If You Don T Love What You Do Now Do What You Love
Assalamualaikum and salam ceria!
Hari ini, macam nak share pasal self-love. Satistification diri sendiri. Of course ini semua hanyalah pandangan peribadi aku buat masa ini, dan mungkin berubah untuk masa akan datang, like who knows?
Aku sekarang tengah belajar medic
Dan honestly, kepada adik-adik di luar sana yang tak minat perubatan, tak minat rawat orang / jumpa orang, saya seperti beribu-ribu medical students atau doktor lain memang TAK MENGALAKKAN anda ambil medic.
Aku nampak realiti seorang doktor dengan lebih dekat masa clinical years. Kekadang aku terfikir, ada tak aku minat benda lain so aku boleh achieve benda tu instead of duduk kat medical school dan fikir kenapa aku masih kat sini? Tapi... realitinya, medic memang satu bidang yang aku minat sejak dulu lagi, jadi option untuk tukar bidang tu tak ada, sadly
Oh pasal self-love, Ada jugak classmates aku yang tukar course, Course yang dia betul-betul minat. Bukan sebab mak ayah suruh or whatever. I know sometimes, ada orang nak jadi doktor sebab dia rasa itu tuntutan agama (fardu kifayah) or like rasa yang kau perlu masuk bidang ni sebab kau nak tolong orang (tapi sebenarnya deep down kau minat accountancy, engineering ke, baking ke). Please think back,
Rugi saja kalau kau dah masuk medic dan satu hari kau berjaya jadi doktor, kau rasa tak happy, kau lagi banyak merungut.. kan dah kurang pahala kat situ. But, kalau kau pursue something yang kau dah minat sejak dulu, yang kau rasa (ok, this is my calling), ada potensi besar yang kau akan satisfy (rasa puas) bila kau dah dapat achieve apa yang kau nak. Walaupun macam-macam halangan kau hadapi, tapi dengan minat kita tu, kita mampu bertahan berbanding buat benda yang kita tak minat
Jadinya, medic is my love-hate relationship
Bak kata lecturer saya, "You've made pack with the devils"
But, Pada yang rasa dia dalam path untuk capai apa yang dia minat, tapi.. macam tak disangkakan,Keep moving on, work hard.. Seorang akak (akhowat) pernah berpesan, apapun result atas kertas (lepas peperiksaan) yang kita dapat, itu bukan ukuran 'pahala' atau 'ganjaran' yang Allah bagi untuk usaha keras kita selama ini. Sebab boleh jadi kita dah kerja keras tapi result suam-suam kuku saja. Ada kawan kita, usaha tak keras, tapi result lagi perform. Kat sini, kita kena yakin, Allah tengok pada usaha. Boleh jadi apa yang kita usaha keras itu, Allah pandang dan itulah peluang yang Allah letakkan pada kita untuk bagi pahala yang lebih banyak untuk kita
Post ini acah motivasi untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri sebenarnya
Exam posting medicine next week T^T
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahmissxyz.blogspot.com/2018/11/if-you-dont-love-what-you-do-now-do.html