Ini Mcm Kain Kapan Ni Tergali Kbur Tidak Bernisan Di Tengah Jalan Terkejut Lihat Keadaan Jnzah Sebegini Rupa


Pada petang itu terdapat beberapa orang penduduk kampung sedang menjalankan tugas untuk melebarkan jalan kampung iaitu berdekatan dengan Kampung Baru Sabak Bernam. Ada beberapa orang ditugaskan untuk menebas segala rumput yang berada di bahu jalan.
Kemudian, seorang lelaki yang bernama Salleh telah mengorek tanah dengan cangkul sehingga ke dasarnya. Hampir separuh akar rumput di bahu jalan berjaya di gali hanya dengan menggunakan cangkulnya. Kuat sungguh kudrat orang dulu-dulu. Namun, dalam Salleh sedang leka mengaut rumput yang sudah tercabut dari permukaan tanah dengan cangkulnya, tiba-tiba dia seperti tercangkul sesuatu! Terkejut Salleh! Seperti tidak berpuas hati, Salleh membuat keputusan untuk mengorek dengan lebih dalam lagi. Semuanya untuk mengetahui apakah isi di dalam tanah itu. Apakah ia?
Kemudian tanah itu di korek hingga dasar lagi. Namun tanpa di duga cangkul yang di gunakan Salleh seperti tercangkul sesuatu. Apabila dia menarik sahaja cangkul itu, tiba-tiba cangkulnya seperti telah tersangkut pada sesuatu! Rupa-rupanya cangkul yang di tarik Salleh tersangkut dengan cebisan kain yang berada di dalam tanah. Jadi terpaksalah Salleh membetulkan cebisan kain kotor yang bersalut tebal tanah itu yang telah tersangkut pada bilah cangkul. Lalu membiarkan cebisan kain kotor itu ke tanah semula. Untuk mengsahihkan apa yang sedang dilihatnya itu, dia telah memanggil seorang rakannya yang kebetulan berada berhampiran dengannya.
“Husin! Sini kejap!” Teriaknya.
Tanpa membantah rakannya yang bernama Husin itu mula menghampirinya.
“Ada apa?” Husin bertanya.
“Cuba kau tengok kain apa tu? Seram pulak aku. Petang-petang macam ni terjumpa pula kain kotor dekat dalam tanah ni, susah pulak aku nak tarik! Macam tersangkut dekat dalam tanah!” Salleh mula berasa cuak sambil memandang sekeliling.
Namun, tiba-tiba sahaja angin kencang mula menderu datang. Sehingga meliuk-lentuk daun pokok-pokok kelapa yang berada di sekitar tempat mereka berada. Kemudian Husin terus mencapai kain lusuh kotor itu lalu di belek-belek kain itu seakan mengesyaki sesuatu.
“Ini macam kain kapan ni!” Husin seakan pasti dengan kata-katanya. Dia benar-benar yakin!
“Biar betul! Kain kapan? Macam mana ada jenazah tersesat dekat sini? Mustahil lah!” Terbeliak mata Salleh apabila mendengar jawapan dari Husin itu. Seakan dia tidak percaya terdapat jenazah misteri tidak bernisan di tepi jalan yang selalu menjadi laluan orang-orang kampung di kawasan sekitar.
Lalu mereka bercadang ingin memberi tahu akan penemuan jenazah misteri tersebut kepada ketua mereka ( JKR ) dan juga ketua kampung di kampung terbabit.
…………………………………………..
Setelah di khabarkan akan penemuan jenazah tersebut, maka ketua kampung iaitu Haji Rosdi, imam Jalal ( imam surau Kampung Baru ) dan beberapa lagi jemaah surau Kampung Baru, ketua operasi ( JKR ) yang bertanggungjawab dengan pelebaran jalan serta beberapa penduduk kampung yang tinggal berdekatan, telah mula tiba dan memenuhi kawasan berkenaan. Walaupun jnazah itu masih lagi di bawah tanah dan belum dapat di lihat dan di kenal pasti sepenuhnya lagi, namun mereka tetap yakin bahawa memang ada jnazah seseorang di bawah tanah itu.
Ini kerana di laluan jalan menuju ke Kampung Baru itu pasti akan ada kejadian mistik yang berlaku. Seperti akan ada orang yang akan menegur jika seseorang itu melalui jalan tersebut secara berseorangan. Bukan sahaja di tegur, malah pelbagai bentuk gangguan pasti akan diterima jika ada yang melalui jalan tersebut, terutamanya pada waktu malam.
“Salleh! Kau gali cepat!”
Lamunan Salleh terhenti. Encik Murad, ketuanya mula mengarahnya untuk menggali tanah itu. Tanpa membantah Salleh mula menggali tanah dengan di bantu Husin.
Apabila tanah yang di gali sudah sampai ke dasarnya malah kedalamannya menyamai sebuah kubur yang sebenar, maka terlihatlah dengan jelas satu jnazah yang separuh mereput di selaputi tanah.
“Memang betul kuburlah….” Salleh mula menebak dalam hati. Tetapi…..
“Astargfirullalazim!!!”
Alangkah terperanjatnya mereka yang melihat jnazah tersebut. Salleh dan Husin yang menggali sampai ke bawah, paling terkejut sehingga melompat terus naik ke atas. Sehingga mengeletar seluruh tubuh mereka apabila melihat jnazah itu!
Apa tidaknya, jnazah yang sedang mereka lihat itu sangat menakutkan. Mulutnya ternganga dan matanya seakan terbuka separuh. Manakala wajahnya menampakkan tulang tetapi masih di selaputi kulit wajahnya yang kering.
Sebenarnya kuku tangan jenazah yang sedang kiam itu telah menjadi sangat panjang sehingga membelit- belit tubuh jenazah itu dengan beberapa kali belitan! Hampir keseluruhan badan jenazah itu, iaitu dari atas pusat hingga ke pangkal peha telah di belit dengan kukunya yang panjang dan kehitaman itu. Sehingga telah mengoyak sebahagian kain kapan akibat di tembusi belitan kuku jnazah itu.
Mereka yang melihat jnazah itu kelihatan sangat terkejut dan tergamam dengan keadaan jenazah yang sedemikian rupa. Dalam pada itu mereka seperti teringin juga mengenali siapakah gerangan si jnazah misteri yang berkuku panjang berlingkar dan tidak bernisan itu. Akhirnya ketua kampung mula bersuara dek kerana tergamam melihat jnazah itu buat beberapa ketika.
“Mari kita angkat jnazah ini naik ke atas!” Ketua kampung mula memberi arahan.
Kemudian seramai tiga orang lelaki turun ke bawah untuk mengangkat jnazah tersebut dan tiga lagi berada di bahagian atas. Namun apabila jnazah itu cuba untuk di angkat…..
“Ya Allah! Kenapa jnazah ni berat sangat? Langsung tak terangkat jenazah ni!” Berpeluh-peluh mereka yang berada di bawah cuba untuk mengangkat jenazah tersebut. Keadaan mereka seperti sedang mengangkat kayu balak ataupun batu besar yang sangat berat! Kemudian turun lagi dua orang lelaki, ini menjadikan lima orang telah berada di bawah. Namun usaha untuk mengangkat jnazah tersebut tetap gagal.
Dalam hampir setengah jam mencuba dan berusaha untuk mengangkat jnazah itu akhirnya mereka mengalah. Tidak larat dan langsung tidak termampu hendak mengangkat jenazah tersebut walaupun bilangan lelaki yang mengangkat jnazah itu seramai lima orang! Apatah lagi dalam keadaan fizikal jenazah itu serta dengan kukunya berselirat sehingga berlengkar membelit tubuhnya. Akhirnya masing-masing terpaksa menarik diri. Lalu imam Jalal dan beberapa orang jemaah surau Kampung Baru pula turun ke bawah.
Setelah di selidiki tubuh dan kain kapan lusuh yang membaluti tubuh jenazah itu serta melihat kuku jenazah yang sangat panjang sehingga mampu membelit hampir separuh tubuhnya, akhirnya mereka mengenal pasti jenazah itu adalah seorang lelaki.
Kebarangkalian dia di kuburkan di situ, iaitu di tepi jalan berhampiran Kampung Baru berkemungkinan dalam 80 tahun, 90 tahun ataupun hampir 100 tahun! Ya, itulah penilaian mereka pada ketika itu. Tetapi ia hanya kemungkinan sahaja.
Akhirnya mereka yang berada di situ sudah sepakat dan membuat keputusan, jenazah itu akan ditimbus semula hanya untuk satu malam lagi dan cuba untuk mencari ikhtiar lain kerana mereka merasakan jenazah yang mereka jumpai itu bukan jenazah yang
“biasa-biasa”.
………………………………….
Malam semakin lewat, ramai mereka yang berada di lokasi sudah pulang ke rumah masing-masing. Jadi kawasan jenazah lelaki misteri itu sudah di tanda dan di pagar dengan tali hanya untuk sementara sehingga subuh menjelang.
Hendak dijadikan cerita, kebetulan pada malam itu abah baru sahaja pulang dari rumah kawannya dengan menaiki basikal dan telah melalui jalan tersebut. Sememangnya itu adalah laluan alternatif. Kalau dia malas hendak pergi ke laluan utama untuk pulang ke rumah yang sudah pun mempunyai lampu jalan. Tambahan pula malam sudah pun agak lewat. Kemungkinan hampir pukul 2.00 pagi, kata abah. Jadi jalan yang paling dekat adalah laluan di Kampung Baru. Hendak tak hendak abah perlu juga melaluinya walaupun keadaan di laluan itu gelap.
Percaya tak, sebenarnya abah langsung tidak tahu menahu fasal akan penemuan jnazah lelaki misteri itu. Macam biasa abah akan pulang lewat ke rumah kerana sesi pembelajaran ilmu persilatan tidak tentu habis waktunya. Di sebabkan itu dengan perasaan beraninya abah mengayuh basikal dengan tiada sedikit pun perasaan takut.
Sedang abah mengayuh basikal betul-betul di laluan itu, tiba-tiba basikal abah berhenti begitu sahaja. Seperti ada yang cuba menahannya dari terus berjalan. Dia cuba untuk menolak basikalnya sekuat tenaga yang boleh, namun tetap gagal.
“Apa kena dengan basikal aku ni? Merajuk tak nak balik ke?” Monolog abah sendirian.
Kemudian abah pun turun dari basikalnya dan terus melihat tayar basikal. Kemungkinan ia tersangkut di lubang, itu yang sedang abah fikirkan. Namun, tiada sebarang lubang pun. Tayar basikal elok terletak di atas jalan tanah merah. Tayar basikal langsung tidak boleh bergerak seumpama di gam. Seperti ada sesuatu yang sedang memegang kemas basikalnya. Apa tidaknya, bulu roma dan tengkuk sudah mula meremang! Abah dapat merasakan ada kuasa ghaib sedang berada berhampiran dan dia juga dapat merasakan ada mata sedang memerhatikannya!
Kemudian tanpa berfikir panjang serta tidak mahu menimbulkan pelbagai masalah yang lain, abah segera menongkat basikalnya dan membiarkan sahaja basikalnya itu terbiar di tengah jalan.
…………………………………………
Seperti biasa arwh atuk masih lagi belum tidur. Tetap setia menunggu anak nombor duanya yang tidak menentu baliknya. Asap lenteng mulai berkepul dihembus di ruang udara.
“Baru balik?” Arwh atuk bertanya apabila melihat kelibat abah yang sedang menaiki tangga luar rumah.
“Ya, lambat sikit pak. Lagipun Jai jalan kaki je balik ni.” jawab abah dalam keadaan termengah-mengah.
“Mana kau campak basikal?”
“Mana ada campak! Ada tu dekat jalan Kampung Baru. Tengah elok mengayuh basikal tiba-tiba basikal tak boleh gerak! Puas Jai tarik ke depan, ke belakang. Ke depan, ke belakang! Jenuh! Bulu roma asyik meremang je dari tadi! Itu yang tinggalkan basikal tu dekat situ! ” Sambil abah menunjukkan lengannya yang masih merinding itu.
“Kau lalu dekat jalan Kampung Baru tu! Kenapa tak ikut jalan batu 9!” Terbeliak mata arwh atuk mendengar cerita dari abah.
“Jauh nak tempuh sana. Lagipun Jai dari rumah Leman, hantar dia balik lepas bersilat. Sudah tentulah Jai balik ikut jalan Kampung Baru. Lainlah Jai pergi rumah Manan, dah tentulah Jai akan ikut jalan dekat batu 9 tu. Jalan dekat mana-mana pun ada penunggu, bukan tak pernah terserempak! Keranda terbang empat beranak dengan hantu perempuan berkebaya merah tu! Tak kan bapak tak ingat Jai ada ceritu dulu.”
Panjang lebar penerangan dari abah.
“Ya bapak ingat. Tapi ini lain. Petang tadi hingga ke malam bapak ada dekat sana.”
“Ada apa dekat sana?” Abah terasa ingin tahu.
“Salleh dengan Husin jumpa jnazah lelaki sudah berkapan dekat tepi jalan Kampung Baru tu. Macam jnazah tu dah lama tertanam dekat situ. Yang seram, kuku dia panjang sangat sampai membelit-belit dekat tubuh dia. Kau bayangkan, berapa kali belitan kuku tu. Agaknya sudah berapa lama jenazah tu ditanam? Ada yang kata hampir 100 tahun!” Arwah atuk memulakan cerita.
“100 tahun? Lamanya. Kubur betul ke pak ?Zaman bila dia hidup tu? Lagipun jalan tu boleh di katakan hari-hari Jai lalu. Kebanyakkannya waktu siang la. Orang kampung pun ramai lalu. Tapi tak nampak pun ada kubur dekat situ. Satu batu nisan pun tak ada!” Abah seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.
“Kubur betullah. Ada liang lahad lagi. Tak kan kubur tipu pulak. Kalau kau tengok nanti kau tahulah.”
“Jadi, jnazah tu macam mana? Jnazah siapa tu? Ada sesiapa orang kampung kenal? ” Abah bertanya lagi mohon kepastian.
“Jnazah tu ada lagi dekat situ. Tak ada sesiapa pun yang kenal. Bapak pun tak tahu jnazah siapa tu. Pertama kali dapat tahu ada jnazah tertanam dekat tepi jalan tu. Lagipun jnazah tu langsung tidak boleh nak di angkat! Berat sangat! Bapak tengok bila dia orang nak angkat jnazah tu, tak terangkat langsung! Tidak ada seinci pun badan jenazah itu ternaik! Orang yang mengangkatlah yang termengah-mengah. Ada juga yang bagi cadangan, guna jengkaut atau jentolak ke.
Tapi ramai yang bantah. Takut menyeksa jenazah. Cukup-cukuplah jnazah tu macam rupa yang kita lihat. Jangan pula kita nak tambah-tambah lagi. Tapi ada cadangan lain yang imam Jalal ada utarakan. Nanti kita tengoklah malam esok selepas isyak. Sebelum kami pulang ke rumah, jnazah tu sudah di kambus balik, takut ada haiwan yang masuk bawah kubur tu. Kemudian pagar dulu apa yang patut.” Berikut penerangan dari arwh atuk.
“Lepas isyak? Kenapa tidak lepas zohor atau asar?” abah bertanya lagi untuk lebih kepastian.
“Itu bapak tak pasti. Mungkin juga sebab waktu siang terlalu ramai orang. Pasti akan mengganggu proses mengangkat dan memindahkan jnazah. Itu pendapat bapak saja.” itulah jawapan dari arwh atuk.
“Mungkin jugalah tu. Jai pun nak tengoklah esok malam.”
………………………………………………..
“Semua imam sudah hadir?” Imam Jalal bertanya pada Haji Rosdi Ketua kampung, Kampung Baru.
Imam Jalal mengarahkan Haji Rosdi memanggil imam- imam surau atau masjid berdekatan untuk menyelesaikan isu jnazah itu. Sebolehnya imam Jalal mahu tujuh orang imam berada ditempat jnazah tersebut termasuklah dirinya.
“Ya imam. Saya sudah jemput semuanya. Ada enam imam saya jemput. Imam Sungai Air Tawar ada, imam Sekendi ada, imam surau Batu 40 ada dan imam surau- surau dekat kawasan lain. Mereka sudah ada dekat situ.” Jawab Haji Rosdi.
“Alhamdulillah. Sanggup juga mereka hadir. Harap sangat apa yang kita rancang ni berjaya dan di permudahkan Allah.” begitulah secebis harapan dari Imam Jalal.
Kemudian imam Jalal menuju kearah tempat jnazah itu dimana imam- imam yang lain sedang menanti. Kelihatan seperti ada sesuatu yang sedang di bincangkan oleh imam Jalal dan imam-imam yang lain.
Walaupun penemuan jnazah itu sudah tersebar dan heboh diperkatakan. Namun mereka ditegah untuk datang melihat jnazah itu pada malam itu terutama kanak-kanak. Ia dilarang sama sekali. Kemungkinan takut ada kemudaratan yang lain akan timbul serta sudah pastilah saat ingin memindahkan jnazah tersebut akan menjadi lebih sukar dan tempuhnya akan menjadi lebih lama. Pada malam itu hanya kira-kira dalam 25 orang sahaja yang berada di kawasan itu. Mamang tidak ramai, asalkan ianya dapat memudahkan kerja pemindahan.
Manakala abah hanya melihat dari jauh. Tidak tahu apa yang di bincangkan oleh tujuh orang imam itu. Kemudian abah mula menapak perlahan menuju ke arah jnazah lelaki misteri itu. Tanah yang dikambus semula buat sementara pada malam itu, telah di korek sekali lagi bagi memudahkan imam-imam melaksanakan perancangan mereka dan juga untuk memindah serta mengangkat semula jnazah itu. Jnazah yang mahu di lihat abah itu sudah berada di hadapan mata.
Terbeliak mata abah saat memandang jnazah yang masih terbaring di liang lahad. Namun apa yang buat abah dan beberapa orang lagi yang turut melihat jnazah itu adalah kukunya yang panjang dan berlingkar membelit keseluruhan tubuhnya sehingga terkoyak kain kapan yang membaluti tubuh jenazah itu.
“Astargfirullahalazzim…..” hanya itu ayat yang termampu di ungkap oleh abah didalam hati.
“Betul tak bapak cakap…” arwh atuk bersuara perlahan sambil menepuk bahu abah.
“Allah!”
Terperanjat abah saat ditepuk mengejut oleh arwh atuk.
“Kenapa, kau ingat jnazah tu ke yang tepuk engkau….” Arwah atuk tersenyum.
“Iyalah. Ingat orang bawah ni yang tepuk bahu Jai….” abah mengurut-ngurut dadanya yang mulai berdegup kencang sambil matanya melirik ke bawah memandang jnazah itu.
…………………………………………….
Untuk tidak melengahkan masa, tujuh orang imam itu pun duduk mengelilingi kubur jnazah itu sambil membaca surah yassin. Sengaja imam-imam itu membaca surah yassin dengan kuat dan jelas. Manakala abah, arwh atuk, haji Rosdi dan beberapa orang yang mengikuti pemindahan jenazah itu hanya duduk di belakang dan turut membaca surah yassin.
Semasa imam-imam dan lain yang lain sedang membaca surah yassin itu, tanpa di sangka angin kuat mula menderu datang secara tiba-tiba. Sedangkan dari tadi cuaca agak elok dan langsung tanda-tanda hari hendak hujan. Semuanya baik-baik sahaja.
Abah memandang sekeliling. Angin semakin kuat menampar tubuh. Ada yang terlihat sedang dalam kesejukan, namun tetap di tahan. Terlihat tujuh orang imam yang sedang membaca surah yassin di hadapan kbur jnazah itu tidak berganjak sedikit pun dari tempat duduk mereka walaupun angin semakin kuat. Pokok-pokok kelapa dan tumbuhan lalang yang berada di kawasan sekeliling meliuk lentuk apabila ditiup angin kuat yang tidak pasti bila akan berhenti. Seolah-olah seperti ada sesuatu “sengaja” mahu cuba memberhentikan usaha bacaan yassin mereka kepada jenazah itu.
Bacaan yassin tetap di teruskan sehingga ayat yang terakhir. Abah terasa sedikit gelisah. Sesekali matanya meliar memandang sekeliling. Ya, abah seperti ternampak sesuatu. Bacaan yassin abah langsung tidak khusyuk dek gangguan bayangan hitam yang seakan berlari laju mengelilingi kawasan itu, kemungkinan dalam kepanasan dengan bacaan surah yassin itu. Arwh atuk sempat memandang abah.
“Baca, jangan di pandang. Dia sedang kepanasan.” arwh atuk mula menegur abah apabila melihat abah seakan gelisah.
“Saya nampak pak.”
“Shhuu…, jangan. Tak usah sebut-sebut depan jnazah. Biarkan saja. Kita doa yang baik-baik. Ada sesuatu yang Allah hendak tunjukkan kepada kita yang hidup ni. Waallahualam…..”
Abah hanya terdiam. Lalu perasaan ingin tahu dan tidak puas hati itu terbiar tenggelam di dalam hati. Namun, abah tetap bersetuju dengan keterangan dari arwh atuk itu. Biarkan saja……
Sebaik bacaan surah yassin di hadapan jenazah itu selesai, tiba-tiba….
PAMMMM!!!
Terdapat cahaya kilat atau petir seperti menyambar sebatang pokok kelapa yang berada berhampiran. Seakan snjata bazooka sedang menmbak tepat ke arah sasaran, bak kata abah.
Mendengarkan bunyi petir itu, mereka yang berada berhampiran di kawasan itu terperanjat. Sehinggakan dua atau tiga orang yang berdiri di tepi terjelepuk jatuh ke tanah dek terperanjatkan bunyi petir itu tadi.
Arwah atuk hanya beristirgfar dalam hati. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Semasa dalam bacaan yassin, angin kuat datang menderu. Selesai bacaan yassin bunyi petir pula seakan membelah bumi. Entah apa lagi ujian yang akan mereka hadapi selepas ini. Harap tidaklah.
Imam Jalal memandang ke arah pokok kelapa yang di panah petir itu. Walaupun tidak ada sebarang kehancuran pada pokok kelapa itu ataupun sebarang kebakaran, namun haji Jalal dapat mengagak bahawa sasaran petir itu mengena pada “sasarannya”.
“InsyaAllah, semuanya akan selesai selepas ini.” Imam Jalal memberi sedikit harapan. Seolah-olah yakin dan pasti.
Tanpa berlengah lagi ke tujuh-tujuh imam itu pun ingin menghabiskan misi pemindahan jnazah itu pada malam itu juga. Jadi tugas mengangkat jnazah misteri itu hanya para imam sahaja yang dibenarkan untuk melaksanakannya.
Imam Jalal dan 2 orang imam lagi terus turun ke bawah untuk mengangkat jnazah itu naik ke atas. Manakala 4 imam yang lain akan menyambut jnazah itu dari atas. Bermula dengan imam Jalal yang memegang bahagian kepala jnazah itu, dikuti imam yang lain memegang badan dan hujung kaki. Ia perlu di lakukan dengan cermat, memandangkan keadaan jnazah yang sudah lama.
“Haji Yunus, jaga tangan tu kuku jnazah ni panjang. Kita angkat dia perlahan-lahan.” Imam Jalal mengingatkan Haji Yunus, Imam batu 40 berwaspada agar tidak mencederakan dirinya memandangkan kuku jnazah yang panjang.
Mendengar pesanan sahabatnya Imam Jalal, Haji Yunus mula berhati-hati apabila memegang bahagian badan terutama kuku jnazah itu. Lalu mereka terus cuba mengangkat jnazah itu secara serentak. Tiba-tiba…..
“Subhanallah!!!”
Akhirnya jnazah yang berat itu berjaya diangkat oleh tiga orang Imam itu sehinggalah disambut dari atas oleh empat orang imam yang lain. Subhanallah, sukar untuk percaya. Jnazah yang berat itu tiba-tiba sahaja menjadi ringan dan mudah di angkat! Sehinggalah dapat di masukkan ke dalam keranda dan di bawa terus ke tanah kburan yang berdekatan tanpa ada sebarang masalah yang lain, mahupun gangguan yang tidak di ingini.
Sejak dari itu, tiada lagi gangguan atau teguran yang seperti selalu di terima ketika melalui jalan tersebut. Namun kata abah, masih lagi menjadi tanda tanya pada dirinya sehingga kini adalah……
“Jenazah siapakah itu?”
tamat-
#suhanamatlazim
#nana
#berdasarkankisahbenar
The post “Ini mcm kain kapan ni ”. – Tergali kbur tidak bernisan di tengah jalan , terkejut lihat keadaan jnzah sebegini rupa appeared first on Sayap Hitam Dot Com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sayaphitam.com/60735/ini-mcm-kain-kapan-ni-tergali-kbur-tidak-bernisan-di-tengah-jalan-terkejut-lihat-keadaan-jnzah-sebegini-rupa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Cikgu Farhana Telah Dijumpai Dalam Keadaan Selamat

Akhirnya Cikgu Farhana Telah Dijumpai Dalam Keadaan Selamat

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 919 hits
Guru Wanita iaitu Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang sejak 14 Januari lalu kini telah ditemui dalam keadaan selamat kira kira jam 4 petang tadi Menurut kakak mangsa Madihah suami mangsa Muhammad Naim Mahayadin menerima panggilan dar...
Yusril Keadaan Abu Bakar Ba Asyir Sehat Tapi Kakinya Bengkak

Yusril Keadaan Abu Bakar Ba Asyir Sehat Tapi Kakinya Bengkak

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 212 hits
Ketua Umum Partai Bulan Bintang sekaligus Penasihat Hukum Joko Widodo Ma ruf Amin Yuzril Ihza Mahendra mengatakan pertimbangan Jokowi menyetujui pembebasan Abu Bakar Ba asyir karena didasari rasa kemanusiaan
Adik Kepada Ustazah Nur Farhana Memberitahu Keadaan Terkini Kakaknya Setelah Pulang Ke Rumah

Adik Kepada Ustazah Nur Farhana Memberitahu Keadaan Terkini Kakaknya Setelah Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 333 hits
Adik Kepada Ustazah Nur Farhana Memberitahu Keadaan Terkini Kakaknya Setelah Pulang Ke RumahAdik Kepada Ustazah Nur Farhana Memberitahu Keadaan Terkini Kakaknya Setelah Pulang Ke Rumah
Kelahiran Bayi Raksasa Bikin Para Dokter Terkejut Begini Kondisinya

Kelahiran Bayi Raksasa Bikin Para Dokter Terkejut Begini Kondisinya

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 290 hits
Memiliki buah hati dalam sebuah pernikahan adalah dambaan setiap orang Terlebih bila si jabang bayi terlahir dengan keadaan sempurna Namun tampaknya bagi seorang ibu dari Amerika Serikat sang bayi yang baru lahir pada 12 Desember lalu ini l...
Keadaan Terkini Jet Li Yang Mengalami Sakit Quot Hipertiroid

Keadaan Terkini Jet Li Yang Mengalami Sakit Quot Hipertiroid

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 197 hits
16 Januari 2019 TwitterBegini Kondisi Jet Li Sekarang nbsp Kondisi Jet Li sekarang nampak sangat berbeda setelah beliau mengalami hipertiroidDalam foto tersebut nampak kondisi Jet Li sekarang yang terlihat tersenyum sihat padahal dirinya me...
Tumpah Darah Selepas Caesarean Doktor Kongsi 8 Keadaan Yang Berisiko Terjadinya Pendarahan

Tumpah Darah Selepas Caesarean Doktor Kongsi 8 Keadaan Yang Berisiko Terjadinya Pendarahan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 294 hits
Kelahiran terutama secara pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan Dr Mastura Mohd Mokhtar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan menjelaskan mengenai komplikasi ini Tumpah darah merupakan salah satu komplikasi yang bias...
Doktor Kata Tali Pusat Lilit Leher Bayi Dalam Kandungan Tak Bahaya Cuma Siap Sedia 4 Keadaan Ini Masa Bersalin

Doktor Kata Tali Pusat Lilit Leher Bayi Dalam Kandungan Tak Bahaya Cuma Siap Sedia 4 Keadaan Ini Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 503 hits
Tali pusat lilit leher bayi dalam kandungan atau nuchal cord ialah satu keadaan yang sangat biasa di jumpai Ia berlaku kepada 1 dalam 3 kandungan Walau pun tidak berbahaya masa bersalin mama kena siap sedia hadapi 4 keadaan ini Menurut Dr M...
Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang Doktor O G Kongsi Keadaan Keadaan Yang Tak Sesuai Naik Kapal Terbang

Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang Doktor O G Kongsi Keadaan Keadaan Yang Tak Sesuai Naik Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 271 hits
Permasalahan utama yg ditakuti syarikat penerbangan adalah penumpang yg mengandung menaiki flight dan risiko terberanak dalam flight apa apa keadaan yang melibatkan mengandung tu sendiri Satu hal plak pilot nak divert flight tu ke tempat ya...
Keadaan Bilik Bertabur Manakala Di Bahagian Dapur Masih Ada Darah Kami Mengambil Masa Sejam Untuk Membersihkannya

Keadaan Bilik Bertabur Manakala Di Bahagian Dapur Masih Ada Darah Kami Mengambil Masa Sejam Untuk Membersihkannya

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 310 hits
Keadaan bilik bertabur manakala di bahagian dapur masih ada darah Kami mengambil masa sejam untuk membersihkannya Keadaan rumah di tingkat empat Taman Telipok Ria Tuaran Kota Kinabalu yang dijadikan lokasi persembunyian suspek dengan menjad...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu