Ini Gambar Di Dalam Kaabah Berita Terbaru



Lelaki ini Ambil Gambar di Dalam Kaabah Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Islam Sejak Beribu-ribu Tahun Lamanya.


SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi Rumah Allah itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.
Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.
Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak, kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah, katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram. Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha, katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.
PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.
KunciHanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa yang mafhumnya, Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.
Apa Ada Di Dalam Kaabah? Minyak &Emas? Sering Diaju Soalan Dari Non Muslim, Lelaki Ini Dedah Perkara Sebenar 


Menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah merupakan impian setiap umat Islam di dunia ini. Untung kepada sesiapa yang sudah menjejakkan kaki ke sana. Kaabah merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Mekah dan ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah ketika berada di sana.

Tetapi tahukah anda apa yang ada disebalik Kaabah? Jom kita baca penjelasan ringkas dari individu ini. Semoga perkongsian ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.

Pernahkah anda terfikir apa yang ada di dalam Kaabah?

Seorang pengguna Twitter bernama Abdal Aziz telah berkongsi apa sebenarnya yang terdapat di dalam Kaabah, kerana dia sering ditanya oleh ramai orang terutama sekali dari non-muslim. Rasanya tidak salah jika dia ingin memberitahu kerana sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.

Jadi, di bawah ini dia menjelaskan secara ringkas mengenai soalan diajukan itu.

Imej dari dalam Kaabah


Belakan pintu emas itu ada tangga yang boleh bawa kita ke atas siling Kaabah.

Bumbung itu dibuat dengan kayu bersulam Perak asli. Kiswah Kaabah itu warnanya hijau dari dalam. Lampu yang bergantung itu adalah hiasan hadiah pembesar Islam dari zaman Nabi  SAW.

Tempat  Khas Nabi solat ini, dituli Lailahaillah Muhammad Rasulullah.
Di atas benda putih inilah Nabi SAW akan solat bila dia masuk ke dalam Kaabah

Dalam kotak putih ini berisi minyak wangi  mewah yang digunakan Khadam 2 tanah Suci untuk mencuci Kaabah dari dalam.

3 tiang/kayu utama membuatkan Kaabah lebih utuh ini dibina dari kayu dan Emas tulen.

Kredit : KLViral

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/ini-gambar-di-dalam-kaabah-berita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ini Ambil Gambar Di Dalam Kaabah Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Islam Sejak Beribu Ribu Tahun Lamanya

Lelaki Ini Ambil Gambar Di Dalam Kaabah Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Islam Sejak Beribu Ribu Tahun Lamanya

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 477 hits
Lelaki ini Ambil Gambar di Dalam Kaabah Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Islam Sejak Beribu ribu Tahun LamanyaLelaki ini Ambil Gambar di Dalam Kaabah Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Islam Sejak Beribu ribu Tahun Lamanya
Nak Pandang Malu Nanti Takut Terjatuh Cinta Awak Pula Tak Mahu Balas Fazura Di Gambar Terbaru Fattah Amin

Nak Pandang Malu Nanti Takut Terjatuh Cinta Awak Pula Tak Mahu Balas Fazura Di Gambar Terbaru Fattah Amin

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 637 hits
Pepatah kalau sudah jodoh tidak kemana amat sesuai dengan pasangan secocok Fattah Amin dan Fazura ini Terbaru Fattah dilihat telah memuat naik sebuah foto lama yang pernah dimuat naik olehnya pada tahun 2013 dahulu di akaun Instagram lama m...
Harga Pasaran Burung Jalak Nias Terbaru Saat Ini

Harga Pasaran Burung Jalak Nias Terbaru Saat Ini

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 336 hits
Bagi anda yang tertarik untuk membeli Jalak Nias yaitu sebuah burung yang pandai menirukan suara manusia dan suara suara burung lain serta binatang binatang kecil anda kemungkinan besar membutuhkan keahlian cara membedakan antara burung Jal...
Dacsee Platform Berkongsi Perjalanan Terbaru Yang Memanfaatkan Kuasa Komuniti

Dacsee Platform Berkongsi Perjalanan Terbaru Yang Memanfaatkan Kuasa Komuniti

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 329 hits
Dacsee Platform Berkongsi Perjalanan Terbaru Yang Memanfaatkan Kuasa Komuniti Saya pasti ramai dikalangan anda pernah menggunakan perkhidmatan e hailing Uber dan Grab Macam saya walaupun mempunyai kereta tapi bila datang malas nak memandu d...
Rilis Update Terbaru Android 9 Pie Asus Zenfone 5 Series

Rilis Update Terbaru Android 9 Pie Asus Zenfone 5 Series

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 263 hits
Semua pengguna ZenFone 5 ZenFone 5Z dan ZenFone 5Q akan dapat menjajal beragam fitur baru di dalam waktu dekat ujar Jimmy Lin Country Manager ASUS Indonesia Ini merupakan bukti komitmen kami untuk memastikan pengguna ZenFone selalu mendapat...
Harga Samsung Note 9 Terbaru Phablet Terbaik Di 2018

Harga Samsung Note 9 Terbaru Phablet Terbaik Di 2018

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 347 hits
Harga Samsung Note 9 Terbaru Phablet Terbaik di 2018 Tak bisa dipungkiri Samsung adalah pemain besar di industri smartphone Indonesia Secara global pun perusahaan asal Korea Selatan ini adalah produsen terbesar di dunia dibayangi Apple dan ...
Tudung Makin Singkat Nak Tunjuk Apa Lagi Penampilan Terbaru Mira Filzah Dikritik Peminat

Tudung Makin Singkat Nak Tunjuk Apa Lagi Penampilan Terbaru Mira Filzah Dikritik Peminat

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 2893 hits
Tidak dinafikan pelakon Mira Filzah bukan saja tergolong dalam golongan artis yang mempunyai paras rupa yang menawan malah turut berbakat dalam bidang lakonan serta berjaya menggenggam segulung ijazah Bak kata pepatah orang barat beauty wit...
Slot Samarinda Terbaru Drama Terbaik Dariku Gandingan Syazuwan Hassan Zara Zya Azar Azmi

Slot Samarinda Terbaru Drama Terbaik Dariku Gandingan Syazuwan Hassan Zara Zya Azar Azmi

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 2228 hits
Slot Samarinda Terbaru Drama Terbaik Dariku Gandingan Syazuwan Hassan Zara Zya Azar Azmi Semalam berakhirlah kisah Mawar Murni Untuk drama terbaru Slot Samarinda ini bakal mengandingkan pelakon Syazuwan Hassan Zara Zya dan Azar Azmi sebagai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah