Ibu Ini Kongsikan Petua Merawat Batuk Dengan Nanas 5 Kali Lebih Berkesan Berbanding Ubat
PERKONGSIAN ini dikongsikan oleh Puan Norashikin Binti Hasan yang sudi menunjukkan kita semua cara rawat batuk secara semulajadi dengan buah nanas
Melalui cara ini, Puan Norashikin berjaya menyembuhkan batuk anaknya dalam masa 3 hari
Menarik, bukan
Melalui sumber daripada laman web preventdisease.com, sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal “Der Pharma Chemica” pada tahun 2010 mendapati buah nanas digunakan sebagai salah satu bahan asas dalam merawat penyakit tuberkulosis, bronkitis, dan beberapa lagi penyakit yang berkaitan dengan batuk dan selsema
Dalam kajian berikutnya, para saintis terbabit membandingkan pula keberkesanan jus nanas dengan ubat batuk
Hasilnya, mereka mendapati pesakit yang mengambil jus nanas ini sembuh 4.8 kali lebih cepat berbanding mereka yang mengambil ubat batuk
Oleh kerana nanas adalah daripada sumber semulajadi, maka ianya sesuai diberikan kepada orang dewasa mahupun anak-anak kecil yang berusia 6 bulan ke atas
Menurut Puan Norashikin, sebagai alternatif untuk bayi di bawah umur setahun, madu boleh juga digantikan dengan air zam-zam atau minyak habbatus sauda perahan tanpa haba (sejuk)
Kaedahnya sama seperti penyediaan jus nenas dengan madu, cuma gantikan madu dengan minyak habbatussauda atau air zam-zam. Ia juga dapat memberi tindakbalas yang positif jika diamalkan berterusan ketika diserang batuk
Jom ikuti cara rawat batuk dengan nanas melalui langkah demi langkah yang mudah
Ada 3 jenis nanas yang sering didapati di pasaran Malaysia iaitu Nanas Madu, Nanas Sarawak/Paun dan Nanas Moris
Anda boleh menggunakan yang mana-mana yang senang di dapati di tempat anda
Puan Norashikin memilih nanas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara, jadi lebih senang di dapati di negara kita
Kupas kulit
Mula-mula, buang kulit nanas dan durinya
Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nanas kan
Potong
Potongkan kiub, supaya senang dikisar dalam ‘blender’ biasa atau ‘fruit processor’
Bahagian tengah nanas boleh dimasukkan sekali jika mahu kerana bahagian ini turut mempunyai khasiatnya
Kalau nak, potongkan sedikit bahagian tengahnya dan kisar semuanya bersama
Nanas yang telah dipotong kiub. Saya tak ambil bahagian tengahnya
Kisar & tapis
Pastikan anda mengisar semuanya hingga halus
– Ini hampas nenas setelah ditapis
– Ini hasilnya
Tapis sekali lagi
Tapis lagi dengan penapis yang lebih halus
Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk
Tapis seeloknya
Ini 2 jenis penapis yang digunakan oleh Puan Norashikin
Simpan dalam peti sejuk
Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk
Ini 2 jenis penapis yang digunakan oleh Puan Norashikin
Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye. Botol jem saya bebas karat. Alhamdulillah
Campurkan madu apabila mahu diminum
Siap dimasukkan dalam botol. Ini jus nanas asli, tanpa madu
Apabila nak beri pada anak, barulah ditambah dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut
Sinergikan dgn madu supaya ia seimbang. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk
Nota: Ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya
Jangan disimpan terlalu lama, elok diminum segar
Siap
Jus nanas yang dicampur dengan madu
Setelah siap, bolehlah anda berikan kepada anak. Yang tak batuk pun boleh minum juga
Puan Norashikin menggunakan picagari untuk diberi kepada anaknya
Jadilah ubat batuk. InsyaAllah mujarab
Cara minum & dosnya
Cara penggunaan, ambil pagi, petang dan malam selepas makan atau sebelum makan
Untuk bayi, dosnya beginilah macam dalam gambar di bawah. Untuk kanak-kanak boleh gandakan dosnya
Untuk dewasa pula, boleh minum 1 cawan jus nenas yang dicampur madu. Nak makan nenas buat gigit cicah madu pun boleh
Di samping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap
Si adik suka, si abang pun suka. Yang ini si abang tolong suapkan pada adiknya. Umi nak ambil gambar. Huhu
Sumber: Oh My Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/ibu-ini-kongsikan-petua-merawat-batuk.html