Iki Putra


 IKI PUTRA 






Ramai yang minta saya terangkan kes di atas. Sebab banyak betul naratif di luar sana. Buat kes ni jadi bahan propaganda. Tambah2 nak dekat pilihanraya. 


Cerita nya macam ni. 


Ada seorang lelaki bernama Iki Putra didakwa atas kesalahan liwat pada tahun 2019. Tapi beliau dituduh bukan bawah Kanun Keseksaan. Tapi bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. 


Senang cerita kes dia bukan polis yang siasat. Tapi pegawai agama. 


Makanya, lawyer dia cabar lah Enakmen Syariah Negeri tu. Katanya salah pakai undang2. Patutnya dibuat bawah Kanun Keseksaan. Undang2 bawah Kerajaan Persekutuan. 


Makanya, pada tahun *2021*, Mahkamah Persekutuan putuskan. Enakmen Syariah tu terbatal kerana langgar Perlembagaan. 


Sebab apa? Sebab di bawah Perlembangaan, perkara jenayah adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Bukan Kerajaan Negeri.  


Makanya, bangkitlah pejuang bangsa guna ini jadi modal politik kaum dan agama. Tapi masa tu tahun 2021, Kerajaan Tebuk Atap masih lagi berkuasa. Takde la bunyi sangat. 


Sekarang sebab nak pilihanraya isu ini bangkit semula. Katanya Kerajaan sekarang liberal 😅 walhal tahun 2021 dah diputuskan Mahkamah. 


**************************


Ini satu benda yang kita kena paham betul2. Kenapa undang2 jenayah perlu diselaraskan di peringkat Nasional. 


Contoh kes Iki Putra tu. 


Kalau bawah Enakmen Syariah Negeri, kesalahan meliwat hukumannya denda max RM5ribu, penjara hanya 3 tahun atau 6 kali sebatan. 


Kalau bawah Kanun Keseksaan, kesalahan yang sama boleh dikenakan sampai 20 tahun penjara serta sebatan. 


Kesalahan yang sama, tapi hukumannya berbeza2. Daripada segi keadilan, macam mana tu? Orang Selangor kena 3 tahun. Luar selangor kena 20 tahun. 


Dalam Selangor pula, yang Muslim terpakai undang2 Syariah kena 3 tahun sahaja. Yang non Muslim ikut Kanun Keseksaan kena sampai 20 tahun pula. Padahal kesalahan yang sama? Mana keadilannya? 


***********************************


17 Ogos ini ada suatu lagi kes. Kes Nik Ezlin. Kes ini mencabar undang2 Jenayah Syariah Negeri Kelantan pula.  


Ada 20 undang2 syariah baru yang mereka pinda dan masukkan. Termasuk lah lawan cakap ibu bapa, buat tatoo dan pembedahan muka. 


Ada juga kesalahan hubungan seks luar tabie dengan haiwan (bestality). 


Undang2 Bestality ini juga ada dalam Kanun Keseksaan. Boleh kena 20 tahun penjara beserta sebatan. 


Tapi bawah Enakmen Syariah Kelantan, hukuman hanya 3 tahun penjara dengan denda RM5ribu saja. Dan ini hanya terpakai kepada orang Islam. Orang bukan Islam bagaimana pula. Takkan hukuman berbeza? 


Ini yang mengelirukan. Itu sebab ada cabaran. Mereka guna keputusan kes Iki Putra. Supaya undang2 nya ada penyelarasan. 


**********************************


Tapi pejuang NGO acah2 terpaling Melayu, semua ini mereka taknak bgtau. Kes yang diputuskan oleh tahun 2021, yang panel hakimnya hampir semua Melayu dah bagi rasionalnya. 


Perlu ada penyelarasan undang2 semua negeri. Kerana undang2 jenayah ini bukan saja impak orang Islam. Tapi orang bukan Islam juga. 


Kalau kesalahan tak overlap saya rasa ok je. Macam murtad, zina dan judi. Tu tak terpakai kepada non Muslim. Boleh lah Kerajaan Negeri buat. 


Tapi kalau yang dah ada bawah Kanun Keseksaan, pada2 la. Takkan la nak ada juga dalam Enakmen negeri? Macam mana nak kuatkuasakan itu nanti? 


Nanti ada la yang kata saya ni SIS la liberal la. Saya cuma bagi fakta sebenar. Supaya orang tahu the whole picture. 


Demam plihanraya ni ramai yang menangguk di air keruh. Selalunya orang begini hanya akan dapat lumpur. 


Bak kata SS, Cer cer poh poh… Jangan suka main dalam lumpoh.. (ok, lame ✌🏼😅) 


Salam hormat,
Liyana Marzuki






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/iki-putra.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulang Semula Kes Iki Putra Jom Baca

Ulang Semula Kes Iki Putra Jom Baca

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 226 hits
IKI PUTRA Ramai yang minta saya terangkan kes di atas Sebab banyak betul naratif di luar sana Buat kes ni jadi bahan propaganda Tambah2 nak dekat pilihanraya Cerita nya macam ni Ada seorang lelaki bernama Iki Putra didakwa atas kesalahan li...
Rangka Manusia Ditemui Di Bawah Jambatan Di Putra Height

Rangka Manusia Ditemui Di Bawah Jambatan Di Putra Height

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 272 hits
Rangka manusia ditemui di bawah jambatan di Putra Height Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8 45PM
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan