Informasi Di Bawah Ph Kini Placur Subur Di Rumah Urut



SEBAHAGIAN gadis asing yang ditahan polis di pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Damansara Perdana, Petaling Jaya, tahun lalu. UTUSAN

Pelacuran subur di rumah urut. SPRM kenal pasti rasuah, kelemahan penguatkuasaan jadi puncaMUKADIMAH
KEWUJUDAN pusat-pusat urut refleksologi bersimbolkan tapak kaki dilihat umpama cendawan yang tumbuh melata selepas hujan.Di bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak perniagaan rumah urut ini berkembang pesat namun tidak diketahui tujuan sebenar kewujudannya.Adakah kerana boleh meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini? Atau mungkin rakyat Malaysia secara umumnya menghadapi masalah kesihatan sehinggakan perniagaan ini menjadi industri besar.Ikuti temubual wartawan Utusan Malaysia, AZIAN AZIZ, NURAINA HANIS ABDUL HALIM dan NURFARAHIN HUSSIN dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), DATUK SERI AZAM BAKI mengenai masalah di sebalik perkembangan tidak sihat ini.UTUSAN MALAYSIA: Apakah pembukaan pusat-pusat urut secara berleluasa di bandar-bandar termasuk dalam perancangan pihak berkuasa tempatan sebagai perkhidmatan yang mampu menarik pelancong?AZAM BAKI: Sememangnya tidak kerana pekerja di pusat-pusat urut sebahagian besarnya adalah warga asing yang pada mulanya datang sebagai pelancong. Jadi memang tidak ba­nyak faedah dari segi menjana ekonomi melalui kutipan cukai.Apa yang dikesalkan terdapat pusat-pusat urut ini menawarkan perkhidmatan pelacuran yang menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat.Siapa di belakang industri rumah urut ini sebenarnya?Inilah yang dikatakan black economy yang mana industri ini dikawal oleh sindiket dan keseluruhan transaksi dibuat secara tunai bagi mengelak dikesan.Bukit Bintang misalnya yang menjadi tumpuan pelancong dan rakyat tempatan, di sebelah malamnya bertukar wajah de­ngan dipenuhi deretan pusat-pusat urut berlogo tapak kaki.Kebanyakan premis mempunyai ‘ulat kedai’ yang akan memujuk pelanggan untuk berurut dan sebahagiannya menawarkan perkhidmatan tambahan dengan menjadikan gadis-gadis sebagai umpan.Terdapat kata-kata sinis mengatakan Bukit Bintang, Kuala Lumpur seolah-olah telah mengambil alih gelaran sebagai pusat pelacuran Asia Tenggara dari negara jiran yang dahulunya terkenal dengan imej tersebut. Jadi bagaimanakah seriusnya dakwaan itu dan kaitannya dengan kewujudan pusat urut?Di sebalik kemeriahan kewujudan pusat-pusat urut ini sebenarnya memberi gambaran sejauh mana rancaknya aktiviti pelacuran di negara ini. Sebut apa sahaja kerakyatan yang anda mahu, China, Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina malah Rusia pun ada.Berbanding bandar-bandar di Eropah, logo tapak kaki sebagai simbol pusat urut ini amat jarang dilihat, tetapi di Asia Tenggara seolah-olah satu industri besar.Ada tempat-tempat di negara kita seolah-olah sama dengan satu tempat di Thailand, nama­nya Patpong. Bukan di Bukit Bintang sahaja malah ada beberapa tempat di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak. Bila malam jadi meriah.Apakah sebenarnya punca kepada lambakan pusat-pusat urut yang menawarkan khidmat pelacuran?Pembayaran rasuah kepada penguat kuasa bagi melindu­ngi kesalahan-kesalahan pusat urut. Bagi pusat urut haram, bayaran perlindungan menjadi wajib. Jika enggan membayar maka serbuan akan dijalankan manakala bagi yang beroperasi secara sah terpaksa membayar kerana tidak mahu premis diperiksa dan diganggu.Taktik menangkap pekerja walaupun yang sah dengan alasan menyemak dokumen sebelum menyumbat mereka ke dalam lokap beberapa hari sengaja dibuat untuk memberi tekanan kepada pemilik premis. Elemen ugutan ‘ala mafia’ oleh penguat kuasa ini semakin menjadi-jadi dan perlu diambil tindakan sewajarnya.Kalau dilihat, banyak serbuan dilakukan oleh penguat kuasa, namun mengapa premis ini masih berani beroperasi?Penguatkuasaan yang lemah. Ini menyebabkan tindakan serbuan ke atas premis-premis urut tidak mendatangkan kesan kerana yang ditangkap kebanyakannya hanyalah wanita pekerja asing dan penjaga premis.Tindakan susulan untuk mengesan pemilik sebenar perniagaan juga seolah-olah tidak berjalan lancar. Ada juga keada­an yang mana operasi yang ingin dilaksanakan gagal akibat kebocoran maklumat. Bagi premis-premis yang membayar rasuah, maklumat operasi akan mudah bertebaran.Satu lagi, tiadanya tindakan pendakwaan yang berkesan ke atas gadis pelayan pelanggan (GRO) dan penjaga premis. Kebanyakan GRO yang ditangkap akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen atas kesalahan salah guna pas lawatan sosial dan tindakan pendakwaan atas kesalahan melacur atau lain-lain kesalahan serius jarang dilaksanakan.Di pihak Jabatan Imigresen, amat jarang kita mendengar wanita-wanita ini dihadapkan ke mahkamah. Di manakah silapnya? Adakah wujud kelemahan dari segi undang-undang sedia ada?Pertindihan kuasa antara pelbagai agensi. Pihak berkuasa tempatan dari segi pengeluaran lesen dan penguatkuasaan syarat-syarat lesen. Polis pula fokus kepada aktiviti maksiat manakala Jabatan Imigresen berkaitan penyalahgunaan pas lawatan sosial dan perihal permit pekerja asing.Justeru, kesan pertindihan kuasa ini membuatkan pemilik premis langsung tidak takut untuk terus beroperasi kerana mereka tahu betapa sukarnya pihak-pihak berkuasa mengambil tindakan. Dalam bahasa le­bih mudah, kalau kena pun boleh ‘kawtim’ dan tindakan tidak ke mana.Cadangan SPRM bagi mengatasi isu rumah urut haram?Menggunakan Akta Pengubahan Wang Haram secara menyeluruh ke atas pemilik, orang tengah dan syarikat dengan membekukan semua akaun bagi menghentikan aktiviti syarikat, mewujudkan undang-undang atau memperbaiki yang sedia ada agar tidak membuka ruang dan peluang untuk kegiatan ini terus berlaku.Menjadikan integrity tes­ting sebagai teknik untuk me­nguji tahap integriti pegawai pe­nguat kuasa, selain mengadakan lawatan mengejut dan membuat pemantauan rapi serta menyenaraihitamkan semua GRO yang telah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terdapat 3 perkara antara penyebab kegagalan penghapusan pelacuran dan rumah urut. Tiada undang-undang melarang perlakuan najis zina. Bahkan kerja maksiat itu disebut juga 'perkhidmatan'. Seseorang mengakui dia pelacur, tiada undang yang boleh menangkapnya.Dikatakan industri black economy ini dikawal oleh sindiket kapitalis yang berkuasa dari bawah hingga ke atas, seolah-olah melebihi kuasa jabatan dan menteri? Apakah benar kerajaan PH sudah tidak berkuasa?
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/03/informasi-di-bawah-ph-kini-placur-subur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Operasi Penyamaran Dan Sulit Sprm Buka Rumah Urut Untuk Jejaki Penguat Kuasa Terlibat Rasuah

Operasi Penyamaran Dan Sulit Sprm Buka Rumah Urut Untuk Jejaki Penguat Kuasa Terlibat Rasuah

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 314 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka rumah urut palsu untuk menjejaki anggota penguat kuasa yang terlibat rasuah Timbalan ketua pesuruhjaya operasi SPRM berkata langkah itu dibuat beberapa kali bagi membuktikan ada pelanggaran und...
Tetangga Kaget Dulu Tinggal Di Gang Kini Rumah Romahurmuziy Megah Seperti Candi

Tetangga Kaget Dulu Tinggal Di Gang Kini Rumah Romahurmuziy Megah Seperti Candi

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 260 hits
Romahurmuziy ditangkap di sebuah hotel di kawasan Surabaya pagi Kabarnya OTT Rommy terkait pengisian jabatan di Kemenag Daerah dan Pusat Setelah diperiksa di Polda Jatim Rommy diterbangkan ke Jakarta untuk dibawa ke Gedung KPK
Sprm Buka Rumah Urut

Sprm Buka Rumah Urut

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 397 hits
Dalam usaha membuktikan kesungguhannya membanteras gejala ra suah dalam kalangan anggota penguat kuasa melindungi aktiviti pelacuran di sebalik perniagaan rumah urut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melancarkan operasi sulit yang mema...
Informasi Rumah Peninju Muhammad Ali Mencari Pemilik Baru

Informasi Rumah Peninju Muhammad Ali Mencari Pemilik Baru

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 293 hits
Siapa je tak kenal dengan peninju lagenda yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu Muhammad Ali Satu dunia kenal dengan kehebatan beliau sebagai ahli peninju Muhammad Ali juga mempunyai peminat yang ramai dan sehingga kini masih ...
Lambakan Rumah Urut Orang Kenamaan Jadi Dalang Sprm

Lambakan Rumah Urut Orang Kenamaan Jadi Dalang Sprm

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 1031 hits
KUALA LUMPUR 24 Mac Terdapat penglibatan orang kenamaan berpe ngaruh di sebalik lambakan premis rumah urut di negara ini Itu maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepanjang penyiasatan mereka untuk membuktikan berla...
Didakwa Beri Rasuah Rumah Urut Al Hamdulillah

Didakwa Beri Rasuah Rumah Urut Al Hamdulillah

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR 25 MAC 2019 Tertuduh Dua dari mpat tertuduh Tan Siant Yiang dan Kam Wan Hung megaku tidak bersalah atas tiga tuduhan memberi suapan wang kepada Penjawat Awam oktober lalu di Mahkamah Sesyen kuala lumpur di sini hari ini GAMBAR ...
Informasi Bukan Islam Lebih Terjamin Di Bawah Pas Mic

Informasi Bukan Islam Lebih Terjamin Di Bawah Pas Mic

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 296 hits
DI KALA pemimpin DAP menuduh Malaysia akan menjadi Negara Taliban di bawah pemerintahan PAS dan di saat pemimpin PAN menyokong kuat dakyah dan hasutan DAP tampil pemimpin MIC membela PAS di Parlimen Perbahasan menjunjung Titah Diraja di Dew...
Ra Suah Penguat Kuasa Diam Diam Sprm Buka Rumah Urut

Ra Suah Penguat Kuasa Diam Diam Sprm Buka Rumah Urut

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 447 hits
SPRM terpaksa membuka pusat urut bagi menyiasat penglibatan penguat kuasa dalam menerima rasuah serta melindungi kegiatan berkenaan Diam diam SPRM buka rumah urut Buktikan pelacuran perlindungan penguat kuasa wujud KUALA LUMPUR 23 Mac Dalam...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law