Irfan Bakti Optimis Terengganu Fc Mampu Cabar Pahang Fa



KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim optimis skuad kendaliannya mampu menyaingi Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Rabu ini.

Jurulatih berpengalaman itu menjelaskan, kekalahan 0-3 kepada skuad Tok Gajah pada perlawanan Liga Super sebelum ini memberi pengajaran berguna kepada anak buahnya mengenai betapa perit erti kekalahan.

"Berdasarkan rekod pertemuan dalam liga musim ini kita tewas, tetapi pentas Piala FA ini kita mahu bangkit, bagi saya sebenarnya saingan ini hampir sama dengan Piala FA di England kerana pertembungan dua pasukan berjiran itu ada klasik dan keunikannya yang tersendiri.

"Sebagai contoh musim lalu dengan JDT (Johor Darul Ta'zim) ramai pemerhati bola sepak tidak memilih skuad TFC layak ke final Piala Malaysia tetapi akhirnya kita berjaya biar pun prestasi skuad JDT berada di kemuncak ketika itu.

"Begitu juga dengan Pahang, ketika mereka menang dengan kita tempoh hari, jurulatihnya, Dollah Salleh menyatakan perlawanan itu adalah aksi terbaik yang ditampilkan pemain mereka tetapi selepas itu habis dan tidak konsisten.

"Justeru rekod sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana corak permainan sesebuah pasukan pastinya berbeza apatah lagi pada peringkat suku akhir ini dengan semangat pemain kami kian membara," kata Irfan.

Kata Irfan, kejayaan menundukkan pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) memberi tonik berharga buat pemainnya untuk membawa bekalan selesa sebelum aksi suku akhir kedua pada 10 Mei di tempat lawan.

"Aksi pertama di tempat sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin pemain sebelum perlawanan kedua nanti, kemenangan selesa harus dicapai bagi menyuntik semangat mereka beraksi cemerlang dan seterusnya layak ke separuh akhir.

"Selain itu, tahap kecergasan Lee Tuck yang semakin baik bakal mengganggu pihak lawan apatah lagi kebangkitan semula corak permainan yang ditampilkan Kipre Tchetche yang sudah kembali menemui sentuhan penyudah sejak dua perlawanan terakhir," katanya. - Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/irfan-bakti-optimis-terengganu-fc-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecederaan Nwakaeme Bonus Buat Terengganu Fc Irfan Bakti

Kecederaan Nwakaeme Bonus Buat Terengganu Fc Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 350 hits
Ketua jurulatih Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan kecederaan yang dialami penyerang Pahang Dickson Nwakaeme sebagai bonus buat pasukannya menjelang suku akhir pertama Piala FA di Kuala Terengganu malam esok Pertemuan derby pan...
Pahang Mampu Cabar Harimau Selatan

Pahang Mampu Cabar Harimau Selatan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 468 hits
TONGGAK Pahang Mohamadou Sumareh percaya pasukannya mampu bersaing dan terus memberi tekanan kepada Johor Darul Ta zim dalam perebutan kejuaraan Liga Super sehingga akhir musim ini lapor SUBKHI SUDARJI Bagi Sumareh Pahang akan tampil dengan...
Pas Terengganu Mampu Tunai Janji Walau Royalti Dipotong Kata Exco

Pas Terengganu Mampu Tunai Janji Walau Royalti Dipotong Kata Exco

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 336 hits
PAS Terengganu mampu tunai janji walau royalti dipotong kata exco nbsp
Kipre Tchetche Belum Selamat Irfan Bakti

Kipre Tchetche Belum Selamat Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 456 hits
KUALA TERENGGANU Kedudukan Kipre Tchetche belum selamat Itu jawapan ketua jurulatih Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim ketika cuba meredakan tekanan peminat mengenai kedudukan penyerang sensasinya itu dalam skuad berkenaan Irfan menegaskan...
Peniaga Di Malaysia Mampu Menjana Lebih Pendapatan Di Ebay Dengan Adanya 179 Juta Pembeli Aktif

Peniaga Di Malaysia Mampu Menjana Lebih Pendapatan Di Ebay Dengan Adanya 179 Juta Pembeli Aktif

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 309 hits
Peniaga di Malaysia dilihat berpontensi untuk meraih lebih ramai pelanggan apabila mereka mula memanfaatkan platform eBay ini Wong Mei Inn iaitu Ketua Pertumbuhan Jualan Asia Tenggara eBay telah mengeluarkan kenyataan bahawa eBay pada saat ...
Informasi Tak Mampu Bekalkan Air Bersih Bila Ada Yang Bantu Dilarang Ph Kedah Dah Sasau Kot

Informasi Tak Mampu Bekalkan Air Bersih Bila Ada Yang Bantu Dilarang Ph Kedah Dah Sasau Kot

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 343 hits
Kerajaan PH Kedah takut bayang bayangALOR SETAR Kerajaan Pakatan Harapan Kedah dianggap takut bayang bayang sendiri apabila mengarahkan lori menghantar air tajaan wakil rakyat PAS menghentikan operasi Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Mohd ...
Bagaimanakah Kos Sara Hidup Mampu Diturunkan Sekiranya Ph Kekal Menambah Cukai

Bagaimanakah Kos Sara Hidup Mampu Diturunkan Sekiranya Ph Kekal Menambah Cukai

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 334 hits
Tindakan kerajaan Pakatan Harapan memperkenalkan pelbagai cukai baharu menambah beban kepada rakyat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan PH turut gagal mengotakan janji untuk memenuhi manifesto Pilihan R...
Ewww Geli Weh Remaja Cabar Netizen Letak Lipas Di Muka

Ewww Geli Weh Remaja Cabar Netizen Letak Lipas Di Muka

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 679 hits
The Reporter20 April lalu seorang remaja lelaki dari Myanmar membuat cabaran yang mungkin akan membuatkan anda terasa jijik apabila serangga yang adakalanya digelar sebagai babi itu diletakkan di muka Alex mencabar netizen meletakkan lipas ...
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Najib Cabar Tuduhan Src International Cacat

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Najib Cabar Tuduhan Src International Cacat

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 402 hits
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan perbicaraan tujuh tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak diteruskan pagi ini Loading Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan i...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga Disyaki Dibunuh

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat