Intipati Bajet 2019 Yang Dibentangkan Jumaat Lalu



Pembentangan bajet penuh sejarah ini sekali lagi dipimpin Perdana Menteri, Tun Mahathir bersama barisan menteri kabinet selepas memenangi Pilihan Raya yang lalu.

BERIKUT ialah intipati Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bajet 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'.

Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.
Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.
Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.
Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion
Kerajaan unjur Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) Berkembang 4.9 peratus pada 2019
Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021
Kerajaan akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan
Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula 2021
Defisit fiskal 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus disebabkan komitmen perbelanjaan kerajaan terdahulu
Kerajaan komited laksana langkah konsolidasi fiskal untuk kurangkan defisit kepada 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada 2021
Kerajaan Persekutuan terus beri jaminan pembiayaan untuk projek infra yang sedang dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3


Kerajaan akan mewujudkan pejabat pengurusan hutang untuk menyemak dan menguruskan hutang serta liabiliti kerajaan
Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang 2 akan ditender semula melalui tender terbuka
1MDB dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar Investment PJS, dan akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang telah dibayar
Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017
Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK pada 2019
Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6 peratus yang dijangka pada akhir 2018
Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik
Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus
Kerajaan merancang melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan
Kerajaan akan mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang pertama di dunia


Kerajaan akan beri pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik bermula 1 Jan, 2019
Kerajaan akan perkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai mulai 1 Jan, 2019
Kerajaan mencadangkan perkhidmatan yang diimport dikenakan cukai perkhidmatan bagi memastikan penyedia perkhidmatan tempatan mendapat persaingan yang adil mulai 1 Jan, 2019
Penyedia perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Jan, 2020
Kerajaan akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan
Malaysia akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan
Kerajaan akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali 32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan dan tiada pertindihan
Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam tahun keenam dan ke atas
Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap dinaikkan kepada lima peratus
CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000


Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus
Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai 
Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan
Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun
Duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar
Lesen mesin ‘dealer’ akan dinaikkan kepada RM50,000 setiap tahun daripada RM10,000 setiap tahun
Duti mesin judi dinaikkan kepada 30 peratus ke atas kutipan kasar
Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019, merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion
Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang dipacu sektor swasta sebagai alternatif pembelian rumah pertama dan dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti
Dana-dana modal teroka yang diurus agensi kerajaan akan diselaraskan bagi memastikan dana disalurkan kepada syarikat berpotensi tinggi sahaja
Dana Pelaburan Berkaitan Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM2 bilion untuk melabur dalam dana ekuiti swasta dan dana modal teroka
Kerajaan bercadang menubuhkan Dana Pelaburan Bersama berjumlah RM50 juta untuk melabur bersama pihak swasta melalui platform pembiayaan alternatif


Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan bagi memperkenalkan rangka kerja baharu untuk meluluskan dan memantau aktiviti jual beli mata wang digital dan pasaran token, akan diwartakan pada awal 2019
Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan peruntukan RM1 bilion
Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0
Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0
Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan
Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus
Kerajaan bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh lima tahun
Kerajaan akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd

Kadar cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000 dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17 peratus daripada 18 peratus
Exim Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion
Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS dalam industri halal
Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus
Permodalan Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa
Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’
Kerajaan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api
Peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah
Tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah akan dijadikan Zon Perdagangan Bebas dan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang
Kerajaan akan laksanakan program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada 2019
Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat
Kerajaan menyediakan peruntukan Insentif Pengeluaran Getah sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil
Sebanyak RM47 juta diperuntukkan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk program keusahawan dan latihan industri tani
Kerajaan menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus untuk 5 tahun bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasas bio-resin dan bio-polimer
Dana sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi lima tahun pertama
Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion pada 2018
Sebanyak RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Peruntukan untuk Simpanan Luar Jangka pula berjumlah RM2.0 bilion.
Sektor ekonomi menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion, sektor sosial RM15.2 bilion, sektor keselamatan sebanyak RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran sebanyak RM3.2 bilion.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hairanblog.blogspot.com/2018/11/intipati-bajet-2019-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bnm Keluar Edar Wang Kertas Rm120 7 Bilion Pada 2019

Bnm Keluar Edar Wang Kertas Rm120 7 Bilion Pada 2019

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 249 hits
MALAYSIAKINIPARLIMEN l Jumlah wang kertas yang telah dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah sebanyak RM120 7 billion pada 2019 berbanding RM113 2 bilion yang telah didepositkan oleh institusi kewangan dalam tempoh sama T...
Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Jakoa Negeri Perak

Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Jakoa Negeri Perak

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 597 hits
Hai sahabat rose semua doa rose moga sahabat semua sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat selalu Rindunya dah lama sangat ros tak berblog Sebenarnya mood nak menulis blog dah hilang ke laut kang entah apa2 pulak yang rose taip nanti kann ...
Sukses Di Lida 2019 Jojo Rilis Lagu Cahaya Surga Di Islamictunes

Sukses Di Lida 2019 Jojo Rilis Lagu Cahaya Surga Di Islamictunes

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 260 hits
Jojo LIDA Penyanyi IslamicTunes Setelah meraih kesuksesan di ajang bergengsi Liga Dangdut Indonesia 2019 Jojo Aldrin merilis single berjudul Cahaya Surga di IslamicTunes Jojo Aldrin yang saat ini popular dengan nama panggung Jojo LIDA memil...
Guan Eng Pernah Sebut Hutang Negara Sejak 2019

Guan Eng Pernah Sebut Hutang Negara Sejak 2019

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 202 hits
Faezuddin FuadPada Jun 2019 Menteri Kewangan pada ketika itu YB Lim Guan Eng menyatakan hutang negara dan liabiliti mencecah RM1 1 trilion Justeru langkah penjimatan perlu dilaksanakan rasuah dan korupsi perlu dibanteras supaya dapat pulihk...
Malaysia Dikuasai Bapuk Atau Dua Alam Artikel 3 Julai 2019

Malaysia Dikuasai Bapuk Atau Dua Alam Artikel 3 Julai 2019

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 537 hits
BAPUK KINI BERKUASA Seperti sikap mereka spesis peristiwa Kaum Luth Apa yg Perlu difikirkan soal dosa dan tuhan Dengan tuhan pun tak takut apalagi Manusia yg memimpin sekarang terlalu lemah dan peluang depan mata Janji hidup senang kaya ray...
Alif Satar Raihan Sesungguhnya 2019

Alif Satar Raihan Sesungguhnya 2019

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 264 hits
Lagu nasyid yang tak pernah gagal menitiskan air mata pendengarnya Allahu akbar Alangkah kerdilnya diri kita sebagai hamba NyaLirik lagu Sesungguhnya Raihan Alif SatarSebenarnya hati ini cinta kepada MuSebenarnya diri ini rindu kepada MuTap...
Sebanyak 17 000 Formasi Cpns 2019 Berpotensi Kosong

Sebanyak 17 000 Formasi Cpns 2019 Berpotensi Kosong

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 190 hits
Meski begitu 17 ribu formasi ini tidak akan dibiarkan kosong Suharmen mengatakan kemungkinan besar instansi terkait bisa melakukan optimalisasi formasi kosong ini dengan menempatkan peserta tertentu
Lebong Bila Jadi Kerajaan Ruu355 Sukar Dibentangkan

Lebong Bila Jadi Kerajaan Ruu355 Sukar Dibentangkan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 175 hits
Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengaku sebenarnya sukar untuk meminda RUU355 apabila parti itu sudah menjadi kerajaan Pusat Dulu pembangkang tak apalah kita desak kerajaan PAKATAN HARAPAN atau BARISAN NASIONAL sebab k...
Empat Daerah Di Selangor Diramal Panas Hingga Jumaat

Empat Daerah Di Selangor Diramal Panas Hingga Jumaat

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM 8 OGOS Empat daerah di Selangor diramal mengalami cuaca panas bermula hari ini sehingga Jumaat depan Jabatan Metereologi Malaysia memaklumkan daerah terbabit ialah Sepang Kuala Langat Petaling dan Klang Sementara Hulu Langat Gomba...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses