Informasi Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah Samakah Seperti Pusat Hiburan Di Kl



Pembukaan pawagam Vox menarik perhatian masyarakat Arab Saudi. - Gambar laman sosial

KERAJAAN Arab Saudi akhirnya membenarkan pembukaan pawagam di kota Jeddah pada Isnin.

Pembukaan pawagam itu sekali gus lapor Arab News dijangka menarik perhatian 35 juta penonton di negara berkenaan untuk menonton filem pada setiap tahun.

Pawagam telah diharamkan pembukaannya di Arab Saudi sejak berdekad lamanya sehinggalah pada April lalu, pentadbiran kota Riyadh membenarkan pusat hiburan itu dibuka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif serantau rangkaian pawagam Majid Al Futtaim, Cameron Mitchell, Arab Saudi memiliki kapasiti untuk menarik jumlah penonton yang besar.

“Jika dilihat pasaran Dubai, kami memiliki 15 juta pelanggan setiap tahun. Untuk jangka masa pendek, kami menjangkakan penonton Arab Saudi boleh mencecah angka 30 juta orang (setahun)," kata Mitchell ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan pawagam Vox di Red Sea Mall, Jeddah pada Isnin.

Kajian yang dilakukan firma PwC Timur Tengah pada November lalu, perolehan dalam industri pawagam di Arab Saudi dianggarkan mencecah AS$1.5 bilion (RM6.2 bilion) menjelang 2030.

Anggaran sedemikian dibuat berdasarkan populasi di negara berkenaan yang berjumlah 39.5 juta pada 2030.

Tahun lalu, pemilik pawagam Vox memberitahu kesediaan untuk melabur AS$533 juta (RM2.2 bilion) untuk membuka 600 panggung dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sebanyak 95 peratus pekerja terdiri daripada rakyat Arab Saud. Di mana-mana saja negara tempat pawagam kami beroperasi, kami akan pastikan rakyat tempatan yang bekerja. Hal yang sama berlaku di Mesir dan Lebanon serta Arab Saudi tentu sekali," ujar Mithchell lagi.

Menurut Mitchell, pihaknya menjangkakan pawagam Vox di Red Sea Mall akan menayangkan pelbagai filem dengan anggaran 300 buah filem ditayangkan dalam masa setahun atau sekurang-kurangnya enam buah filem seminggu.

Pembukaan pawagam Vox menarik perhatian masyarakat Arab Saudi sehingga orang ramai berkongsi mengenai keterujaan mereka di laman-laman sosial.

Pawagam berkenaan juga akan menayangkan filem-filem seperti Glass, Mary Poppins Returns, How to Train Your Dragon serta Aquaman and On The Basis of Sex pada minggu ini.

Selepas Riyadh dan Jeddah, pawagam juga akan dibuka di wilayah Tabuk menjelang tahun ini atau awal 2020.

"Kami diberi lesen untuk membuka pawagam pada April lalu dan kami memenuhi segala peraturan dan syarat yang akhirnya melancarkan urusan kami," kata beliau lagi.

Mitchell juga memberi jaminan tidak akan tercetus sebarang isu pemisahan jantina penonton memandangkan pusat hiburan yang dibuka di Arab Saudi itu sudah ditetapkan pawagam khusus untuk mereka yang berkeluarga dan orang bujang. (Agensi Januari 30,2019)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuba teliti, samakah suasana pawagam atau pusiat hiburan di Saudi dengan yang di barat seperti Eropah dan AS? Samakah suasana pawagam atau pusiat hiburan di Kelantan dan Terengganu dengan yang di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang? Jauh seperti langit dengan bumi. Jauh juga seperti PH dengan PAS atau neraka dengan syurga?! 

Pawagam akhirnya dibuka juga di Jeddah, samakah seperti pusat hiburan  di KL? Allah saja yang Maha Tahu...


sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/01/informasi-pawagam-akhirnya-dibuka-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fuh Dahsyatt Pawagam Pertama Di Jeddah Dibuka Isnin Depan

Fuh Dahsyatt Pawagam Pertama Di Jeddah Dibuka Isnin Depan

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 437 hits
JEDDAH ARAB SAUDI Jeddah bakal menyaksikan pembukaan pawagam pertama di gedung membeli belah terkemuka Red Sea Mall pada Isnin depan Pengarah Suruhanjaya Am Audiovisual Media di rantau Makkah Hamza Al Ghobaishi berkata Jeddah akan mempunyai...
Hiburan Baru Dibuka Disember 2018 Ini 7 Sebab My Beaute Village Jadi Tumpuan Ramai

Hiburan Baru Dibuka Disember 2018 Ini 7 Sebab My Beaute Village Jadi Tumpuan Ramai

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 415 hits
Semenjak dua menjak ini kedai kedai yang menjual produk kecantikan memang banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan Ini memudahkan dan menguntungkan kita selaku pengguna untuk membuat pilihan Iyerlah makin tinggi persaingan makin banyaklah p...
Pondan Antara 35 Dicekup Lagi Jenayah Pusat Hiburan

Pondan Antara 35 Dicekup Lagi Jenayah Pusat Hiburan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 386 hits
Pondan antara 35 yang dicekup LELAKI warga Thailand berperwatakan wanita antara 35 individu ditahan dalam Ops Noda dijalankan Polis Johor di tiga premis hiburan di Johor Bahru hari ini Dalam serbuan 1 pagi itu kesemua yang ditahan berusia a...
Sahrizat Protyre Penang Cawangan Kepala Batas Pusat Service Kereta Milik Bumiputera Islam

Sahrizat Protyre Penang Cawangan Kepala Batas Pusat Service Kereta Milik Bumiputera Islam

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 873 hits
Sejak aku ambil inisiatif menolong menviralkan produk dan perniagaan Muslim ni paling mendesup orang tanya pasal bengkel kereta Muslim Aku yang duk Sungai Besar ni pun melilau cari bengkel Melayu memang susah kalau ada pun depa buat kat rum...
Kemenjadian Pengawas Pusat Sumber Smk Pendeta Za Ba Dalam Pt3

Kemenjadian Pengawas Pusat Sumber Smk Pendeta Za Ba Dalam Pt3

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 804 hits
KEMENJADIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK PENDETA ZA BA DALAM PT3 2018Unit Pusat Sumber SMKPZ mengucapkan tahniah kepada pengawas pusat sumber yang memperolehi keputusan cemerlang dalam PT3 2018 Ini membuktikan bahawa pengawas PSS SMKPZ bukan s...
Huawei Mate 20 Pro Menerima Skor Dxomark Sebanyak 109 Sama Seperti P20 Pro

Huawei Mate 20 Pro Menerima Skor Dxomark Sebanyak 109 Sama Seperti P20 Pro

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 317 hits
DxOMark hari ini telah pun mengeluarkan skor untuk kamera pada telefon pintar Huawei Mate 20 Pro Berbeza dengan jangkaan ramai pengguna awal yang mengatakan ia akan mempunyai skor sangat tinggi Huawei Mate 20 Pro hanya sekadar mencatatkan s...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million