Ini Perbezaan Daun Saderi Parsli Ketumbar Lepas Ni Tak Salah Lagi
Pernah berlaku apabila anda minta tolong suami belikan daun Sederi tapi dibelinya daun ketumbar. Atau anda sendiri nak beli daun ketumbar terbeli daun Parsli, ini biasa berlaku. Sebabnya ketiga-tiga jenis daun ini hampir sama, tetapi jika diteliti betul-betul perbezaannya ketara. Nak tahu apa perbezaannya, baca apa yang dinyatakan ini:
BENTUK DAUN
Daun sederi, bentuk daunnya lebih tajam, lebar dan warna hijaunya lebih tua. Mempunyai batang lebih besar dan bulat sedikit. Daun Parsli, hampir sama dengan seleri tajam dan hijau gelap tetapi ia lebih halus dan, kerinting dan batangnya sedikit melengkung. Berbanding daun seleri dan parsli, daun ketumbar lebih mudah dibezakan, bentuk daunnya lebih bulat dan warna hijaunya lebih cerah. Saiznya lebih kecil dan aromanya lebih kuat berbanding daun seleri dan parsli.
RASA
Soal rasa, daun sederi lebih lembut baunyadan disukai ramai, tekstur batangnya juga rangup. Daun parsli hampir sama dengan daun sup tetapi lebih runcing. Sementara daun ketumbar lebih kuat bau , hal ini menyebabkan ramai orang tidak menyukai baunya.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun sederi sesuai dengan sifatnya lebih lembut baunya, sebab itu ia lebih banyak digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti sup dan tumisan. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam. Sementara daun parsli lebih banyak digunakan sebagai garnish atau topping dalam kebanyakan makanan barat seperti pizza, spageti dan lasagna. Sementara daun ketumbar yang mempunyai aroma unik dan kuat baunya ini banyak digunakan sebagai penyedap makanan seperti kari dan tomyam.
Ok, mudah je kan untuk membezakan ketiga-tiga jenis daun ini, diharapkan dengan info berikut anda tidak keliru lagi dalam membezakan tiga jenis daun, saderi, parsli dan ketumbar.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/ini-perbezaan-daun-saderi-parsli.html