Imbas Kembali Menu Berbuka 1 Hingga 7 Ramadhan 1444h
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Imbas Kembali Menu Berbuka 1 Hingga 7 Ramadhan 1444H. Sedar tak sedar dah dua minggu kita menjalani ibadah puasa. Terasa sekejap sangat masa berlalu. Singgah di blog rakan blogger seronok baca mengenai menu iftar/ berbuka masing-masing. Eh! blog sendiri masih tiada satu pun kisah Ramadhan 1444H. Okaylah sementelah rajin ni sajalah Mrs. A nak imbas kembali menu dan diari Ramadhan seorang Mrs. A gittewww..
Imbas Kembali Menu Berbuka 1 Hingga 7 Ramadhan 1444H.
1 Ramadhan 1444H bersamaan 23 Mac yang lalu alhamdulillah Mrs. A dapat berpuasa. Mrs. A tak mohon cuti pun kekdahnya bekerja ajelah seperti hari-hari biasa cuma bezanya dapat pulang awal setengah jam. Jika waktu kerja hari biasa balik pukul 5.00 petang bulan Ramadhan dapat balik pukul 4.30 petang 💃
Adehhh! walaupun dapat pulang awal setengah jam tapi pada 1 Ramadhan tu traffic jam terok huhuhu... keluar office lebih kurang pukul 4.30 petang sampai rumah nak dekat pukul 6.00 ha! adoila... nasib badan sabar yolah... Apa-apa pun syukur alhamdulillah terima kasih kepada Mr. A sebab dah siap beli lauk-pauk. Kekdahnya seorang Mrs. A cuma perlu memasak nasi sahaja ngeh! ngeh! ngeh
01 Ramadhan 1444H.
Menu tunjuk jer... oleh Mr. A. Alhamdulillah syukur Mrs. A dan Adik suka jer...😋
02 Ramadhan 1444H.
Yang sambal udang petai tu menu panaskan semula semalam punya 😊
Pada Jumaat 2 Ramadhan tu Along ada balik sebab IKTBN benarkan pelajar balik bermalam. Sambal udang petai tu favorite dia mujurlah masih elok lagipun tak elok membazir makanan gittewww..
03 Ramadhan 1444H.
Macam-macam menu ada hasil pot-luck Jiboi clans 😉
Pada Sabtu 3 Ramadhan tu S.i.l sekeluarga balik ke kampung husband dia. So f.i.l tinggal seorang kekdahnya b.i.l Mrs. A yang Alang ajak berbuka secara pot-luck di Jiboi. Family Mrs. A join sekali yang lain-lain tak dapat join. Adapun wakil family Along/Kaklong anaknya Kakngah A tapi itupun menu dah meriah yang amat. Mrs. A bawa ikan bawal masak kari dengan ikan masin jeruk, nasi pun we all bawa sekali sebab join pun last minutes takut f.i.l tak sempat masak nasi ngeh! ngeh! ngeh! Seperti biasa selepas berbuka solat maghrib kemudian Isyak dan seterusnya terawih berjemaah
04 Ramadhan 1444H.
Rendang ayam dan pucuk paku aje yang Mrs. A masak lain-lain hasil tunjuk
Alhamdulillah 4 Ramadhan berbuka di kampung dengan emak Mrs. A. Oleh kerana hendak menghantar Along balik ke hostel yang memang akan melalui jalan yang sama. Kekdahnya Mr. A plan selepas hantar Along tu we all akan berbuka aje di kampung. Along tak dapat nak berbuka sekali sebabnya dia perlu pulang ke hostel selewat-lewatnya pada pukul 6.00 petang. Jadinya Mrs. A itu yang Mrs. A masakkan dia rendang ayam satu lagi lauk favorite dia
05 Ramadhan 1444H.
Menu masak sendiri campur menu tunjuk-tunjuk
Pada hari Isnin 5 Ramadhan tu Mrs. A tak berapa sihat sangat tapi gigih jugak pergi kerja sebabnya pagi tu ada Pra-Mesyuarat Lembaga Pengarah yang mana sekretariatnya adalah Mrs. A. Masa mesyuarat tu pun chairman mesyuarat dah perasan Mrs. A tak sihat ialah sebabnya sok-sek-sok-sek selsema tapi wajiblah Mrs. A memakai face mask kan... so oklah boleh cover muka tak sihat tu. Chairman siap cakap habis meeting nanti terus pergi klinik katanya.
Lagi satu inciden yang tak boleh dilupakan pagi Isnin tu adalah bila dah sampai ofis cari-cari kasut kat dalam kereta hah! sudah satu kasut pun takde yang ada hanyalah selipar jamban 😓😓😓 panik sekejap. Adoila... terlupa nak amik kasut yang dah dikeluarkan oleh Mr. A actually dia dah remind malam tu esok jangan lupa kasut katanya tapi terlupa jugak
Tapi Mrs. A keluar juga kereta dengan selipar. Terserempak dengan MM terus dia kata sis y u wearing selipar je. Huwaaa... teruslah Mrs. A mewarwarkan kepada dia tolong tanyakan sesiapa ada kasut saiz 8 nak pinjam sekejap nak masuk meeting. Adoii! malu iols! bila mana 2 tiga orang tanya dah jumpa kasut ke belum muahahaaa... consentnya mereka. Alhamdulillah mujurlah ada si F cubicle sebelah Mrs. A ni saiz 8. Dia yang baik hati tu pun bagi Mrs. A pinjam kasut dia sementara nak masuk meeting tu fuh! lega syukur dipermudahkanNYA. Always remember nak masuk bilik mesyuarat tak boleh pakai selipar nak-nak kau terlibat sama dengan meeting tu ha! gittewww..
Lagi satu kejadian pada hari Isnin tu semua diminta meninggalkan office pada pukul 11.30 pagi dan masuk semula pada pukul 2.00 petang gara-gara tiada bekalan elektrik disebabkan kerja-kerja maintenance oleh TNB kalau tak silap Mrs. A. As for Mrs. A pulak selepas meeting tu terus ke klinik dapat MC dan terus tak pulang ke ofis. Pulang awal ke rumah itu yang sempat masak tu kari sardin dan goreng sayur Bakchoy. Eh! panjang pulak kisah 5 Ramadhan nih
06 Ramadhan 1444H.
Lebih kurang sama ajekan menunya 😊
07 Ramadhan 1444H.
Adeh! sedihnya gambar 😂
Dah seminggu puasa azam nak snap gambar menu berbuka puasa sebulan pun dah ke laut muahahaaa... Actually pada 7 Ramadhan tu terlupa snap gambar waktu sebelum berbuka. Sudahnya snap gambar selepas berbuka itu yang dah susut portionnya tu huhuhuuu..
Okaylah nanti Mrs. A sambung lagi kisah menu Ramadhan yang seterusnya. InSyaAllah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2023/04/imbas-kembali-menu-berbuka.html