Imbuhan Tetap Penjawat Awam Dipotong 3 Bulan Tanda Solidariti


tuncarlos.com
June 01, 2021


KUALA LUMPUR: Lebih 800,000 penjawat awam diwajibkan menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana bagi tempoh tiga bulan melalui pengurangan elaun berdasarkan gred perkhidmatan sebagai tanda solidariti dalam mendepani pandemik COVID-19.

Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan itu adalah 50 peratus bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas, JUSA B sebanyak 20 peratus, JUSA C sebanyak 10 peratus, Gred 44 hingga 56 sebanyak lima peratus melibatkan ITK, manakala RM10 daripada ITKA bagi Gred 29 hingga 41.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, hasil sumbangan tetap selama tiga bulan dianggar berjumlah lebih RM30 juta itu akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Menurutnya, sumbangan itu sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara, menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.

“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19.

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pemotongan imbuhan itu tidak melibatkan petugas barisan hadapan atau frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28.

Jelasnya, perincian pelaksanaan penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Beliau turut menyeru penjawat awam meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara dalam mengharungi tempoh mencabar ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.

Wang tersebut, katanya, akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

-Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/imbuhan-tetap-penjawat-awam-dipotong-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peratus Kadar Sumbangan Penjawat Awam Melalui Pengurangan Elaun Itk Elaun Itka Manifestasi Solidariti

Peratus Kadar Sumbangan Penjawat Awam Melalui Pengurangan Elaun Itk Elaun Itka Manifestasi Solidariti

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 1700 hits
Peratus Kadar Sumbangan Penjawat Awam Melalui Pengurangan Elaun ITK Elaun ITKA Manifestasi Solidariti Manifestasi Solidariti Penjawat awam ini melibatkan penjawat awam yang bergred JUSA hingga gred 29 sahaja Peratus sumbangan sebanyak RM10 ...
Penjawat Awam Dipotong Gaji Adakah Pengorbanan Dikenang

Penjawat Awam Dipotong Gaji Adakah Pengorbanan Dikenang

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 452 hits
Penjawat Awam akan bersolidariti dengan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak akan dibayar gaji selama 3 bulan Imbuhan Tetap Kerajaan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam lebih kurang 800K Penjawat Awam akan masuk ke akaun Amanah Bencana RM30 J...
Penjawat Awam Muat Naik Video Tiktok Sokong Israel Didapati Positif Dadah

Penjawat Awam Muat Naik Video Tiktok Sokong Israel Didapati Positif Dadah

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 548 hits
SEORANG penjawat awam yang membuat provokasi di media sosial dengan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kekejaman rejim zionis yang tular sehingga mencetuskan kemarahan netizen didapati positif dadah Ketua Polis Daerah Melaka Tengah...
Penjawat Awam Umum Sokongan Terhadap Israel Positif Dadah Jenis Morfin Ketika Merakam Memuat Naik Video Tersebut

Penjawat Awam Umum Sokongan Terhadap Israel Positif Dadah Jenis Morfin Ketika Merakam Memuat Naik Video Tersebut

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 568 hits
Penjawat awam umum sokongan terhadap Israel positif dadah jenis morfin ketika merakam memuat naik video tersebutSeorang penjawat awam di Melaka yang mengumumkan sokongannya terhadap Israel secara terbuka dalam video dimuat naik di media sos...
Wisma Mbsa Disinari Lampu Warna Bendera Palestin Tanda Solidariti

Wisma Mbsa Disinari Lampu Warna Bendera Palestin Tanda Solidariti

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 268 hits
Limpahan cahaya empat warna iaitu merah putih hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin dipasang di Bangunan Wisma MBSA Seksyen 14 dari 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin SHAH ALAM Majlis Bandaraya Shah Alam tidak ketinggal...
Bdr Sepenuhnya Bagi Penjawat Awam Kecuali Barisan Hadapan

Bdr Sepenuhnya Bagi Penjawat Awam Kecuali Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 251 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR Mohd Zuki PUTRAJAYA Petugas di sektor perkhidmatan awam akan bekerja dari rumah sepenuhnya sepanjang penutupan sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown kecuali barisan hadapan termasuk bahagian keselamatan per...
4 Penjawat Awam Dicekup Hadir Private Party Di Hotel Dipercayai Polis

4 Penjawat Awam Dicekup Hadir Private Party Di Hotel Dipercayai Polis

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 376 hits
Frankie D CruzEmpat penjawat awam yang ditahan bersama 28 orang lain di sebuah hotel di sini dipercayai polis termasuk seorang inspektor di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman KUALA LUMPUR Tiga pegawai polis dan seorang kons...
Polis Melaka Tahan Penjawat Awam Dakwa Sokong Israel

Polis Melaka Tahan Penjawat Awam Dakwa Sokong Israel

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 450 hits
7 078 total views 7 078 views today MELAKA 19 Mei Polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 31 tahun yang didakwa menyokong Israel menerusi satu video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok Ketua Polis Daerah Melaka ...
Empat Penjawat Awam Antara 32 Yang Ditahan Sertai Parti Liar

Empat Penjawat Awam Antara 32 Yang Ditahan Sertai Parti Liar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 465 hits
KUALA LUMPUR Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam parti liar yang diadakan di sebuah hotel mewah di Jalan Pinang di sini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berka...
Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Saya Jatuh Dan Terluka Dulu Kini Nur Fazura Titip Pesanan Buat Peminat

Pembelian Pesawat Boeing Bukan Pembaziran Tapi Strategi Kurangkan Tarif Tengku Zafrul

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Tussle Over Custody Behind 6 Year Old S Murder Say Police

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Resipi Ayam Masak Merah Nazirah

Himpunan Turun Anwar Wakeup Call Buat Kerajaan