Idea Bisnes
Bismillah
Kita suka untuk buat bisnes. Banyak sebab seseorang itu mahu buat bisnes samada secara sambilan atau sepenuh masa. Tapi masih ramai yang blur nak buat bisnes apa ye? Ada beberapa strategi bagi kita memulakan bisnes. Antaranya adalah mendapat idea hasil pengamatan dari bisnes orang lain, dari ilmu yang pernah dipelajari seperti ilmu kemahiran di kolej atau institusi kemahiran, dari pengalaman bekerja sebelum ini, dari minat dan kecenderungan, dari hobi dan banyak lagi. Tapi sekarang sudah tak boleh buang masa, kita kena cari apa permintaan dalam pasaran dan juga trend semasa. Bila sudah terfikir bisnes yang nak dibuat, modal pula takde. Hampeh betul la kan?
Macam mana ni? Perah otak bagai nak gila. Sebelum ni perah otak sebab nak cari idea nak buat bisnes, la ni perah lagi bagaimana cara nak dapatkan modal bisnes. Paling penting syaratnya jangan sampai kita membuat pinjaman. Elakkannya kerana risiko akan lebih tinggi bila kita meminjam. Lebih lebih lagi pada ceti haram a.k.a ahlong.
Sebenarnya idea bisnes meliputi banyak perkara. Bukan setakat idea untuk buat bisnes tu tetapi idea bagaimana kita boleh mulakan tanpa modal yang banyak, tanpa atau kurang menghadapi risiko. Idea bisnes juga adalah bagaimana kita dapat melihat pasaran bisnes kita, lokasi, pemasaran, idea bagaimana kita dapat menarik lagi ramai pelanggan dan banyak lagi perkara berkaitan.
Benar, idea bisnes sangat penting. Skop dia sangat luas. Itulah sebab ia memerlukan teknik. Saya mengambil tanggungjawab bagi menjadikan idea bisnes ini lebih tersusun sampai ke peringkat mendapatkan jualan. Setiap orang menghadapi masalah yang berbeza. Jadi sukar untuk saya terangkan dalam blog ini buat orang-orang yang tertentu. Sebab itu saya nak membantu dengan mengambil upah bimbingan secara peribadi samada tradisonal atau secara online.
Mereka tidak perlu risau apa-apa. Cara saya hanya mengenal pasti di mana kelemahan yang perlu diperbaiki dan teknik yang perlu digunakan untuk mendapat jualan. Jangan pandang remeh perkara ini. Ramai yang buat bisnes tanpa teknik yang betul, tanpa ilmu akan gagal. Itulah modal bisnes yang asas. Ia adalah ilmu.
Ok sampai jumpa lagi ya.. Adios!
JOM! BELAJAR TEKNIK BISNES KEJAYAAN
Jika anda berminat untuk membuat bisnes atau anda pernah GAGAL dalam bisnes anda, saya rekomen anda untuk belajar dengan saya melalui Personal Coaching secara online atau offline. Lebih pantas untuk anda mencapai kejayaan anda In sha Allah.
>>KLIK DI SINI<<
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2015/06/idea-bisnes.html