Ilham Dari Filem Tamil


SEREMBAN – Terinspirasi daripada sebuah filem Tamil yang ditonton ketika masih kecil, seorang pemandu teksi di daerah ini menawarkan perjalanan percuma kepada wanita mengandung atau ibu yang membawa anak kecil.
P Raveendran, 33, yang memandu teksi di daerah ini sejak empat tahun lalu telah pun menawarkan perkhidmatan itu kepada kira-kira 50 orang wanita tanpa mengira kaum sejak setahun lalu.
Menurutnya, sejak kecil dia mengimpikan untuk berbuat kebajikan seperti itu selepas menonton filem Baasha yang dibintangi Rajinikanth.
“Itu filem aksi. Tapi yang menarik perhatian saya bila nampak pelekat di belakang teksi motosikal roda tiga yang mengiklankan perjalanan percuma untuk wanita hampir bersalin.
“Daripada situ, saya menyimpan hasrat untuk buat perkara sama dan ia telah direalisasikan tahun lalu selepas pulang bercuti dari India,” katanya kepada Sinar Harian.
Meskipun ada rakan-rakan yang menganggapnya hilang akal kerana menawarkan servis percuma, namun Raveendran tidak mengendahkannya kerana beranggapan itu sebahagian sumbangannya kepada masyarakat.
Paling menggembirakannya apabila selepas sebulan menawarkan perkhidmatan itu, isterinya pula disahkan mengandung anak pertama yang kini sudah berusia lima bulan.
“Bulan Februari tahun lalu saya mula buat servis ini dan bulan Mac saya dapat khabar gembira isteri mengandung. Ia betul-betul jadi tuah buat kami.
“Malah isteri dan keluarga sangat menyokong apa yang saya buat,” katanya yang tinggal di Taman Permata di sini.<
Raveendran dan isterinya C Vanita, 29, bersama anak sulung yang baru dilahirkan.
Bekerja dari jam 7 pagi sehingga 7 malam, Raveendran kebiasaannya akan melakukan pusingan sebanyak tiga kali seminggu di unit bersalin di Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk menawarkan pertolongan sekiranya terdapat ibu hamil memerlukan pengangkutan.
Mengenai pengalamannya sepanjang membawa wanita mengandung, katanya, kebanyakan daripada mereka tidak kisah membayar tambang.
“Bila mereka mahu turun dari teksi saya beritahu tak perlu bayar, tapi mereka tetap mahu bayar kerana segan naik percuma.
“Tapi saya akan tolak dengan baik kerana saya sudah berniat mahu membantu. Lagipun saya gembira bila dapat tolong orang. Mungkin lain kali jika saya susah, ada orang lain yang boleh tolong saya,” katanya.
Paling tidak disangka apabila perkhidmatannya itu mendapat penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran yang memberinya sagu hati wang tunai sebanyak RM500.
The post Ilham dari filem Tamil appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/04/ilham-dari-filem-tamil/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ilham-dari-filem-tamil

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Hebat Bukan Hanya Wujud Dalam Filem Tamil Dan Drama Gerak Khas Sahaja Ini Buktinya

Polis Hebat Bukan Hanya Wujud Dalam Filem Tamil Dan Drama Gerak Khas Sahaja Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 1497 hits
Foto FacebookTahniah KPJ Datuk Ayob Khan individu yang bertanggungjawab menjejaki ramai penjenayah sehingga ke lubang cacing Sebelum ini beliau adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan hubungan dan kaitan beberapa ahli politik deng...
Ryan Reynolds Akan Mengulangi Peranan Green Lantern Dalam Filem Justice League Versi Zack Snyder

Ryan Reynolds Akan Mengulangi Peranan Green Lantern Dalam Filem Justice League Versi Zack Snyder

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 417 hits
Ada banyak sebab kenapa peminat harus menantikan filem Justice League suntingan Zack Snyder Salah satunya Ryan Reynolds mungkin kembali sebagai Green Lantern Setakat ini sumber dari YouTuber Grace Randolph masih dianggap khabar angin dan lu...
Universal Reboot Filem Bencana Twister

Universal Reboot Filem Bencana Twister

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 296 hits
Pada akhir tahun 90 an menyaksikan kebangkitan genre bencana alam dan salah satu yang terbaik dari era tersebut adalah Twister yang diterbitkan pada tahun 1996 Kini filem tersebut bakal diberi nafas baru apabila Universal merancangan untuk ...
Erica Jadi Robot A I Pertama Ditawarkan Watak Utama Untuk Filem B

Erica Jadi Robot A I Pertama Ditawarkan Watak Utama Untuk Filem B

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 428 hits
Jika anda sudah biasa menonton watak robot yang dihidupkan menerusi teknologi computer generated imagery dapatkah anda terima sekiranya satu filem itu dilakonkan sendiri oleh robot sebenar Ini merupakan projek baharu Bondit Capital Media ya...
Ulasan Filem Malang

Ulasan Filem Malang

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 471 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Mohit SuriPelakon Anil Kapoor Aditya Roy Kapur Disha PataniMalang ialah sebuah filem romantik aksi yang mempunyai kekuatan di satu sudut tetapi ada juga kelemahan di satu sudut Entah kenapa filem arahan Mohit Suri ...
Tom Cruise Bakal Sertai Dwayne Johnson Gal Gadot Dalam Filem Red Notice

Tom Cruise Bakal Sertai Dwayne Johnson Gal Gadot Dalam Filem Red Notice

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 489 hits
Filem terbaru Netflix Red Notice dibarisi pelakon pelakon bintang diketuai Dwayne The Rock Johnson Gal Gadot serta Ryan Reynolds dan kini peminat mungkin berpeluang untuk melihat seorang lagi bintang ternama dalam barisan pelakon filem aksi...
Trailer Ghosts Of War Lakonan Brenton Thwaites Dalam Filem Seram Perang Dunia Ii

Trailer Ghosts Of War Lakonan Brenton Thwaites Dalam Filem Seram Perang Dunia Ii

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 444 hits
Menentang musuh yang kelihatan lebih baik dari berhadapan dengan hantu yang menakutkan Itulah yang dihadapi oleh sekumpulan askar dalam filem terbaru Ghosts of War arahan pengarah dan penulis The Butterfly Effect Eric Bress Filem lakonan Br...
Filem Ketiga Mamma Mia Bakal Dihasilkan

Filem Ketiga Mamma Mia Bakal Dihasilkan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 337 hits
Penerbit Judy Craymer memberi bayangan filem Mamma Mia bakal diterbitkan untuk siri ketiga selepas yang pertama pada 2008 dan kedua pada 2018 Ketika wawancara bersama Daily Mail Craymer berkata ia sudah merancang untuk meghasilkan siri baha...
Michael Keaton Bakal Kembali Sebagai Batman Dalam Filem The Flash

Michael Keaton Bakal Kembali Sebagai Batman Dalam Filem The Flash

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 578 hits
Sesuatu yang agak menarik bagi peminat DC yang sedang menantikan filem solo The Flash The Wrap melaporkan bahawa filem arahan Andy Muschietti itu bakal menyaksikan kepulangan Michael Keaton sebagai Batman Pelakon berusia 68 tahun itu dilapo...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Percutian Ke Batam Indonesia

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lancarkan Semua Yang Sedang Aku Usahakan Tuhan Aku Hidup Bukan Untuk Diriku Sendiri

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Tanam Sayur Pucuk Paku

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability