Ibadah Haji Tangguh Ke Tahun 2021


HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Ibadah haji untuk rakyat Malaysia bagi musim haji (1441 Hijrah) pada tahun ini akan ditangguhkan ke tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata, keputusan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020, ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 Hijrah adalah ditangguhkan ke tahun hadapan.
“Semalam, saya telah menjemput Duta Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia untuk bertemu dan menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadah haji bagi Malaysia untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.
“Selain Malaysia, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah haji mereka adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei,” katanya pada sidang media khas hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, keputusan dilakukan adalah bersifat menyeluruh termasuk bagi haji Furada kerana mengambil kira situasi semasa penularan wabak Covid-19 yang tidak memenuhi syarat istito’ah berikutan masih belum ada vaksin ditemui.
“Ibadat haji yang merupakan Rukun Islam kelima berkait rapat dengan syarat istito’ah, iaitu berkemampuan menunaikan haji daripada aspek kesihatan, keselamatan, keizinan melakukan perjalanan ke Tanah Suci dan kewangan.
“Tanpa keupayaan atau kemampuan pada hal-hal yang disebutkan, maka menurut hukum syariah syarat istito’ah tidak dicapai untuk mewajibkan kita menunaikan haji,” jelasnya.
Di samping itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas usaha bersungguh-sungguh dan penuh gigih dalam membendung penularan jangkitan Covid-19 di tanah suci.
“Kami sangat menghargai segala pengorbanan kerajaan Arab Saudi dan wira-wira barisan hadapan mereka yang masih bertungkus lumus dalam memerangi wabak ini khususnya untuk dua buah kota suci yang kita cintai iaitu Makkatul Mukarramah dan Madinah AL Munawwarah,” ujarnya.
Seterusnya, Zulkifli Mohamad juga mengharapkan semua bakal haji untuk bersabar dan reda dengan keputusan yang diumumkan.
Di samping itu, beliau turut memohon umat Islam di Malaysia bersama memanjatkan doa.
“Saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus berdoa agar Allah SWT menghilangkan wabak ini sepenuhnya dan memelihara dua kota suci di Makkah dan Madinah dari sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/ibadah-haji-tangguh-ke-tahun-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibadah Haji Ditangguhkan Tahun Ini

Ibadah Haji Ditangguhkan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 299 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Berikut adalah SOP baru Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan untuk Masjid Surau dan Ibadah Haji Ketetapan Kerajaan tidak akan menghantar Jemaah Haji untuk musim tahun ini dan ditangguhkan ke tahun hada
Tiada Ibadah Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini Ditangguh Tahun Hadapan

Tiada Ibadah Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini Ditangguh Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 342 hits
KERAJAAN memutuskan menangguhkan ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 ke tahun hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata keputusan itu sudah mendapat titah perkenan Ya...
Jemaah Yang Tidak Dapat Mengerjakan Ibadah Haji Tahun Ini Diharap Bersabar Mufti Pulau Pinang

Jemaah Yang Tidak Dapat Mengerjakan Ibadah Haji Tahun Ini Diharap Bersabar Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 522 hits
Jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini diharap bersabar dan faham dengan keadaan dunia yang masih belum bebas dari penularan wabak koronavirus Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata keputusan pen...
Bakal Jemaah Tahun Ini Diberi Keutamaan Tunai Fardu Haji 2021

Bakal Jemaah Tahun Ini Diberi Keutamaan Tunai Fardu Haji 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR 19 Syawal 1441H Khamis Semua bakal haji yang giliran haji diperuntukkan pada musim haji tahun ini akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji pada 2021 Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung H...
Sukipt Ditangguhkan Ke Tahun 2021

Sukipt Ditangguhkan Ke Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 350 hits
Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan SUKIPT pada tahun ini akan ditangguhkan ke tahun 2021 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berlangsung sehingga 31 Ogos ini Malaysia kini sudah masuk ke peringkat pemulihan daripada p...
Juruterbang Manusia Akan Bertarung Dengan Pesawat Berkecerdasan Buatan Pada Tahun 2021

Juruterbang Manusia Akan Bertarung Dengan Pesawat Berkecerdasan Buatan Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 300 hits
Filem fiksyen sains Stealth membayang dunia masa hadapan di mana dron berkecerdasan buatan menggantikan juruterbang manusia di dalam pesawat tempur Selepas 16 tahun filem ini ditayangkan di layar perak ujian pertempuran juruterbang manusia ...
Menag Akhirnya Mengaku Salah Soal Pembatalan Haji Tahun 2020

Menag Akhirnya Mengaku Salah Soal Pembatalan Haji Tahun 2020

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 306 hits
Menteri Agama Fachrul Razi membongkar peliknya saat memutuskan pembatalan ibadah haji 2020 yang akhirnya mengundang banyak reaksi dari publik Bahkan ia sempat mengaku salah karena memutuskan pembatalan itu sebelum melakukan rapat kerja bers...
Gbp Usd Laporan Cot 2 Jun Pedagang Utama Mencari Alasan Untuk Membeli Pound 2021 Boleh Menjadi Tahun Pemulihan Bagi

Gbp Usd Laporan Cot 2 Jun Pedagang Utama Mencari Alasan Untuk Membeli Pound 2021 Boleh Menjadi Tahun Pemulihan Bagi

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 379 hits
GBP USD 1H Selamat sejahtera pedagang Menurut carta setiap jam pasangan pound dolar meneruskan pertumbuhan bahkan melakukan penutupan di koridor arah aliran menaik Oleh itu mood menaik di kalangan pedagang jelas kekal pada masa ini Satu sat...
Ibadah Haji 2020 Ditiadakan

Ibadah Haji 2020 Ditiadakan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 248 hits
Pemerintah memutuskan tidak memberangkatkan jemaah haji 2020 ke Arab Saudi di tengah pandemi virus corona Ibadah haji 2020 ditiadakan karena pandemi covid 19 global belum berakhir Berdasarkan kenyataan itu pemerintah memutuskan tak memberan...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf