Injil Terpesong Jangan Fanatik Beragama Anwar



Saya bertegas menentang retorik fanatik agama atau kaum yang terus memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Pasir Puteh YB Nik Muhammad Zawawi Salleh yang memberi komen terkait kitab Injil baru-baru ini adalah sikap yang kurang bijak, tidak peka dan mencerminkan pemahaman Islam yang rendah etika tatkala berbahas dengan penganut-penganut agama lain, dalam konteks ini ia merujuk pada agama Kristian.
Saat kita paculkan dialog antara umat Islam dan Kristian, ia sewajarnya dipaksikan pada semangat persaudaraan seperti yang ditegaskan Allah SWT yakni, “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu” (Surah Ali ‘Imran :64) yang menyeru persaudaraan atas asas mentaati Tuhan yang satu.
Jika niat beliau adalah untuk mengajak orang ramai untuk memahami Islam, adalah mustahak untuk menggunakan “kebijaksanaan dan nasihat yang baik” (An-Nahl: 125) yang bermaksud saling menghormati antara satu dengan yang lain.
Jika perkataan kita itu menimbulkan perseteruan dan kesalahfahaman, maka jalan terbaik adalah menonjolkan kerendahan hati dengan mengakui kemungkinan terdapat kesalahan dalam pendekatan kita itu.
Kita mampu membawa dan mencipta kerukunan dengan memperteguh akhlak dan teladan Rasul yang menegaskan tentang aspek kasih sayang dan sikap belas kepada jiran-jiran kita tanpa mengira agama. Dan ini ditonjolkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW melalui kata-kata dan sikapnya.
Perdana Menteri dalam perutusan kemerdekaan menyatakan bahawa, “Bersatu padu dengan semangat waja, mari bersama kita pertahankan kemerdekaan negara” seharusnya mencerminkan komitmen beliau dalam memperkukuh perpaduan dan menolak faham kefanatikan.
Al Quran memerintahkan ‘fa yusari’una fil khayrat’ yang bermaksud berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Saranan saya kepada rakan-rakan Muslim yang berkhidmat di sektor awam agar berlumba-lumbalah dalam membanteras kemiskinan dan membendung jurang pendapatan yang semakin melebar. Ini antara nilai kebaikan yang telah diamanahkan oleh pengundi kepada kita.
Rakyat Malaysia juga sedar bahawa dalam usaha kita dalam mendepani tantangan-tantangan seperti pengangguran, kemunduran ekonomi, tahap pendidikan yang semakin merudum, kebejatan dan kefanatikan agama bergantung pada sikap kita dalam memastikan prinsip keadilan, kesaksamaan dan sikap belas kepada semua dipraktikkan. Tidak harus ada yang terkecuali dari hukum, dan keadilan mesti ditegakkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29516

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lupa Bela Kebajikan Penjaja Anwar

Jangan Lupa Bela Kebajikan Penjaja Anwar

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 251 hits
Soal kebajikan dalam kalangan penjaja perlu ditangani dengan sewajarnya kerana mereka adalah antara golongan yang paling terkesan dengan penularan wabak COVID 19 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan penjaja masih lagi...
Diperalat Buat Sd Liwat Polis Akan Soal Siasat Ramesh Rao Jangan Sekadar Siasat Anwar Harus Saman Beliau

Diperalat Buat Sd Liwat Polis Akan Soal Siasat Ramesh Rao Jangan Sekadar Siasat Anwar Harus Saman Beliau

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 288 hits
Polis akan memanggil Presiden Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao Krishnan Naidu susulan dakwaan mempengaruhi seorang individu membuat pendedahan dalam bentuk akuan berkanun Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan J...
Zahid Akui Langkah Menyekat Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Direstui Tun Mahathir

Zahid Akui Langkah Menyekat Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Direstui Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 303 hits
Senator Zahid Md Arip hari ini dalam dewan negara menafikan diri sebagai pencetus langkah Sharaton sebaliknya mengakui diri bersama beberapa rakan lain menggerakkan langkah politik untuk menyekat langkah Anwar Ibrahim dan DAP dalam negara Z...
Anwar Dan Pkr Jauh Lebih Selesa Tanpa Azmin

Anwar Dan Pkr Jauh Lebih Selesa Tanpa Azmin

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 307 hits
Apakah perkara paling mudah untuk difahami apabila Azmin Ali yang baru menyertai Bersatu tiba tiba mengatakan dirinya lebih selesa bersama UMNO dan Pas berbanding Anwar Ibrahim Walhal beliau bersama dengan UMNO dan Pas baru saja sejak kira ...
Prn Sabah Anwar Perlu Buat Keputusan Tegas

Prn Sabah Anwar Perlu Buat Keputusan Tegas

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 319 hits
PKR akan meletakan calon dalam Pirane Sabah yang akan berlangsung hujung bulan ini Semalam parti itu telah meluncurkan jentera pilihan raya oleh Anwar Ibrahim dalam suasana meriah dan penuh bersemangat sekali PKR akan berkolaborasi dengan W...
Kurang 2 Kursi Anwar Hafid Pasha Ungu Gagal Ikut Pilgub Sulteng

Kurang 2 Kursi Anwar Hafid Pasha Ungu Gagal Ikut Pilgub Sulteng

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 277 hits
Pasangan calon Anwar Hafid dan Sigit Purnomo Said atau Pasha Ungu gagal maju di Pemilihan Gubernur Sulawesi Tengah 2020 Sebab pasangan Anwar Pasha tidak dapat memenuhi syarat dukungan 20 persen atau setara dengan 9 kursi DPRD Sulteng Saya b...
Tolak Tegas Anwar Abbas Siap Mundur Dari Sekjen Mui Jika Program Sertifikasi Dai Kemenag Diteruskan

Tolak Tegas Anwar Abbas Siap Mundur Dari Sekjen Mui Jika Program Sertifikasi Dai Kemenag Diteruskan

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 1782 hits
Sekjen MUI Dr H Anwar Abbas M M M Ag menolak dengan tegas program Kementerian Agama berupa dai bersertifikat sebagai cara mengendalikan ceramah yang berbau radikal Anwar Abbas atas nama pribadi bahkan akan mundur sebagai Sekjen Majelis Ulam...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

Pekena Asam Pedas Ikan Merah Untuk Lunch

Drama Bru

Chombi Cintaku Sampai Ke Uganda Chord