post Isteri anggota polis kena penjara 30 tahun appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/06/23/isteri-anggota-polis-kena-penjara-30-tahun/