Ijm Land Half Marathon 2019 Menyasarkan 10 000 Pelari Dari Tiga Kategori
Lapan tahun berturut tanpa gagal dan kini, IJM Land sekali lagi mempersembahkan IJM Land Half Marathon 2019 dan menyasarkan 10,000 orang peserta dengan tagline ; “Run Together, Bond Stronger”
( gambar )
Mempertaruhkan hadiah keseluruhan bernilai RM 18,500.00, IJM Land Half Marathon 2019 membuka tiga kategori iaitu :
21 km ( half marathon ) – lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas 12 km – lelaki dan wanita 18 tahun ke atas + remaja 13 tahun ke atas 5 km ( fun run ) – lelaki dan wani 18 tahun ke atas
IJM LAND HALF MARATHON 2019
Mengulas mengenai program tahunan IJM Land Seremban, Dato’ Hoo Kim See – Pengurus Besar Kanan IJM Land Zon Tengah berkata program seumpama ini merupakan platform yang sesuai untuk mewujudkan kesedaran tentang gaya hidup yang aktif dan sihat disamping memotivasikan diri untuk menjaga diri dengan lebih baik.
“Setiap tahun kami beharap penganjuran IJM Land Half Marathon dapat melihat pelari keluar dari zon selesa mereka dengan mencabar diri sendiri untuk melangkah lebih jauh dari halangan sebelumnya dan sudah pasti ianya satu pengalaman yang menarik..”
Sejak tahun 2012, IJM Land mendedikasikan setiap kesempatan untuk bersama-sama komuniti – berlari ke arah gaya hidup yang positif dengan mencipta detik-detik indah bersama. Sokongan yang diterima bukan sahaja dari penduduk tempatan, malahan pelari dari luar negara turut memeriahkan aktiviti tahunan ini. Genap empat tahun pada program yang sama, IJM Land Half Marathon 2019 turut menyalurkan RM 5.00 dari setiap yuran pendaftaran peserta ke Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan ( Hospice ) dan Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia ( MLDA ) sekaligus memberi ‘saham’ kepada pelari dan membantu mereka yang memerlukan.
( gambar )
Turut bekerjasama dengan Allianz Malaysia, IJM Land Half Marathon 2019 percaya acara tahunan pada tahun ini akan mendapat sambutan luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya apatah lagi apabila Owen Yap yang juga merupakan Pengacara TV dan pembaca berita turut sama-sama turun padang dan berlari untuk acara 21 km.
( gambar )
IJM Lang Half Marathon 2019 turut ditaja oleh Emas TDK, Penaja Emas Multicare, BMW Millenium Welt Seremban ( kenderaan rasmi ), 100 Plus, Ice Mountain, Ultron ( pakaian rasmi ), Sin Chew Daily, The Press China, Columbia Hospital Asia Seremban ( rakan perubatan ), EC Pixel, Mydin, McDonald’s, Spoon Health, Nestle Milo, Nestle Fitnesse, Gatsby, Eprotape. Ada juga pelbagai gerai termasuklah Befrienders Seremban sebagai sebahagian daripada program kesedaran dan memberi sokongan pada hari perlumbaan.
( gambar )
Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2019 dan jika berminat untuk mendaftar boleh terus ke Pejabat IJM Land Seremban 2 ataupun terus ke :
LAMAN WEB : www.ijmlandrun.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/ijmland
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/ijmland
LOVE ;
ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2019/03/ijm-land-half-marathon-2019-menyasarkan.html