Inti Pati Rancangan Malaysia Ke 13


Inti Pati Rancangan Malaysia Ke-13
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Berikut antara inti pati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat hari ini.
Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump memutuskan untuk menyemak semula kadar tarif yang akan dikenakan ke atas Malaysia selewat-lewatnya esok. Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini. RMK13 akan menumpukan kepada tiga kebijakan utama iaitu: Pertama – Tatakelola baik. Kerajaan MADANI meneruskan usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan pengurusan fiskal. Kedua – Meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi. Ketiga – Pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk menaikkan lantai dan darjat kehidupan rakyat. Dalam tempoh RMK13, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun, diterajui oleh permintaan domestik, terutama penggunaan dan pelaburan swasta. Bagi menjayakan RMK13, pelaburan sebanyak RM611 bilion perlu disediakan. Sektor pendidikan menerima RM67 bilion, manakala sektor kesihatan diperuntukkan RM40 bilion. RM51 bilion diperuntukan untuk sektor keselamatan manakala sektor pentadbiran akan menerima RM17 bilion. Penambahbaikan tatakelola ditumpukan kepada tiga aspek iaitu menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan, menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar. Kerajaan MADANI komited memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen, pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti. Pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dengan keutamaan kepada usaha mengurangkan beban kawal selia. MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian. Melalui GovTech juga, sistem kehakiman negara termasuk Mahkamah Syariah akan ditambah baik.
Penjawat awam akan diberikan latihan intensif dalam bidang digital dan AI bagi memperkasakan bakat digital negara dan memanfaatkan analitik data raya. 95 peratus perkhidmatan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya menjelang tahun 2030. Pendekatan berfokus dan usaha berterusan untuk pastikan Malaysia mencapai kedudukan 20 terbaik dunia dalam Online Service Index (UN e-Government Development Index) serta mengekalkan Kategori A dalam GovTech Maturity Index. Program MADANI Rakyat diteruskan sebagai medan untuk pemimpin turun padang bagi mendekati dan mendengar sendiri keluh kesah rakyat. Sesi libat urus Perdana Menteri melibatkan semua kerajaan Negeri termasuk yang berbeza haluan politik diteruskan. Inisiatif Kemudahan Rakyat diteruskan untuk membolehkan permohonan terus peruntukan bagi menambah baik infrastruktur asas di kawasan masing-masing. Ekosistem persaingan akan diperkukuh melalui rangka perundangan baharu berkaitan aktiviti rent-seeking bagi memastikan rentseekers dapat dibanteras secara lebih tegas dan berkesan. Reformasi fiskal akan diteruskan demi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada rakyat yang paling memerlukan. Aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia menjelang tahun 2030. Malaysia menetapkan hala tuju jelas untuk menerajui ekonomi Asia Tenggara dalam AI, teknologi digital dan industri tenaga boleh baharu. Penerapan inovasi teknologi tempatan akan diberi tumpuan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan, dan inovasi (RDCI) akan dipergiat bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan berasaskan “Made by Malaysia”. Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 memacu pembangunan bakat tempatan, penyelidikan dan pengkomersialan teknologi bagi menyokong adaptasi AI secara meluas. Jaringan 5G disasar mencapai 98 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan perindustrian termasuk desa menjelang 2030, sasar hasilkan sekurang-kurangnya 5,000 usahawan digital. Strategi kepercayaan digital dan keselamatan data nasional akan dilancarkan untuk melindungi data peribadi, menangani ancaman siber serta memastikan keselamatan ekosistem dan kedaulatan digital negara. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia diberi keutamaan. Inisiatif Pengenalan Identiti Digital Perniagaan dan penggunaan digital twin menjadi ikhtiar penting dalam meningkatkan daya saing dan inovasi pemain industri. Literasi AI seawal peringkat rendah dilaksanakan, memperluas harta intelek tempatan, meningkatkan suntikan dana strategik dan menggalakkan kolaborasi rentas sektor. Inisiatif solar terapung hibrid hidro dan hab hidrogen hijau di Kenyir akan diperluas sebagai model tenaga hijau bersepadu, kerajaan pertimbang tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga bersih. Pembinaan loji waste-to-energy akan diperluas melalui kerjasama swasta untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan. Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) diteruskan, tumpuan kepada mempergiat pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap. Kerangka perundangan maritim negara akan disemak dan ditambah baik agar lebih relevan dan berdaya saing. Aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal akan dibanteras, manakala sistem tagal atau tagang diperluas sebagai amalan lestari. Tumpuan akan diberikan kepada inisiatif pembangunan zon pelaburan pelancongan (STIZ) khususnya di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak, pemangkin penciptaan produk pelancongan baharu. Inisiatif Warisan Kuala Lumpur akan dipulihara dan dipelihara, industri inap desa diperkasa bagi melebarkan limpahan ekonomi sehingga ke desa. Tahun Melawat Malaysia 2026 menjadi pemangkin penting ke arah mencapai sasaran sumbangan sektor pelancongan sebanyak 16 peratus kepada KDNK sepanjang tempoh RMK13. Kerajaan komited memacu pertumbuhan ekonomi jingga (creative industry) melalui industri kreatif digital yang berpotensi tinggi, Dana Padanan dan Dana Produksi Bersama akan dilaksanakan. Pembangunan bakat akan diperkukuh menerusi program industry bridging, peluasan inisiatif Train the Trainer serta pelaksanaan Junior Animator Apprenticeship. Pembangunan modal insan berkemahiran tinggi jadi agenda utama negara, pengukuhan dan penyelarasan antara agensi terus dipergiat. Penawaran program TVET distrategikan semula, penekanan kepada sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dan berasaskan teknologi termaju. Malaysia sasar pewujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 lagi penciptaan karier dalam bidang ekonomi digital dalam tempoh RMK13. Skim Pembiayaan Perkasa TVET MADANI dan Dana Latihan TVET akan diperkenal, penawaran program TVET diperluas kepada pelajar tahfiz. Pelaburan berimpak tinggi diperluas ke luar beberapa kawasan tumpuan utama antaranya di Chuping, Perlis; Kota Kinabalu, Sabah; Kerian, Perak dan Tok Bali, Kelantan. Pembangunan infrastruktur berskala besar kekal sebagai keutamaan demi memperkukuh keterhubungan antara wilayah serta merangsang pertumbuhan kawasan sekitar secara terancang. Tambahan 300 unit van DRT dan 1,200 bas bagi meningkatkan ketersambungan batuan pertama dan akhir, kekerapan perkhidmatan tren penumpang ditingkatkan melalui penambahan 217 set tren penumpang. Naik taraf laluan sedia ada dan pembinaan jalan baharu diteruskan untuk memastikan akses yang lebih lancar. Pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar sepanjang 2,800 km dilaksanakan dalam tempoh RMK13 antaranya di Sarawak, Perak dan Pahang. Inisiatif road-to-rail bagi memindahkan pergerakan kargo daripada jalan raya ke landasan, kurangkan risiko kemalangan jalan raya. Kerajaan akan memberi tumpuan khusus untuk memposisikan Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan negara yang berdaya saing di peringkat serantau. Pembangunan negeri-negeri pantai timur dipacu melalui pewujudan hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing. Kerajaan menyasarkan pelaksanaan 200 Kampung Angkat MADANI dan 1,000 Sekolah Angkat MADANI. Kerajaan meneruskan pelaksanaan projek infrastruktur bagi memperkukuh keterhubungan dan ekonomi rentas sempadan. Projek menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sabah dan Sarawak diteruskan. Inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan bagi mengurang beban perbelanjaan susulan kenaikan kos sara hidup. Payung Rahmah akan dipergiat melalui program-program utama seperti Jualan Rahmah, Menu dan Kafe Rahmah serta Bakul Rahmah. Kerajaan akan meningkatkan pemantauan dan kawalan harga makanan bagi memastikan ketelusan harga di sepanjang rantaian bekalan. 17 bentuk bantuan diperkenalkan kepada pelajar seawal peringkat prasekolah hingga menengah agar tidak keciciran daripada mendapat akses makanan yang sihat dan berkhasiat. Pakej Rahmah untuk perkhidmatan internet serta insurans dan takaful yang lebih mampu dibayar diteruskan. Pas perjalanan bulanan dan pas perjalanan khas kepada pelajar, warga emas dan OKU serta program subsidi tiket penerbangan udara kepada pelajar diteruskan. Nilai adab, kerohanian dan kemanusiaan berasaskan Maqasid Syariah dan semangat patriotisme akan terus diperkuat sebagai asas pembentukan insan MADANI. Program seperti Kembara Perpaduan Malaysia diteruskan untuk mendekatkan masyarakat berbilang latar melalui pendidikan nilai dan dialog terbuka rentas budaya. Piagam Harmoni Malaysia akan dibangunkan sebagai panduan utama bagi perhubungan dan keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia. Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan dengan pembaharuan selari kehendak semasa, identiti nasional akan diperkukuh melalui kefahaman dan semangat kebersamaan. Sebanyak RM67 bilion diperuntukkan bagi sektor pendidikan antaranya untuk membina sekolah baharu. Pembinaan sekolah dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu, pembinaan sekolah vertikal diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak. Kerajaan tekad memastikan kadar enrolmen murid prasekolah dan menengah mencapai 98 peratus, melebihi kadar enrolmen sejagat. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus diguna pakai untuk menilai keberkesanan dasar, kurikulum dan pendekatan pedagogi sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara ditingkatkan berdasarkan penilaian Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). Sumber: Bernama
BACA: Trump Sah Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 Di Kuala Lumpur – PM Anwar
The post Inti Pati Rancangan Malaysia Ke-13 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/31/inti-pati-rancangan-malaysia-ke-13/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula

Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 144 hits
Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke 13 2026 2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat hari ini Secara umumnya RM...
Rancangan Malaysia Ke 13 Golongan Peniaga Kecil Dan Perusahaan Mikro

Rancangan Malaysia Ke 13 Golongan Peniaga Kecil Dan Perusahaan Mikro

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 156 hits
Fokus Utama RMK13 Terhadap Peniaga Kecil 1 Pendigitalan dan E InvoisRMK13 menekankan penggunaan teknologi digital sebagai aset utama bagi para perusahaan mikro dan kecil termasuk penggunaan sistem e invois bagi mempermudah pengurusan kewang...
Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 243 hits
Penulis Profesor Dr Yap Chi Chin Chin Mai Ying Penyelaras Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia 2025 Jabatan Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Jurulatih Kanan Bengkel Latihan Olimpiad Fizik Malaysia 2025...
Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 205 hits
Morning haze scenario faced by Malaysians Malaysia experiences the haze annually primarily due to forest and peat fires in Indonesia particularly in Sumatra and Kalimantan exacerbated by seasonal winds Every year thousands of hectares of pr...
Ringgit Ends Higher On Malaysia Us Trade Deal Optimism

Ringgit Ends Higher On Malaysia Us Trade Deal Optimism

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 159 hits
The ringgit s recent gains may signal its potential to benefit from improved trade conditions says analyst KUALA LUMPUR The ringgit ended higher against the US dollar buoyed by optimism that Malaysia could secure more favourable trade negot...
Thailand Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

Thailand Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 140 hits
JITRA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju mengundurkan tentera masing masing dari kawasan sempadan yang sebelum ini menyaksikan pertempuran Peranan Malaysia Anwar berkata beliau telah b...
Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 249 hits
Huawei Pura 80 Series Lands in Malaysia with Next Gen Camera Capabilities and Iconic Style Experience leading edge low light photography with industry s first switchable dual tele lens and an ultra large sensor Following its much anticipate...
Dikabulkan Rusia Nak Asuh Kembali Jet Mig 29n Malaysia Kemahiran Tudm

Dikabulkan Rusia Nak Asuh Kembali Jet Mig 29n Malaysia Kemahiran Tudm

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 157 hits
Jet lama tak semestinya lembik Selepas bertahun lamanya jet pejuang MiG 29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia direhat kini satu berita mengejutkan muncul dari arena pertahanan negara beruang itu iaitu Rusia secara rasmi bersetuju bagi mem...
Prism Malaysia Melancarkan Luna Eco Penapis Udara Siri Nexa

Prism Malaysia Melancarkan Luna Eco Penapis Udara Siri Nexa

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 175 hits
Luna Eco ialah penyaman udara inverter pertama PRISM menawarkan penyejukan pintar jimat tenaga dari serendah RM899 PRISM menawarkan salah satu jaminan terpanjang di pasaran sehingga 7 tahun Siri Nexa Smart Air Purifier turut diperkenalkan u...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Spring Blossom Wildflower Dan Country Festival

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

Frame Ala Ala Country Cottage

Perkampungan Fridge Magnets Ole Ole Dari Italy

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat