Imam Terlupa Ambil Wudhu



SOALAN:
Pernah satu hari saya solat berjemaah, setelah selesai, imam memberitahu para makmum bahawa beliau lupa untuk berwudhu’ selepas membuang air kecil. Adakah saya wajib mengulangi solat berkenaan kerana kesilapan berlaku daripada pihak imam dan bukannya saya?

JAWAPAN:
Salah satu daripada syarat sah solat berjemaah ialah makmum mestilah tidak mengetahui atau meyakini bahawa solat imamnya batal. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (1/179)]

Antara perkara yang membatalkan solat ialah seseorang itu berada dalam keadaan berhadas; sama ada hadas kecil atau besar, semasa menunaikan solat. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (1/170)]

Maka jika makmum solat dalam keadaan dia mengetahui imamnya berhadas sebelum atau semasa solat, seperti mendapati imamnya membuang angin, maka tidak sah solat makmum itu atau wajib baginya untuk berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) atau diharuskan istikhlaf (penggantian imam) sekiranya berlaku semasa solat. [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/456)]

Adapun jika imam memberitahu makmum selepas selesainya solat bahawa dia bersolat dalam keadaan berhadas kerana lupa, maka perkara itu tidak memudaratkan solat makmum. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يُصَلُّونَ لَكُمْ، فَإِنْ أَصَابُوا فَلَكُمْ، وَإِنْ أَخْطَئُوا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ
“Para imam solat memimpin kalian. Maka jika dia benar, mereka mendapat pahala dan kalian juga mendapatkan bahagian pahalanya. Namun bila dia salah kalian tetap mendapatkan pahala dan mereka mendapatkan dosa (atau kesalahan ke atas mereka).” [Riwayat al-Bukhari (no.694) dalam بَابُ إِذَا لَمْ يُتِمَّ الإِمَامُ وَأَتَمَّ مَنْ خَلْفَهُ (Bab Jika Imam Tidak Sempurna Solatnya Manakala Makmum Sempurna)]

Ketika membahaskan hadis ini, Imam Ibn Hajar al-Asqalani menakalkan kata-kata Imam Ibn al-Mundzir: “Hadis ini menjawab orang yang menyangka bahawa solat imam apabila rosak maka akan rosak solat orang di belakangnya.” [Rujuk Fath al-Bari (2/188)]

Dalil kedua adalah hadis Abu Bakrah R.A:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ فَأَوْمَأَ بِيَدِهِ أَنْ مَكَانَكُمْ ثُمَّ جَاءَ وَرَأْسُهُ يَقْطُرُ فَصَلَّى بِهِمْ فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ إنَّمَا أَنَا بَشَرٌ وَإِنِّي كُنْتُ جُنُبًا
“Bahawa Rasulullah SAW telah masuk ke dalam solat Subuh, kemudian baginda memberi isyarat dengan tangannya, “kalian tunggu di tempat kalian”, kemudian baginda kembali dengan keadaan kepalanya ada air menitik, lalu baginda solat bersama mereka.” Setelah solat baginda bersabda: “Sesungguhnya aku hanyalah manusia, dan tadi aku berjunub.” [Riwayat Abu Daud (no.234). Imam al-Nawawi mengatakan hadis ini sanadnya sahih]

Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (4/256-260): “Jika seseorang makmum itu tidak mengetahui (keadaan imamnya yang berhadas) sehingga selesai salam daripada solat itu, nescaya memadai (atau sah) solat itu… sama ada imam itu mengetahui tentang dirinya sendiri atau tidak, kerana tidak berlaku kecuaian daripada pihak makmum pada kedua-dua keadaan. Inilah pendapat mazhab dan diputuskan jua oleh jumhur (ulama').

Tentang pendapat-pendapat ulama berkenaan hukum solat di belakang orang yang berhadas dan berjunub dalam keadaan tidak mengetahui hal hadasnya; telah kami sebutkan sebelum ini bahawa mazhab kami (Syafie) bahawa sah solat makmum, dan ini yang diceritakan oleh Ibn al-Mundzir darippada Umar al-Khattab, Uthman, Ali, Ibn Umar, al-Hasan al-Basri, Said bin Jubair, al-Nakhaie, al-Auzaie, Ahmad, Sulaiman bin Harm, Abu Thaur dan al-Muzani.

Manakala satu riwayat lain daripada Ali, Ibn Sirin, al-Sya`bi, Abu Hanifah dan para ashabnya bahawa wajib mengulang kembali solat, dan ini juga pendapat Hammad bin Abi Sulaiman (Guru Abu Hanifah).

Berkata Malik bahawa jika imam itu sengaja solat dalam keadaan mengetahui dia berhadas maka dia adalah seorang yang fasiq (berdosa) maka wajib ke atas makmum untuk mengulangi solat berdasarkan mazhabnya (Maliki), adapun jika tidak sengaja maka tidak perlu.”

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhali dalam al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/416): “Tidak diharuskan untuk solat di belakang orang yang berhadas, yang diketahui kehadasannya, kerana dia bukan daripada orang yang boleh solat. Jika seseorang itu solat di belakang orang yang berhadas, sedangkan dia mengetahui status kehadasan orang itu maka makmum itu berdosa dan solatnya batal. Berbeza dengan orang yang jahil terhadap status hadas itu, maka tidak wajib untuk diulangi solat bagi solat selain solat Jumaat, dan wajib diulang jika berlaku pada solat Jumaat.

Adapun jika diketahui (selepas solat) bahawa imam itu berjunub, atau berhadas, atau menanggung najis yang tertutup dalam bajunya, atau badannya, maka tidak wajib diulangi oleh makmum akan solat, kerana bukan daripada kelalaian. Adapun jika najis itu terzahir dan dia tetap mengikut orang itu maka wajib ulang semula solat.”

Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa:

Makmum yang mengetahui imam berhadas ketika menunaikan solat tetapi masih solat di belakang imam tersebut, maka makmum itu berdosa dan solatnya batal serta perlu diulang;Makmum yang mengetahui imam berhadas semasa solat, maka wajib ke atas makmum untuk mufaraqah (berpisah daripada imam) dan bersolat bersendirian. Sekiranya imam berhadas kemudian keluar daripada solat, diharuskan untuk istikhlaf yakni menggantikan imam, dengan syarat tidak begitu lama sehingga makmum berpindah rukun. [Rujuk al-Mu`tamad (1/456)]Makmum tidak mengetahui imam berhadas sebelum atau semasa solat, kemudian hanya diberitahu selepas solat, maka tidak wajib ke atas makmum berkenaan untuk mengulang kembali solatnya, sama ada imam terlupa atau sengaja, kerana kesilapan itu bukan berpunca daripada kelalaian makmum, Maka dalam kes di atas, solat makmum dalam kes di atas sudah sah dan tidak perlu diulang semula.Pengecualian bagi hukum ini adalah bagi solat-solat yang diwajibkan dilakukan secara berjemaah seperti solat Jumaat, maka wajib diulang semula.
Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/imam-terlupa-ambil-wudhu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlupa Basuh Tangan Ketika Wudhu Adakah Perlu Ulang Semula

Terlupa Basuh Tangan Ketika Wudhu Adakah Perlu Ulang Semula

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 296 hits
SOALAN Ketika ambil wudhu tengah sapu telinga teringat sama ada sudah sapu lengan atau belum Adakah perlu ulang dari awal atau boleh terus sapu lengan JAWAPAN Soalan di atas sebenarnya berkaitan dengan rukun tertib dalam tatacara wudhu Seca...
Mufti Arah 3 Imam Turun Bukit Jalil Ketuai Solat Isyak Amp Doa Buat Harimau Malaya

Mufti Arah 3 Imam Turun Bukit Jalil Ketuai Solat Isyak Amp Doa Buat Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 435 hits
Perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari dilihat masih terasa bahangnya Kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan Malaysia benar benar memberi semangat luar biasa kepada pemain dan juga penyokong untuk mengharungi per...
Imam Besar Istiqlal Soal Salam Lintas Agama Untuk Kerukunan Umat Beragama

Imam Besar Istiqlal Soal Salam Lintas Agama Untuk Kerukunan Umat Beragama

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 225 hits
Dia mengingatkan seluruh pihak menahan diri pernyataan pernyataan yang dapat menimbulkan konflik antar masyarakat Menurutnya lebih semua pihak menghindari narasi yang memicu konflik
Tg Piai Bukan Pilih Imam Pas Pertahan Sokong Calon Mca

Tg Piai Bukan Pilih Imam Pas Pertahan Sokong Calon Mca

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 295 hits
November 15 2019 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man antara yang hadir berucap dalam Himpunan Penyatuan Ummah Muafakat Nasional di Kampung Sawah Tanjung Piai malam semalam PEKAN NANAS PAS sekali lagi mempertahankan sokongan ke atas ...
Ameng Terkejut Tidak Tersingkir Gv3 Walaupun Terlupa Lirik

Ameng Terkejut Tidak Tersingkir Gv3 Walaupun Terlupa Lirik

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 608 hits
Melalui satu temubual di mStar Vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng berasa hairan kenapa dia masih terselamat daripada disingkirkan daripada Gegar Vaganza 3 walaupun melakukan kesilapan lupa lirik ketika mengadakan persembahan Ameng atau Wan...
Lengkapi Berkas Imam Nahrawi Kpk Panggil Wakil Bendahara Koni

Lengkapi Berkas Imam Nahrawi Kpk Panggil Wakil Bendahara Koni

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 217 hits
Lina Nurhasanah akan diperiksa sebagai saksi untuk melengkapi berkas penyidikan mantan Menpora Imam Nahrawi
Imam Nahrawi Klaim Kpk Larang Keluarga Menjenguk

Imam Nahrawi Klaim Kpk Larang Keluarga Menjenguk

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 208 hits
Imam Nahrawi Klaim KPK Larang Keluarga Menjenguk Mengutip pasal 61 KUHAP lanjut Wa Ode seorang tersangka memiliki hak untuk dikunjungi baik untuk urusan kekeluargaan atau urusan lainnya Namun dia mengklaim KPK membatasi hal tersebut dan tak...
Imam Dibenci Makmum Shalatnya Tidak Diterima

Imam Dibenci Makmum Shalatnya Tidak Diterima

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 302 hits
Imam Dibenci Makmum Shalatnya tidak Diterima Jika ada imam yang dibenci makmum apakah harus diganti Imam dibenci karena bacaannya amburadul tapi dia yang berkuasa di masjid itu Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan